CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bila Bank Tersalah Masukkan RM13 Juta Dalam Akaun, Apa Nak Buat Ya!

6-5-2016 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10385| Komen: 23

Description: Pelajar ini telah tinggal di negara kanggaru itu sejak lima tahun
oleh Adib Za

Agaknya apa yang bakal anda lakukan bila tiba-tiba akaun bank anda telah menerima RM1juta gara-gara kesilapan teknikal?

Adakah anda akan memaklumkan kepada pihak bank dan memulangkannya? Atau menganggap diri anda sebagai terpijak rezeki?

Mungkin kedengaran macam mimpi sahaja, tapi itulah yang berlaku kepada seorang rakyat Malaysia yang menetap di Sydney, Australia. 




Merupakan seorang pelajar kejuruteraan kimia, Christine Jiaxin Lee, 21 nampaknya telah berjoli 'bagai nak rak' selepas menerima wang berjumlah AS$4.6 juta bersamaan RM13.85 juta!

Ia dilaporkan tersilap dimasukkan ke dalam akaun bank Westpac miliknya pada 2012. 


Wow! Siapa yang tak kabur mata kan dengan wang yang begitu banyak itu. Namun, pelajar ini telah ditahan pihak Polis Persekutuan Australia di lapangan terbang Sydney pada Rabu lalu ketika hendak meninggalkan negara itu. 

Penangkapan itu adalah kerana dia bersikap tidak jujur bila mengetahui tentang kesilapan teknikal terhadap akaun bank miliknya. 

Antara Julai 2014 dan April 2015, wanita ini telah beberapa kali membuat pengeluaran wang dan dianggap melakukan kesalahan jenayah.





Lee juga dilaporkan menetap di sebuah pangsapuri mewah dengan bayaran $780 seminggu yang bersamaan RM2,300 atau $3,120 sebulan bersamaan RM9,200!

Selain itu, dia telah menghabiskan lebih RM3 juta untuk membeli beg tangan dan juga barangan mewah yang lain. 

Pelajar ini telah tinggal di negara kanggaru itu sejak lima tahun lalu bersama teman lelakinya. Dia kini dibenar diikat jamin dan bakal dihadapkan sekali lagi ke mahkamah pada 21 Jun hadapan.

Bagaimana dengan anda, adakah menganggap ia satu kesalahan jenayah, atau bukan salahnya kerana pihak bank yang tersalah memasukkan wang? - CARI Infonet


Sumber: Daily Mail/ Malaysiandigest/ Malaymailonline

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stillen 6-5-2016 03:45 PM
Salah siapa kita pun xtaw tahu
Quote atira 6-5-2016 03:48 PM
tered dah ada

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D2
Quote fifie_olin 6-5-2016 03:48 PM
xkn la pihak bank x tau terslh msuk acc...
ape2 pon bdk ni kena la bg tau
ye la bila nmpk duit juta2 mau x joli
tp sendri rugi..comel gak
Quote edee_91 6-5-2016 03:48 PM
dah sah2 lah ada kesilapan teknikal. pulangkanlah balik hak orang lain. unless lah awloh pun dah pandai main dengan mesin cash deposit machine kan....
Quote AMDTurion 6-5-2016 03:49 PM
mmglah salah bank sbb tersalah masukkan duit dlm akaun kita.

salah kita pulak sbb x jujur untuk kembalikan duit yg dah tersilap bagi tu.

bende2 camnie susah nak sorok sbb ade rekod.

jolilah byk mana pun tetap pasti ditagih apabila bank tahu kemana duit tu diagihkan.
Quote pia250110 6-5-2016 04:47 PM
kalau i.. buat kelua masuk kat asb n bg die beranak..dividen tu baru i gune..duit tu i x usik..bole ke gitu
Quote Artemesiaa 6-5-2016 05:17 PM
Bank bersalah sebab tersalah masuk account orang lain.  Penerima juga bersalah sebab tak bagitahu pihak bank mengenainya.  Lebih buruk lagi si penerima gi belanjakan pula wang yang tersalah masuk tu.  Sebab tu kalau ada kes sebegini tak usah le gumbira sangat nampak byk wang masuk dalam account terus nak belanjakan.  Elok check semula dengan pihak bank kang tak pasal2 kena bayar semula duit yang dah digunakan.
Quote CiliPadiSedap 6-5-2016 08:58 PM
pia250110 replied at 6-5-2016 04:47 PM
kalau i.. buat kelua masuk kat asb n bg die beranak..dividen tu baru i gune..duit tu i x usik..bole  ...

