CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Kilat Paling Buruk Di China Korbankan 154 Orang

24-7-2016 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4094| Komen: 16

Description: Penduduk di wilayah itu juga mengadu mengenai mengenai ketiadaan amaran sebelum banjir kilat
Oleh Izzah Abbasy

Banjir buruk melanda China selepas hujan lebat melanda dan mengorbankan sekurang-kurangnya 154 orang dan menyebabkan 124 lagi hilang, kata pegawai, dengan kebanyakan kematian dilaporkan berlaku di wilayah utara. 

Penduduk di wilayah itu juga mengadu mengenai mengenai ketiadaan amaran sebelum banjir kilat itu melanda. 

Hujan yang bermula pada Isnin, membanjiri sungai, menyebabkan tanah runtuh dan memusnahkan rumah di seluruh negara itu. Kebanyakan kematian dilaporkan di Wilayah Hebei dan Jabatan Hal Ehwal Sivil wilayah berkata, 114 maut dan 111 lagi dilaporkan hilang. 

Lebih tiga juta penduduk dipindahkan di Hebei, dan wilayah itu membuat satu lagi pusingan memperuntukkan khemah, selimut, kasut but dan penjana kuasa, kata jabatan itu. 

Di Bandaraya Xingtai di Hebei saja, 25 terbunuh dan 13 lagi hilang. Kampung Daxian di Xingtai dilanda banjir kilat awal Rabu lalu ketika penduduk tidur. Lapan orang, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh dan seorang lagi hilang dalam banjir. 

Namun keadaan semakin buruk apabila media sosial mula menyiarkan orang kampung yang marah mula menghalang jalan raya, menuduh pihak berkuasa gagal memaklumkan kepada mereka masa pemindahan apabila takungan di hulu mula melepaskan air banjir. 

Gambar yang disiarkan secara online, diiringi gambar mangsa lemas, juga menuduh pegawai tempatan menutup tragedi itu dengan berbohong bahawa tiada kematian di kawasan itu. Media tempatan kemudian mengesahkan seorang pegawai berkata banjir kilat itu tidak menyebabkan kematian. 

6,000 ekor khinzir turut diselamatkan daripada banjir berkenaan.







Kredit : BH Online & The Telegraph
10

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
19

Sedih
12

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 24-7-2016 11:13 AM
ekhh...sian cik bab...
Quote edee_91 24-7-2016 11:22 AM
kena samak air tu sebab dah sentuh kulit babi.
Quote oppol 24-7-2016 11:24 AM
Perlu ke tayang babi tue..
Quote spiderman80 24-7-2016 11:44 AM
oppol replied at 24-7-2016 11:24 AM
Perlu ke tayang babi tue..

Oleh kerana Spidey ada masa kelapangan hari ini, Spidey ambil peluang keemasan untuk mengira jumlah mangsa dalam gambar-gambar thread ini.

Verdict :-

1) Manusia = 7 mangsa
2) Babi = 55 ekor mangsa
3) Kenderaan = 1 buah jeep


Quote mokcikKSKB 24-7-2016 11:54 AM
Kesian babi2 lemas xsempat jd mknn
Quote andromeda84623 24-7-2016 12:13 PM
Kesian babi2 tu
Tapi nampak comel pulak babi tu banyak2  dalam air
Quote airfilterkotor 24-7-2016 12:31 PM
6,000 ekor khinzir turut diselamatkan daripada banjir berkenaan.


Makanan asasi kena laa diselamatkan.
Quote airfilterkotor 24-7-2016 12:35 PM
Gambar taun 2008 tapi.... memang happening laa dorang ni.


Quote oppol 24-7-2016 12:40 PM
spiderman80 replied at 24-7-2016 11:44 AM
Oleh kerana Spidey ada masa kelapangan hari ini, Spidey ambil peluang keemasan untuk mengira jumla ...

Saya lebih tertarik dengan gambar uncle ambil barang bantuan tu,muat ke sampan tong dia naik tu?...
Quote L211 24-7-2016 01:21 PM
patutnya banjir kilat kat disneyland shanghai tu baru betul.. depa kat situ lagi rude dr babi yg berenang 2 di tepian.. huhuhu
Quote jazaa100 24-7-2016 02:15 PM
Melibatkan 3juta org.....

Tak dpt bygkn mcmana.......
Quote merrissa 24-7-2016 10:37 PM
andromeda84623 replied at 24-7-2016 12:13 PM
Kesian babi2 tu
Tapi nampak comel pulak babi tu banyak2  dalam air

nampak sian lak dia be'renang2' di 'lautan'...sib bek air x sampai kepala...kalo idak mati babi je la deme....
Quote misscendol 24-7-2016 11:07 PM
walaupon babi haram tapi kesian tgk almost tenggelam
Quote clarizsa 24-7-2016 11:15 PM
Bayangkan najis hasil pemberakan merata terhanyut oleh banjir...

Yela..tahula.. takziahlaa.. gurau pun x boleh..
Quote shasha79 26-7-2016 06:09 PM
oh my god! my sincere prayers...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055851 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top