CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Muslim British Adakan Laman Web Bantu Lelaki Berpoligami

28-6-2016 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5027| Komen: 2

Description: Polygamy.com adalah sejenis laman web berunsur poligami yang ditubuhkan oleh Azad Chaiwala iaitu seorang British Muslim yang berumur 33 tahun, yang bertujuan untuk membantu mereka yang menjadi ahli me ...
Oleh : TS LOO


Sehingga hari ini, laman web mencari jodoh perkahwinan berkembang maju dan boleh dikatakan agak luar biasa, selain membantu mereka yang masih bujang mencari jodoh impian, bagi mereka yang sudah berumahtangga juga meberusi laman tersebut untuk mencari isteri yang satu lagi atau banyak lagi.



sumber foto : polygamy.com


Polygamy.com adalah sejenis laman web berunsur poligami yang ditubuhkan oleh Azad Chaiwala, seorang Muslim British yang berumur 33 tahun untuk membantu ahli laman web tersebut dalam usaha mencari isteri yang kedua, malah ramai lagi.

Sejak ditubuhkan pada tahun lepas, sehingga hari ini seramai 7 ribu orang mendaftar untuk menjadi ahli, yang terdiri daripada warga negara Kanada, Britain, Amerika Syarikat dan Australia.


Konsep yang ditekankan adalah "Keluarga yang lebih besar, lebih ceria", malah tegas Chaiwala, laman tersebut mampu memberi dorongan dalam usaha memupuk mentaliti kekeluargaan yang taat setia, beretika, sifat kekeluargaan yang konvensional.

Cara operasi laman web tersebut berbanding dengan 'dating' laman web yang lain adalah sama, iaitu akan dilakukan secara sulit. 

Sekiranya ingin melayari atau membaca maklumat dan melihat gambar mana-mana ahli perlu memperolehi persetujuan pihak terbabit. 

Chaiwala berpendapat, warga kota pada zaman moden kini, lazimnya akan berkunjung ke kelab malam untuk mendapatkan pengalaman 'one night stand' atau pergi mencari pelacur dan sebagainya. 

Orang lelaki biasanya ingin berkahwin lebih ramai isteri melalui cara yang terhormat, untuk kongsi sayang dan keupayaan dirinya. Jadi, laman web poligamy.com yang disediakannya itu adalah untuk lelaki yang yang berkemampuan, tambahan lagi ianya dapat mengurangkan kaum wanita yang hidup keseorangan.

Dia memberi contoh, amalan poligami tidak hanya terhad untuk orang muslim sahaja, di mana pada 200 tahun lalu, ada seorang gabenor Britain mempunyai 7 atau 8 orang isteri. Islam mengehadkan bilangan isteri hanya seramai 4 orang, namun agama lain tiada had. Chaiwala beritahu dia akan memilih dua orang isteri melalui laman web tersebut.


sumber foto: google image


Bagaimana pun, pendekatan tersebut memperolehi bantahan dari seorang ahli Parlimen Islam British iaitu Khalid Mahmood, beliau mengecam laman web berkenaan 'jahil', malah memberi amaran kepada kaum wanita jangan setuju sistem berpoligami, kalau tidak seolah-olah menidak hak kewangan dalam perkahwinan yang terjalin itu.


Di Britain, tindakan bigami adalah perbuatan yang melanggar undang-undang, boleh dihukum maksimum 7 tahun penjara. 

sumber foto: secondwife.com


Sebenarnya, ini merupakan kali kedua Cjaiwala mengadakan laman web yang berunsur pencarian isteri yang baru. Pada dua tahun yang lalu, dia telah menubuhkan laman web mencari isteri kedua yang khas untuk lelaki muslim yang dinamakan secondwife.com dan setakat ini memiliki 35 ribu ahli yang kebanyakan berasal dari barat tengah Britain iaitu West Midlands.


Menurut Chaiwala bahawa dia bukan menggalakkan perbuatan jenayah, sebaliknya semata-mata berniat untuk membantu kaum lelaki yang ingin mencari isteri yang baru, lebih-lebih lagi agama yang dianutinya membenarkan lelaki kahwin dengan 4 isteri. 


Sekiranya berdasarkan cara pemikiran kaum wanita zaman moden sekarang ini, selain mengadakan laman web yang membantu kaum lelaki berpoligami, apa kata demi keadilan seharusnya mengizinkan kaum wanita berpoligami juga? Atau pun menggalakkan isteri memiliki lebih daripada seorang suami, dengan itu adakah wajar mengadakan laman web yang seumpama itu? Kalau keadaan sedemikian berlaku, agaknya apa akan terjadi ke atas masyarakat kita?- CARI 
7

Bagus
12

Marah
21

Terkejut
15

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 28-6-2016 08:17 PM
aku nk kahwin 2  pun takut. br niat da kene pelangkung ngn org rumah..
Quote Loloq89 29-6-2016 10:59 AM
nk register jap

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.051417 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top