CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Minta Robohkan Highland Tower

23-4-2016 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6494| Komen: 33

Description: "Tolong lakukan sesuatu..." rayunya ketika ditemui
oleh Adib Za

Penduduk Taman Hillview dan Taman Sri Ukay, di sini mahu dua blok kondominium terbiar Highland Towers dirobohkan selepas ia menjadi sarang penjenayah dan penagih dadah.

Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay Hillview Datuk Siti Hendon Chik, yang mewakili lebih daripada 1,000 penghuni di kedua-dua taman perumahan itu berkata, penduduk sebulat suara mahukan dua blok 12 tingkat berkenaan dirobohkan selepas satu bloknya runtuh 23 tahun lepas.

Selagi bangunan kosong itu dibiarkan, ia menjadi lokasi terbaik untuk penjenayah dan penagih dadah bersembunyi, katanya.

Beliau turut memberi amaran penduduk akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik tanah kerana enggan merobohkan bangunan itu bagi memastikan keselamatan penghuni di situ berikutan terdapat kemungkinan masih ada penjenayah bersembunyi di sana.

"Tolong lakukan sesuatu..." rayunya ketika ditemui Bernama di kediamannya.

Kira-kira 23 tahun lepas, satu daripada tiga blok Highland Towers runtuh, dan penghuni dua blok lain dipindahkan dan dikosongkan sehingga kini dan telah menjadi persembunyian penjenayah dan penagih dadah.

Pada 12 April lalu, polis menembak mati tiga daripada enam penjenayah yang dipercayai perompak, dalam serbuan yang dilakukan di satu daripada blok kondominium itu. - CARI Infonet


Sumber: Bernama




(Sumber foto: Mstar Online)
    


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Glass_shoes 23-4-2016 01:04 PM
Dlu kecoh byk hantu..sekali,penjenayah lg hantu,hantu pon dah xnk dok sini agknye
Quote armin 23-4-2016 01:16 PM
Wow a perfect place for criminal
Quote Pajeri_Nenas 23-4-2016 01:17 PM
Hey abam ghost boleh JD konsetan halau family sendiri
Quote GhostWalking 23-4-2016 01:21 PM
Pajeri_Nenas replied at 23-4-2016 05:17 AM
Hey abam ghost boleh JD konsetan halau family sendiri

dah cuba tapi tak berjaya jeri
Quote AbukRokok 23-4-2016 01:23 PM
fakut? faggot? fak?
Quote AbukRokok 23-4-2016 01:23 PM
fakut? faggot? fak?
Quote brownstone 23-4-2016 01:46 PM
Konpomlah penjenayah duduk situ....hantu nak buat apa duduk kat situ...blok yg masih tersergam tu bukan blok yg dah collapse, nobody mati kat situ...semua selamat....yg mungkin berhantu tapak blok A la....situlah hantu patut ade kan? Kan? Kan?
Quote green~tea 23-4-2016 01:50 PM
Penuh ngn mat indon, bangla.. Penagih.. Eiii benci betol
Quote spankee_fili 23-4-2016 11:56 PM
takut ooo jadik polis nak gi serbu sini memalam...
Quote GhostWalking 23-4-2016 11:57 PM
spankee_fili replied at 23-4-2016 03:56 PM
takut ooo jadik polis nak gi serbu sini memalam...

Banyak drug addict derang kata berkampung dalam tu.hantu semua ngadu kat iols nak lepak pun xsenang
Quote GhostWalking 23-4-2016 11:58 PM
AbukRokok replied at 23-4-2016 05:23 AM
fakut? faggot? fak?

Faggot fovesas fentaii
Quote makneng 23-4-2016 11:58 PM
AbukRokok replied at 23-4-2016 01:23 PM
fakut? faggot? fak?

ini rofl.......
Quote spankee_fili 24-4-2016 12:01 AM
GhostWalking replied at 23-4-2016 11:57 PM
Banyak drug addict derang kata berkampung dalam tu.hantu semua ngadu kat iols nak lepak pun xsenan ...

alahai..sian pulak kat kekawan abam ghost..
takpela besar pahala abam ghost jadik pendengar masalah..
Quote GhostWalking 24-4-2016 12:03 AM
spankee_fili replied at 23-4-2016 04:01 PM
alahai..sian pulak kat kekawan abam ghost..
takpela besar pahala abam ghost jadik pendengar masal ...

Bamgost dah suruh semua bertenggek kat tingkap ko je malam ni spankee hihihi
Quote spankee_fili 24-4-2016 12:07 AM
GhostWalking replied at 24-4-2016 12:03 AM
Bamgost dah suruh semua bertenggek kat tingkap ko je malam ni spankee hihihi

nasib baik meols kat kedai nasik kandar ni nengok bola..
ingat nak tidur sini jek sampai subuh...
Quote dani-rox 24-4-2016 12:08 AM
Manusia jahat lg berbahaya dari hantu.
Quote mak_wa95 24-4-2016 12:32 PM
silap2 jadi perkampungan indon dan bangla..

nanti zul jatuh miskin trisna pun menumpang sekaki
Quote tumpanglalu74 24-4-2016 12:38 PM

Quote catalina 24-4-2016 08:52 PM
Masalah litigation gamaknya...

Problem Ownership bagai...nak runtuhkan tu satu kos jugak. Saper nak bear the cost??

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.097790 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top