CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resepi Ikan Percik Ala Terengganu Style

6-6-2016 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13023| Komen: 8

Description: Ikan percik mungkin mengambil sedikit masa untuk menyediakannya...

Oleh : Dean BZ

Ikan percik mungkin mengambil sedikit masa untuk menyediakannya. Ini kerana anda perlu membakar ikan terlebih dahulu sehinggalah hampir setengah masak dan kemudian kuah percik akan disiram diatas ikan tersebut. 


Walaupun penyediaannya agak leceh, tetapi amat berbaloi apabila ia sudah masak. Kata orang, ikan bakar kurang kolestrol jadi sudah tentu amat baik untuk kesihatan dan diet sihat.

Jom cuba masak resepi ikan percik ala Terengganu style ini - CARI Infonet


Bahan-bahan (5-6 orang)
5-6 ekor ikan kembung
4 cawan santan
7 ulas bawang merah – dikisar

1 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
Sedikit kunyit hidup – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu kecil belacan
1 sudu kecil asam jawa
3 batang serai – diketuk
1 sudu kecil halba
Garam dan gula
Kunyit dan garam – untuk dilumur pada ikan


Cara-cara
Panggang atau bakar ikan yang telah dilumur dengan kunyit dan garam sehingga masak.
Panaskan periuk atau kuali (tanpa minyak), kemudian masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili kisar, belacan, asam jawa dan serai. Kacau sehingga sekata.
Apabila mendidih, masukkan halba. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Apabila siap, curahkan kuah percik ke atas ikan.





6

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
15

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 6-6-2016 04:28 PM
sedapnya.. tapi renyah nak masak..
masa singkat
Quote AisyDani13 7-6-2016 10:16 AM
sedap & menyelerakan lagi2 di bulan ramadhan.. hehe
Quote mizlily 7-6-2016 12:56 PM
masa terhad...
time puasa kadang2 ada hari terlalu penat..
kadang2 sempat...kadang2 xsempat nk pelbagaikan masakan

byk nye kadang2 hihihihi
Quote Jajabeans 7-6-2016 01:06 PM
baik beli jelah kalau nak makan sorg atau berdua. leceh nak masak percik lagi nak bakar lagi.
Quote irwansuhadi 8-6-2016 09:50 AM
merecik hawau...
Quote Ipo 9-6-2016 08:50 AM
oh percik terengganu pakai halba ya?
emm...kelate tak pakai halba
bulan posa ni wajib buat ayam percik
Quote minah_kidal 9-6-2016 10:06 AM
sampai umah dah 6pm mmg tak sempatla nk masak2 mcm ni.
Quote sayalala 9-6-2016 11:30 AM
first time sy dgr org terengganu masak ikan percik ni pakaihalba..biasa sy tgk xpakai pun..satu lg ikn tu sedap gak kalau lumur dgn garam je xyah dgn kunyit..tp terpualng pada selera masing2

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.123666 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top