CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2016 Seleksi Menu Lihat artikel

Keistimewaan Lemang Periuk Kera Tiada Tandingan, Wajib Cuba Rasa!

24-6-2016 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12227| Komen: 23

Description: Lemang Periuk Kera ini adalah salah satu makanan warisan yang hampir pupus
Oleh Izzah Abbasy

Lemang Periuk Kera? Tak pernah makan kan? Pasti ramai yang tertanya-tanya, bukankah lemang hanya menggunakan batang buluh sahaja?

Ha, jika anda nak tahu, Lemang Periuk Kera ini adalah salah satu makanan warisan yang hampir pupus.

Jika di Pahang, masih ada segelintir keluarga yang memasak lemang menggunakan periuk kera ini kerana periuk kera itu didapati daripada orang Asli yang sering masuk ke dalam hutan. Ada juga orang Asli yang menjualnya di tepi-tepi jalan.  

Di Sarawak pula, Lemang atau Pulut Periuk Kera ini adalah makanan tradisional masyarakat Bidayuh terutama Bidayuh Bau. Jika anda pergi ke Serikin dan singgah di kedai tepi jalan sebelum Serikin memang banyak dijual periuk kera kosong atau periuk kera yang telah siap dimasak bersama pulut di dalamnya.

Pada kebiasaannya Lemang Periuk Kera ini dimakan dengan rendang daging, ayam ataupun serunding. Namun begitu, ia juga sudah mempunyai rasanya yang tersendiri.

Anda teringin nak merasa bagaimana keenakan Lemang Periuk Kera ini? Menurut, mohdzain.com yang berkongsikan pengalaman bertemu dengan  seorang pengusaha Lemang Periuk Kera, Abang Tan Safry yang telah 20 tahun melibatkan diri dalam masakan lemang warisan ini.

Yang menariknya, Abang Tan berkongsi cerita mengenai perniagaannya yang semakin laris semenjak Lemang Periuk Kera ini diperkenalkan di dalam siri Upin & Ipin. Kebanyakan daripada pelanggan tidak sangka Lemang Periuk Kera ini betul-betul wujud.

Abang Tan menjual Lemak Periuk Kera mengikut harga timbang iaitu sekitar RM35 bagi setiap kilo. Kepada sesiapa yang ingin menempah Lemang Periuk Kera ini, bolehlah hubungi nombor telefon seperti tertera di bawah. - CARI Infonet

No. Telefon : 019 344 5351 (Abang Tan)
Facebook : Lemang Periuk Kera







Kredit Foto : mohdzain.com dan Google
 


32

Bagus
15

Marah
23

Terkejut
23

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 24-6-2016 09:20 PM
aritu housemate ai bru belikn,kt psr borong pandan bnyk dgrnye
sdp mkcik tu buat rendang nye,lemang tu pulak lembuttt je
Quote red_cattleya 24-6-2016 11:48 PM
ingatkan pokok neh spesis tak boleh kacau
Quote hsflndahmd 25-6-2016 11:32 AM
Tak penah try la pulak. Tp lemang mmg i punye favourite
Quote mattzzx 25-6-2016 12:09 PM
nampak macam sedap....tapi susah nak dapat...
Quote rioster 26-6-2016 10:42 AM
Pernah makan sekali tapi mmg sedap. Ragu2 jgk nk makan. Firsttime tgk. Sedap weii...
Quote chinta89 26-6-2016 10:55 AM
wowww mcm sedap jeeeee
Quote ms.mango 26-6-2016 11:35 AM
I tau adanya lemang periuk kera ni drp upin ipin..
Quote yayangmama 26-6-2016 12:29 PM
saya tengok cerita upin ipin taun 2013 kot...baru tahu wujud lemang periuk kera ni
Quote ciwi1166 26-6-2016 12:46 PM
mane nak dapat ni wei... nak jugak merasa. hehe

tapi nak buat macam susah je nak kene cari pkok kera.
Quote Missfadh 26-6-2016 12:59 PM
Pokok periuk kera tu mcm susah nak jumpa je. Teringin juga ak rasa.
Quote catalina 26-6-2016 07:39 PM
Penah tgk rancangan masak2 bila tah x ingat. Ada tunjuk satu makcik ni masak lemang periuk kera ni.
Quote ffawwaz 27-6-2016 08:45 AM
red_cattleya replied at 24-6-2016 11:48 PM
ingatkan pokok neh spesis tak boleh kacau

boleh je..sebab bukan spesis terlindung kalau xsilap aku la..macam kat kg aku area segamat..kebun arwah nenek aku banyak jumpa periuk kera ni..
dia kat pinggir2 hutan..xmasuk dalam kawasan dilarang ceroboh la..
even kat pasar tani dorg jual periuk kera ni untuk dibuat sarung lemang.. senang org2 pekan tinggal bersihkan n tanak je pulut dalam tu..hee



Quote salimrock 27-6-2016 01:28 PM
tak silap aku periuk kera ni, tmpt tadahan air hujan , supaya bila monyet2 tu dahaga , dia akan minum dari periuk kera ni....
Quote Artemesiaa 27-6-2016 01:33 PM
Nampak unik untuk dihidangkan di hari raya
Quote kicap_madu 27-6-2016 01:47 PM
mmbr aku ckp kat kmpg dia dorg jual bekas periuk kera tue.
100pcs = rm15. skrg 100pcs = rm40..
gila mahal.
Quote kicap_madu 27-6-2016 01:48 PM
mmbr aku pnah wat. sdap jugk. tp nak wat leceh.
Quote rosasa 27-6-2016 02:17 PM
ms.mango replied at 26-6-2016 11:35 AM
I tau adanya lemang periuk kera ni drp upin ipin..

eh eh sama la dik
Quote moocoww 27-6-2016 10:32 PM
Pernah mkn...tapi ai suka lagi lemang dlm buluh tu...
Quote Farini 28-6-2016 12:37 AM
mcm mana la rasanya, mesti ada rasa yg tersendiri mcm ketupat daun jgk.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.130350 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top