CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Mencuri Demi Anak, Korban Ibu Dapat Simpati Pegawai Polis

6-6-2016 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7524| Komen: 12

Description: Kisah benar ini berlaku di Nanjing, China di mana seorang ibu terpaksa mencuri peha ayam dan beberapa buah buku daripada sebuah pasaraya untuk dihadiahkan kepada anaknya.
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://shanghaiist.com/




Sedia kita maklum, ibu sanggup melakukan apa sahaja demi kehendak anak kesayangannya, biarpun pengorbanan itu mungkin mengundang risiko buat dirinya.


Kisah benar ini berlaku di Nanjing, China di mana seorang ibu terpaksa mencuri peha ayam dan beberapa buah buku daripada sebuah pasaraya untuk dihadiahkan kepada anaknya.


Liu Jinxia, ibu telah bercerai dengan suaminya akibat masalah kewangan beberapa tahun lalu terpaksa membawa salah seorang anak kembarnya yang berusia 7 tahun dari Nanjing ke Shandong untuk mendapatkan rawatan.



Difahamkan kedua-dua anak kembarnya menderita penyakit buah pinggang.


Menurut Liu, dia bertindak mencuri kerana anaknya pernah meminta daripadanya, tapi dia tidak mampu membeli.

sumber foto: http://shanghaiist.com/


Setelah ditahan akibat mencuri, pengorbanan si ibu itu mendapat simpati pegawai polis yang mengendalikan kesnya.

Kemudian, demi meringankan beban si ibu itu, pegawai polis berkenaan menerusi WeChat menyeru rakan-rakannya menghulurkan tangan setakat mana yang boleh. 


sumber foto: http://shanghaiist.com/


Hasilnya, sebanyak 10,000 yuan atau bersamaan RM6, 289, namun tanpa disedari jumlah dana tersebut diperbanyakan lagi setelah kisah itu dikongsi dan menjadi viral oleh kebanyakan netizen yang prihatin dengan apa yang dialami oleh si ibu itu.

Akhirnya sejumlah 300,000 yuan atau bersamaan kira-kira RM188,689 berjaya dikumpul hasil usaha sama dan sumbangan netizen.

Dalam pada itu, kos rawatan perubatan keluarga malang itu turut berjaya diatasi melalui jumlah dana berkenaan. - CARI Infonet




13

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-6-2016 10:33 PM
Bagus le dapat juga dana utk perubatan anaknya bila dah diviralkan
Quote red_cattleya 7-6-2016 01:22 AM
bagus jgk dia guna dana tu dgn betul..
Quote KIKIKI90 7-6-2016 08:31 AM
bagus jgk la abam polis tu, nak jgk tolong
Quote Loloq89 7-6-2016 08:38 AM
ade jugak hati perut org china ni ye
Quote mizzacu 7-6-2016 08:49 AM
bagus laa.. dpt ubat anak dia.

hmm.. nasib polis tu prihatin.
Quote stillen 7-6-2016 10:47 AM
Ada hikmah penangkapan beliau, tgk org sana cepat ja kumpul dana.
Quote Jerambut 7-6-2016 11:45 AM
bagus le jugak sesekali cerita gini dari PRC. Kalau tak... cerita pelik pelik diluar kemanusiaan je yg banyak.
Quote din_atos 7-6-2016 11:56 AM
bgs jugalah ada satu cerita di Malaysia. DBKL menahan penjaja yg menjaja secara haram dkt Putrajaya.. Ibu penjaja tersebut tersebut terpaksa menjaja demi utk anaknya. Lalu DBKL memberi ibu itu menjaja selama lamanya..
Quote Loxlaxman 7-6-2016 03:36 PM
Di China tu kalau sorang sedekah singgit...korang dah jadi beliunair macam Bijan..
Quote PongKang 8-6-2016 05:23 AM
respect ah polis tu!
Quote Ayu61279 16-6-2016 02:13 PM
good job abam polis

Quote ally9970 18-1-2023 04:13 PM
Korban ibu? apa tu? ke nak tulis pengorbanan ibu?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.193927 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top