CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Premis Terbuka Jadi Tempat Ular Berlindung Ketika Cuaca Panas

23-4-2016 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4030| Komen: 8

Description: Kawasan yang tidak didiami atau dikunjungi manusia dalam tempoh 24 jam
oleh Adib ZA

Premis terbuka seperti sekolah dan kawasan taman permainan kanak-kanak berisiko menjadi tempat haiwan berbisa seperti ular untuk berlindung ketika cuaca panas melanda negara ketika ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan berkata kawasan yang tidak didiami atau dikunjungi manusia dalam tempoh 24 jam, boleh menjadi tempat untuk ular berlindung dan mencari makanan.

"Misalnya di sekolah, kebanyakan tempoh pelajar berada di kawasan itu adalah separuh hari dari pagi hingga ke petang manakala pada waktu malam dan hujung minggu pula tidak berpenghuni.

"Ini akan meningkatkan keberangkalian ular memasuki kawasan sekolah seperti di kantin untuk mencari tempat berlindung daripada panas selain kawasan itu mempunyai banyak sumber makanan seperti tikus dan katak," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa, Kelantan yang maut dipercayai dipatuk ular berbisa di premis sekolah itu pada 19 April lepas.

Sementara itu, Pensyarah dan Pakar Rujuk di Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Ahmad Khaldun Ismail menggariskan beberapa langkah bantuan segera kepada mereka yang dipatuk ular.

"Langkah pertama ialah mangsa yang berada dalam keadaan cemas selepas dipatuk perlu ditenangkan, kemudiannya dibaringkan serta elakkan sebarang pergerakan fizikal.

"Seterusnya, balut kawasan yang digigit dengan kain bersih seperti kain anduh dan longgarkan pakaian yang ketat sebelum dibawa segera ke hospital atau klinik berdekatan," katanya. - CARI Infonet


Sumber: Bernama


(Sumber foto: Astro Awani)


5

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fire_place 23-4-2016 11:30 AM
Korang hati lah..aku baru je aritu bawak kids main kat playground,anak yg perempuan lari kat kawasan rumput,aku kejar dia,anak lelaki aku lari kat belakang..tetiba anak lelaki aku jerit ibu ular!

Ingatkan main2,TP mmg betol ular.nasib xpatuk anak aku Kecik lari kat situ masa tu.
Senang CKP Jgn pergi tempat berumput.pg td pun baru kemas kawasan luar rumah,tebang pokok,pasu2 jarak kan,,racun rumput,sbb takut sgt,Jgn ingat kawasan taman mustahil ada ular.
Quote sekel 23-4-2016 11:33 AM
mmg pun

musim panas nie pun anak ular dh mai umah

tp sempat bunuh
Quote emma.giggs 23-4-2016 12:06 PM
Musim panas ni binatang pn jd resah..ayam jd x selera mkn..telur jd kecik..semut hitam yg hurung rambutan tu pn boleh mati
Quote AbukRokok 23-4-2016 12:11 PM
jgnkn ular ayam pun stress
Quote Peya 23-4-2016 12:26 PM
Bile dgr n tgk gambar ular dlm kete n dlm kasut. Aku jadi seriau sgt. Lg2 tempat aku duduk ni byk pokok2 n redup. Nk bukak pintu kete lelama pon aku takut
Quote Peya 23-4-2016 12:26 PM
Bile dgr n tgk gambar ular dlm kete n dlm kasut. Aku jadi seriau sgt. Lg2 tempat aku duduk ni byk pokok2 n redup. Nk bukak pintu kete lelama pon aku takut
Quote abangbeca 23-4-2016 12:34 PM
Seriau betul sampai 2x post...
Quote kekkeladi 23-4-2016 03:39 PM
Aha.. betul2 seriau tu..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.077432 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top