CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amar Baharin & Amyra Rosli Nikah 11 November Ini

19-7-2016 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7010| Komen: 18

Description: Jejaka-jejaka dan gadis-gadis Malaya diharapkan bertabah..

Oleh : Dean BZ


Jejaka-jejaka dan gadis-gadis Malaya diharapkan bertabah dan tidak kecewa dengan perkhabaran ini.

Menurut portal Mstar Online, pelakon Amar Baharin, 31, akhirnya mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya iaitu aktres Amyra Rosli, 26, pada 11 November depan. Pasangan ini bakal mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang akan diadakan secara tertutup pada 22 Julai ini.


Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Amar dalam sidang media khas dan majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana Club House, di sini, malam Isnin.

"Alhamdulillah, Allah mendekatkan hati kami apabila bekerja di bawah pengurusan yang sama.

"Saya merisik pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu selepas merasakan Amyra adalah orang paling istimewa yang saya pernah jumpa dalam hidup saya," ujar Amar.

Majlis resepsi akan diadakan pada 12 November bagi sebelah Amar manakala 19 November bagi sebelah Amyra.


Ditanya mengenai kisah permulaan percintaan mereka, Amar berkata, mereka mula jatuh cinta ketika mereka berlakon dalam drama Suamiku Encik Sotong kira-kira setahun lalu.

"Secara jujur Amyra seorang wanita paling istimewa daripada ramai-ramai wanita yang saya kenal sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, Amyra mengakui Amar merupakan lelaki yang memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya.

Perkahwinan bersejarah pasangan selebriti ini akan disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro. Kami mendoakan semoga segala urusan mereka berdua dipermudahkan. Tahniah! - CARI



18

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote kurius 20-7-2016 03:07 PM
tahniah semoga kekal
Quote kokocrunch 20-7-2016 09:22 AM
tahniah..semoga berkekalan hingga ke jannah
Quote red_cattleya 20-7-2016 03:08 AM
cantik dak amyra neh..tahniah..
Quote huehue 19-7-2016 11:48 PM
Semoga bahagia kekdahnya walaupun iolls sangat tak minat dengan Amyra ni.
Quote adeladelina 19-7-2016 11:19 PM
Tahniah
Quote lashes 19-7-2016 10:47 PM
Sb ape die xjadi kawin dgn dazrin dulu tu ek? Sory dulu xmengikuti gosip amyra ni..btw die ni cantik sgt..manis je..
Quote RamboMandul 19-7-2016 10:34 PM
Tahniah . Sama padan .
Quote kiambang 19-7-2016 10:33 PM
Tahniah.. secocok dieorg ni
Quote Tapayana 19-7-2016 09:08 PM
jangan syok sgt annauns itu ini myra oi. dulu pun kemain sakan nak nikah dgn dazrin.

tup tup batal masa hari nikah. kecewa teruk dazrin
Quote HazeLJoseph 19-7-2016 07:57 PM
Kih3 tak kenai..  tapi org nak kahwin,tahniah laa ye
Quote shin_ah81 19-7-2016 07:24 PM
Tahniah amar dan amyra.. didoakan semuanya berjalan dengan lancar
Quote kenarihitam 19-7-2016 06:44 PM
Tahniah amar dan amyra
Quote Lavender_Violet 19-7-2016 05:33 PM
Bertabah lah Amar kalau lepas nikah pun nanti reporter asyik ulang Amyra yang pernah bertunang dgn pelakon Dazrin Kamaruddin sebelum ini......
Quote dyana612 19-7-2016 03:30 PM
tahniah klu betul
Quote mimzat 19-7-2016 02:18 PM
Tahniah. Harap-harap kali ini menjadi....  Aamiin.
Quote misscendol 19-7-2016 02:18 PM
secocok! semoga berkekalan hingga ke jannah
Quote fifilalala 19-7-2016 02:01 PM
Wahh tahniahhh amar dan amyra
Quote srihannah 19-7-2016 01:55 PM
tahniah amar & amyra..peminat2 dh lama tgu dorg ni umum nak kawen

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.055139 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top