CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkejut Anak Seusia 7 Thn Panjat Menara Telekomunikasi !

29-7-2013 11:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7616| Komen: 37

Description: Pasir Panjang – “Abang Chik, Turun Perlahan-Lahan, Abah Tak Marah, Jangan Sampai Terjatuh,” Itu Yang Diungkapkan Seorang Bapa, Azlan Ariffin, 37, Kepada Seorang Anaknya Berusia Sembilan Tahun Yang ...

Budiman bersama penduduk kawasan itu menunjukkan lubang pada pagar yang dipercayai mudah dimasuki kanak-kanak

PASIR PANJANG – “Abang Chik, turun perlahan-lahan, abah tak marah, jangan sampai terjatuh,” itu yang diungkapkan seorang bapa, Azlan Ariffin, 37, kepada seorang anaknya berusia sembilan tahun yang berada di atas sebuah menara telekomunikasi di Parit 10, Pasir Panjang, di sini.
       
        Azlan berkata, anaknya bersama tiga lagi rakannya berusia antara tujuh hingga 12 tahun dikatakan memanjat tiang menara telekomunikasi setinggi kira-kira 70 meter itu pada kira-kira jam 4.30 petang sewaktu dia berada di dalam rumah.
       
        Menurutnya, dia hanya diberitahu anaknya berada di tempat tinggi itu oleh seorang rakan anaknya sebelum bergegas ke lokasi untuk memujuk anak ketiganya itu supaya turun bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
       
        “Bagai nak pitam dibuatnya apabila melihat anak saya sudah berada di atas menara itu bersama rakannya, tanpa membuang masa saya hanya mampu memujuknya supaya turun dengan perlahan-lahan,” katanya kepada Sinar Harian.
       
        Azlan berkata, ketika itu, dia hanya mampu berdoa agar anaknya itu dapat turun dengan selamat memandangkan keadaan menara itu yang tinggi, selain bimbangkan jika ada daripada mereka yang tergelincir jatuh.
       
        “Saya risau ada yang terjatuh dan sudah tentu ia boleh mengundang suasana panik, tambahan pula dalam keadaan ketinggian seperti itu, kita tidak boleh menduga apa yang bakal berlaku.
       
        “Bagaimanapun, kesemua mereka dapat turun dengan selamat tanpa sebarang kecederaan yang dialami,” katanya.
       
        Menurutnya, anaknya itu dipercayai masuk ke kawasan pencawang itu melalui pagar keselamatan yang dipotong dan dilubangkan pihak tidak bertanggungjawab.
       
        “Saya pun tidak tahu ada pagar yang dilubangkan memandangkan keadaan persekitarannya yang ditutupi semak, namun tidak menyangka pula anak-anak bermain di kawasan bahaya seperti ini,” katanya.
       
        Sementara itu, Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, syarikat telekomunikasi yang memasang menara itu diminta supaya mengambil tindakan segera berikutan terdapat kesan kerosakan pagar keselamatan itu yang dilubangkan untuk membolehkan sesiapa sahaja memboloskan diri.
       
        Beliau berkata, syarikat pengendali itu perlu menjalankan kerja pemantauan secara berterusan kerana ia sudah menjadi tanggungjawab syarikat terbabit untuk mengawal selia struktur menara telekomunikasi berkenaan.

11

Bagus
8

Marah
17

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 28-7-2013 10:47 AM


anak-anak berlatih nk jadi alain robert, dari perancis...
Quote noor2 28-7-2013 10:49 AM
ni pun masuk berita juga...
Quote TuntungReturn 28-7-2013 10:50 AM
“Abang Chik, turun perlahan-lahan, abah tak marah, jangan sampai terjatuh,”

ni masa dok atas bleh cakap cm ni..dh turun bawah kalo tak bebirat badan jangan tipu la!
Quote Cakkkk....aaaa 28-7-2013 10:54 AM
tong.. cari lah news yg ok sikit utk masuk dalam CI...
Quote noor2 28-7-2013 10:57 AM
anak dah panjat tu...besit(pukul) jela kaki dia dan nasihat sekali biar serik....

dan dan wartawan sampai ke...terus masuk berita...