Xboleh kecuali bank akan kira ganti rugi dia org alami sebab duit hilang

Bank is mafia

Quote system_failure 6-5-2016 10:38 PM
Meh sini aku kasitau rahasia penting..
Jika anda withdraw kat atm alliance bank pd kul 2330 keatas, dates telahpun bertukar pd keesokakan harinya wpun ada 30mins lg seblum bertukarnya tarikh.
Bank islam pulak akan up sepenuhnya pd pkul 0030 keatas slps night mode system up. Tp klau nk guna meps slpas pkul 1 baru la dia handshake sepenuhnya. So kalau terima error msg tu normal laa. Tp bila swith back to day mode dlm kul 5 keatas tuh cuma perlukan dlm 15mins aje, and thats is the preacious time for
Quote system_failure 6-5-2016 10:42 PM
Edited by system_failure at 6-5-2016 10:48 PM

Bygkan aku boleh release duit 100 pd kul 2340 then even though duit Tu sbnrnya dibankin pd kul 2350 at the same dates

I lov it
Quote bulanbulat 7-5-2016 12:46 AM
Kena faham konsep overdraft. Mak i baru terang td kat i
Quote CiliPadiSedap 7-5-2016 06:26 AM
system_failure replied at 6-5-2016 10:42 PM
Bygkan aku boleh release duit 100 pd kul 2340 then even though duit Tu sbnrnya dibankin pd kul 2350  ...

Terangkan. Tak fahamlah

Too good too be true

Kalau benda ni berjaya tentu u dah dalam penjara without internet connection

Quote red_cattleya 7-5-2016 10:49 AM
klu I gitau bank sbb klu guna pun totap kena bayar balik ye dak..
Quote periakuning 7-5-2016 12:46 PM
Ai akan inform bank...

Even anak ai punya akaun tabung haji..ade org duk masukkan duit every month..ai gi tanya tabung haji sape yg masukkan, tabung haji pun takleh reveal..so ai biarkan aje...maybe relative kut...harap dihalalkan...tima kasih banyak ye..
Quote system_failure 7-5-2016 05:09 PM
CiliPadiSedap replied at 7-5-2016 06:26 AM
Terangkan. Tak fahamlah

Too good too be true

Kata tak paham tp kepala ko asyik angguk2 jer... Hahaha

Kan ke beta dah terangkan kat 10#
Its a technical glitch. Even abmb pun takde quick solutions for this minor prob.
Lgpun cuma happen in around 30mins before 0000. Dan tak ramai yg perasan... So deme tak amik pusing laa...
Dan yg paling pentibg takde kehilangan duit yg boleh berlaku pun...
Cuma manipulasi data on paper print aje..
Ade pehe?

Meh beta reveal ape yg berlaku disebalik kain yg terselak..
Normally bank Akan close system tepat kul 0000. But abmb the only one yg close pd 2300. Sementara Tu dema Akan bring up secondary system atau dlm bahasa lain ialah night mode system. Selalu Akan up dlm 30min after bring down the main one. Kelemahamnya ialah limited access to some services. Sbb Tu cuma dpt view acc balance, Dan buat transfer within own bank aje yg boleh..
Tp masa secondary nih up, date dahpun bertukar ke T+1 walaupun belum lepas lagi 0000.

Tu yg gua panggil gelinciran teknikal a.k.a architecture system failure. kih kih kih


Quote system_failure 7-5-2016 05:13 PM
periakuning replied at 7-5-2016 12:46 PM
Ai akan inform bank...

Even anak ai punya akaun tabung haji..ade org duk masukkan duit every mont ...

Takde sape leh view akaun org lain even suami Isteri atau ibu bapa sekalipun.
Itu restricted by bnm.
Ape susah, suh aje la anak hang as a owner pi Tanya sendirik..
Quote periakuning 7-5-2016 06:02 PM
system_failure replied at 7-5-2016 05:13 PM
Takde sape leh view akaun org lain even suami Isteri atau ibu bapa sekalipun.
Itu restricted by b ...

Tapi anak tak cukup umur lagi..baru 11 tahun..dia pun tak berminat nak tahu kut..
Quote system_failure 7-5-2016 08:22 PM
periakuning replied at 7-5-2016 06:02 PM
Tapi anak tak cukup umur lagi..baru 11 tahun..dia pun tak berminat nak tahu kut..

Ahh.. kalo camtu anak hang masih bwh umur la ye..
Then as a parents u can access maa...
Tak berminat nk tau ke Dari mana dtgnya duit itew...
Quote periakuning 7-5-2016 09:11 PM
system_failure replied at 7-5-2016 08:22 PM
Ahh.. kalo camtu anak hang masih bwh umur la ye..
Then as a parents u can access maa...
Tak berm ...

Tapi dah pegi 2 cawangan bank..dua2 takleh reveal..so malas nak layan...tak guna pun duit tu..just monitor balance je

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062745 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top