CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Edisi Malaysia Masih Daulat, Pemandu Singapura Yang Viral Ditahan

5-5-2016 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 7205| Komen: 12

Description: Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bharu...


Oleh Fyruz Hanna


Baru-baru ini viral lelaki dipercayai warga Singapura memandu secara berbahaya dan dalam keadaan dibawah pengaruh alkohol.

Bukan itu sahaja dia juga dengan sombong dan bongkak tak kisah jika dilaporkan ke pihak berkuasa kerana percaya mempunyai hubungan rapat dengan polis Johor.

Seperti yang dikongsi oleh Dino Daniel LJ dalam Facebooknya, pemandu Singapura ini memandu dengan cara yang boleh mengakibatkan pengguna jalanraya lain kehilangan nyawa.

Seperti laporan Harian Metro hari ini, lelaki tersebut telah ditahan polis selepas menyerah diri di IPD JBU pada 5:30 petang semalam.

Dalam satu kenyataan lain, polis Johor menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan lelaki warga Malaysia yang memiliki taraf penduduk tetap Singapura tersebut.

“Polis tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu-lintas.

“Berdasarkan semakan dibuat melalui Sistem Cops, mendapati pemandu terbabit mempunyai 13 rekod  saman dijelaskan. Ia membabitkan 12 kesalahan memandu laju dan satu kesalahan memandu di lorong kecemasan", kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik negeri, Superintendan Baharudin Mat Taib.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bharu untuk suspek berusia 46 tahun yang memandu kenderaan jenis Mercedes Benz S400. -CARI Infonet.

11

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 5-5-2016 12:56 PM
bagus!!! keep up the good job
Quote EvieWanKenobi 5-5-2016 01:01 PM
masuk negara orang nak menyakai pulak..
Quote CARI-SFG 5-5-2016 01:03 PM
EvieWanKenobi replied at 5-5-2016 01:01 PM
masuk negara orang nak menyakai pulak..

dia Malaysian.. tapi ada taraf penduduk tetap Singapura...
Quote EvieWanKenobi 5-5-2016 01:04 PM
opss sorry.. my bad..

geram sangat dengan perangai dia..
Quote prettyuglybabe 5-5-2016 01:09 PM
apasal kena tutup muka?
padahal kat fb tersebar je gambar dia..
ke itu kambing hitam je?
Quote gigahertz 5-5-2016 01:26 PM
prettyuglybabe replied at 5-5-2016 05:09 AM
apasal kena tutup muka?
padahal kat fb tersebar je gambar dia..
ke itu kambing hitam je?

tutup muka pastu baju warna lain. merc tiada di sebelah.

fake?
Quote saviour_09 5-5-2016 02:47 PM
booohooo mana kawan baik polis johor tu?
tak tolong ke?
Quote Artemesiaa 5-5-2016 04:12 PM
Kalau dah buat salah tu tak perlu le nak argue
Quote ffawwaz 6-5-2016 10:29 AM
dilema kalau drive kt jb cmni la..
kereta2 dri seberang selalu drive mcm celaka..tuka lorong tiba2 ni trend perangai hauk lagi hazab dorg..

sesuai la kena tangkap..pftt
Quote undark 6-5-2016 11:05 AM
kalau tutup muka ada la kawan dia dalam polis tu.. kalau nko boleh ke tutup muka kalau kena tangkap?
Quote abas8888 6-5-2016 12:11 PM
dah kena tangkap ni mana ada kawan dia nak mengaku kawan dah..kah kah kah..tapi tgklah kalau lepas reman ni dia lepas, memang ada lah tu kawan dia jadi tangan ghaib..
Quote taksukapeanut 6-5-2016 12:20 PM
undark replied at 6-5-2016 11:05 AM
kalau tutup muka ada la kawan dia dalam polis tu.. kalau nko boleh ke tutup muka kalau kena tangkap?

laa baru tau tak boleh tutup muka kalau kena tangkap.. noob sungguh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.104724 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top