tak yah tunggu pihak telekomla penduduk kg pun...pagar jela mana2 yang bahaya untuk anak2..
Quote stryder_cats 28-7-2013 11:07 AM
aku kecik2 panjat bukit blakang umah tak masuk berita pon
Quote Vokuro 28-7-2013 11:10 AM
Sakai punya budak java islam sunni caprut ini
Quote md_nana 28-7-2013 11:13 AM
da smpi ke puncak ke anaknye?
Quote nolya 28-7-2013 11:20 AM
TuntungReturn posted on 28-7-2013 10:50 AM
“Abang Chik, turun perlahan-lahan, abah tak marah, jangan sampai terjatuh,”

ni masa dok atas b ...

tak boleh juga, nanti bapaknya boleh disaman kerana merotan anak.  Ni kena buat reverse saikologi.  kena puji anak mcm ni,  "wah berani anak abah panjat tinggi2 ye.  best kan boleh tengok keindahan alam dari tempat tinggi.  Tapi tak takut jatuh ke?  Nak panjat lagi tak?  Nanti abah belikan peralatan memanjat mcm tali penyelamat dan jaket pelampung jatuh or abah daftarkan kursus memanjat.  Mana tahu abng cik dah besar nanti boleh jadi jurutera yg memanjat tiang2 letrik/telekomunikasi.  Lain kali kalau nak memanjat tinggi beritau abah, boleh abah temankan.  Cuma di tiang telekomunikasi tak boleh, nanti kena saman sape nak bayar."  At other time, cuabalah bapaknya cungkil rahsia keinginan anak dia suka memanjat dan explain segala risiko yg bakal ditempohi.
Quote tongkatwaran75 28-7-2013 11:25 AM
Cakkkk....aaaa posted on 28-7-2013 10:54 AM
tong.. cari lah news yg ok sikit utk masuk dalam CI...

ok ape berita nie...
menara tu bknnya rendah 70 Meter...
lebih dari 200 kaki...
tinggi tuh...
orgb dewasa pun ada yg gayat telor...

Quote batmana 28-7-2013 11:27 AM
tipu aja ni..

sbnrnya bapak budak tu yg panjat menara..psl tarak gmba...
Quote kakikuDibibirmu 28-7-2013 11:27 AM
menuju puncak gemilang cahaya
Quote redz85 28-7-2013 11:28 AM
tunjuk gambar pakcik kat semak buat apa.. tunjuk lah gambar budak budak tu tengah panjat
Quote AdamBillionaire 28-7-2013 11:35 AM
nolya posted on 28-7-2013 11:20 AM
tak boleh juga, nanti bapaknya boleh disaman kerana merotan anak.  Ni kena buat reverse saikologi. ...

setahu adam yang panjat2 ni kontraktor caprut yindon je. sebab mereka berani. kontraktor melayu main kt jambatan penang, genting, klcc.. mereka jaga kawasan sebegitu..
Quote Mamason 28-7-2013 11:36 AM
noor2 posted on 28-7-2013 10:57 AM
anak dah panjat tu...besit(pukul) jela kaki dia dan nasihat sekali biar serik....

dan dan wartawa ...

betul tu...besit aje... aku dulu time2 tgh nakal sampai bolen dikoje kan dek mak aku... rotan, cubit.... heheheeh.... sekali tu jerk buat nakal, lepas tu insafffff... hahahaha... dan mak paling sayanggg kat aku... owhh..rindunyer pada mak...

Quote MengkuduMasam 28-7-2013 11:47 AM
nolya posted on 28-7-2013 11:20 AM
tak boleh juga, nanti bapaknya boleh disaman kerana merotan anak.  Ni kena buat reverse saikologi. ...

aku kindly like this.... tp wifey aku kalo anak buat hal... mmg kene laa...

Quote TuntungReturn 28-7-2013 11:50 AM
nolya posted on 28-7-2013 11:20 AM
tak boleh juga, nanti bapaknya boleh disaman kerana merotan anak.  Ni kena buat reverse saikologi. ...


ang igt budak zaman skang paham ka reverse2 nieh?..cakap mulot tak da guna,piapppppppppppppppppppppp!!!
Quote TuntungReturn 28-7-2013 11:52 AM

aku dlu klo mak aku pukul,kalo die tny nak buat lagik ke tak,aku cakap tak nak dah,,esok lusa ulang balik ape yg aku buat..time tu hardcore punye..tpi kalo bapak aku ksk warning tak berani aku....tpi bapak aku x banyak ckp sgt,,mak aku je.
Quote mitnick 28-7-2013 11:58 AM
kne gigit ngan spider kot. terus sebegitu

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.341813 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top