CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lebih 80 Juta Orang Tonton, Pecah Rekod FB, Apa Istimewanya Video Ini?

24-5-2016 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8384| Komen: 29

Description: Tahu tak? Gelak ketawa yang menggembirakan bukan sahaja dapat menyembuhkan pelbagai penyakit, malah juga boleh memecah rekod peratusan menonton yang tertinggi untuk siaran video secara langsung di lam ...

Oleh : TS LOO



Tahu tak? Gelak ketawa seseorang bukan sahaja dapat menyembuhkan pelbagai penyakit, malah juga berjaya memecah rekod jumlah penonton yang tertinggi untuk paparan video yang disiarkan secara langsung di laman Facebook!



Apa sebenarnya keistimewaan video terbabit?



Loading FB Video...

Terbaru, paparan video secara langsung oleh Candace Payne, seorang ibu yang berumur 37 tahun, dengan berjudul " Kegembiraan yang amat mudah dalam kehidupan!" sememangnya mempunyai daya tarikan yang begitu luar biasa. 


Pada permulaan video tersebut, Candace beritahu hari terbabit merupakan hari lahir buat dirinya dan sebenarnya dia mengambil keputusan untuk beli pakaian sukan untuk dirinya atau beli barang mainan untuk anaknya. Tetapi tanpa disangka, dia telah membeli topeng watak Star Wars iaitu Chewbacca. 

"Saya sama sekali bukan peminat atau fans setia Star Wars, tetapi saya tidak dapat kawal diri dan belinya."

Setelah siap beli dan masuk ke dalam kereta, dia kelihatan begitu teruja berkongsi topeng yang dibelinya itu sambil keluarkan dan pasangkannya pada muka menerusi siaran secara langsung di akaun facebooknya bersama kawan. 

Mungkin terlalu teruja dengan penampilan wajahnya yang melucukan, Candace kelihatan ketawa terbahak-bahak tanpa henti.

Akibatnya, paparan video tersebut menarik perhatian dan menyebabkan ramai netizen mula menyebarkannya secara meluas sehinggakan dalam tempoh masa sehari sahaja telah berjaya dikongsikan oleh lebih 2.38 juta orang. 

Termasuk mencapai 89 juta orang menonton video tersebut sekaligus berjaya memecah rekod paparan video secara langsung di laman facebook yang paling ramai orang melayari setakat ini.

Sebelum ini, terdapat paparan video mengenai letupan tembikai yang diterbitkan oleh Buzzfeed, telah menjadi juara dalam tempoh masa yang agak lama sebagai video siaran langsung yang paling ramai orang layari, video berkenaan turut berjaya mengumpul sejumlah lebih satu billion orang menonton. 

Menurut Candace ketika ditemubual wartawan BBC, ketika itu dia hanya anggap topeng itu menarik dan terus dapat idea untuk berkongsi dengan kawan secara siaran langsung, tapi tanpa disangka-sangka video tersebut mendapat sambutan luar biasa oleh sebilangan besar masyarakat di seluruh dunia. 

Tambahan lagi, tanpa diduga, bahagian gelak ketawa dia itu telah menjadi seolah-olah penawar dan berjaya membantu mereka yang mengalami kemurungan sembuh daripada penyakit tersebut.


"Ada orang beritahu saya, mereka ada kemurungan, selepas menonton gelagat gelak ketawa saya dalam video itu telah membawa kegembiraan buat diri mereka, ini adalah kali pertama saya bergelak ketawa terbahak-bahak dalam tempoh dua bulan ini."


Candace berkata, kesan luar biasa yang diperolehi itu sememangnya di luar jangkaannya. Bagaimana pun, bagi Candace sekiranya suara gelak ketawanya itu dapat membawa kegembiraan kepada orang lain, membolehkan mereka keluar daripada alam negatif, dia amat rela melakukannya bila-bila masa sahaja.- CARI Infonet
20

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
21

Sedih
14

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 24-5-2016 12:28 PM
Siapa yang tengah stress boleh layan video ni mana tahu boleh membantu melegakan stress tu
Quote cammie1711 24-5-2016 12:53 PM
ok. aku tergelak
Quote Ferr_Remy 24-5-2016 01:19 PM
Dgn aq2 skali trgelak. Pompuan ni iras Melissa McCarthy la hahahahaha
Quote belilies 24-5-2016 01:26 PM
I luvvvvv her video! Omgeee hilarious!
Quote shernazz 24-5-2016 01:30 PM
cm kena plak rambut dia dengan topeng tu ..hahaha
Quote red_cattleya 24-5-2016 01:44 PM
haha mmg kelakar..bersungguh2 dia gelak
Quote imransulaiman 24-5-2016 01:47 PM
Ok..ini lawak terbahak-bahak yaaa
Quote ariellin 24-5-2016 01:59 PM
kejang perut aku ikut dia gelak,, dah la poser arini
Quote chinta89 24-5-2016 02:06 PM
iols blm tgk lagi that video.. seriously mmg kelakar?
Quote CrowneGlory 24-5-2016 02:18 PM
mak yg sgt kelakar...
Quote alieyrina 24-5-2016 03:08 PM
Weyyy video x leh tengokk
Quote MariaClara 24-5-2016 03:11 PM
mane bidio nye?
Quote Cyempaka 24-5-2016 03:19 PM
sedihnya... aku xde rasa lawak.. xgelak lansung.  tak de perasaan ke aku ni..
Quote Chekti 24-5-2016 03:53 PM
kan...simple je tp boleh tergelak wehh...
Quote fazamania 24-5-2016 04:46 PM
Ya ampun.. bergegar satu opis aku gelaktgk video ni.
Quote aqissa 24-5-2016 04:59 PM
Hahaha..... lol
Quote Aiira 24-5-2016 09:10 PM
Me gelak awal awal je tapi lama lama me rasa annoying. Terus stop tengok.

Quote kaki_mekap 24-5-2016 09:15 PM
Haha. Untuk hilang stress pon okay ni hehe
Quote setokinpurple 24-5-2016 09:33 PM
ketawa dia ikhlas sungguh. sampai aku pun ikut ketawa.. memang rasa lega

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.059357 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top