CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sering Gatal Di Bahagian Kemaluan? Anda Mungkin Berisiko Hidap Penyakit Kulit Kronik

22-8-2016 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9343| Komen: 21

Description: Penyakit kulit adalah disebabkan oleh bakteria, alergi, ..

Oleh : Dean BZ

Kredit Foto - hs-australia.info



Penyakit kulit membuatkan pengidap merasa sangat tidak selesa dan menderita. Ia berpunca dari bakteria, alergi, kulat ataupun virus yang menyerang manusia. 

Mungkin ramai yang mengganggap penyakit kulit tidak berbahaya hingga boleh menyebabkan maut. Sebenarnya penyakit kulit terbahagi kepada dua jenis iaitu yang mudah sembuh dan sukar untuk sembuh (kronik) hingga boleh menyebabkan kematian.

Memetik laporan Utusan Malaysia bertarikh 21 Ogos 2016, penghidap penyakit folikel kulit kronik, Hidradenitis Suppurativa (HS) di negara ini dikhuatiri meningkat setelah 300,000 orang terdiri golongan muda dilaporkan menghidap penyakit itu sejak 2009 sehingga kini.

Datin Dr. Asmah Johar. Foto : Utusan.com.my

Ketua Perkhidmatan Dermatologi Kementerian Kesihatan, Datin Dr. Asmah Johar berkata, ini sejajar dengan jangkaan peningkatan penghidap penyakit itu di seluruh dunia daripada 230 juta kepada 440 juta menjelang 2030.

Jelas beliau, penyakit HS iaitu ketumbuhan kecil merah, nanah dan benjolan di permukaan kulit di bahagian ketiak, celah kangkang dan kawasan kemaluan adalah sesuatu yang membimbangkan meskipun penyakit itu tidak akan berjangkit melalui sentuhan.

“Penyakit ini selalunya berlaku kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, menghadapi tekanan emosi dan berlaku perubahan hormon ketika datang haid, serta persekitaran cuaca yang panas dan lembap.

“Apabila keadaan ini berlaku, pasti menjadi sangat menyakit-kan. Benjolan boleh pecah, menyebabkan darah bercampur nanah akan keluar mengalir tanpa henti dan apabila penyakit ini sembuh, parut tebal dan berlapis-lapis seperti terowong di bawah kulit akan terbentuk.

“Penghidap HS, boleh menghidap penyakit ini bertahun-tahun lamanya, dan kadang kala akan ‘senyap’ seketika, tetapi menjadi aktif semula secara tiba-tiba,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Ke-sedaran Hidradenitis Suppurativa di sini semalam.

Menurut Asmah, penyakit ini kurang diketahui kerana pesakit malu untuk berjumpa doktor kera-na HS sering berlaku di kawasan kulit di bahagian sulit dan sensitif.

Foto - medscapestatic.com


“Ramai dalam kalangan doktor juga tidak dapat mengenal pasti penyakit ini kerana kurang pendedahan pada masa pengajian kedoktoran. Kadang kala, pesakit sudah berjumpa ramai doktor, tapi masih tidak dapat memberi diagnosis tepat sehingga beberapa tahun, mengakibatkan penyakit itu bertambah teruk kerana tidak mendapat rawatan berkesan,” katanya.

Sementara itu, menurut Henry, setakat ini, tiada sebarang ubat khusus mengubati penyakit itu tetapi beberapa jenis rawatan boleh dilakukan bagi mengawal penyakit berkenaan pada peringkat awal.

“Penyakit ini lama-kelamaan akan menjadi tidak aktif dengan sendiri apabila umur meningkat ke 40-an dan putus haid bagi wanita.

“Ubat-ubatan seperti antibiotik, retinoids dan biologikal adalah rawatan yang biasa digunakan untuk rawatan HS. Jika bisul dan terowong bernanah itu berulang-ulang pada tempat yang sama, pembedahan kulit akan dilakukan,” katanya.



Jika anda ada ketumbuhan kecil merah, nanah dan benjolan terutamanya dibahagian kemaluan, janganlah malu dan sila segera ke klinik untuk dapatkan nasihat doktor. Mana tahu jika dibiarkan anda mungkin telah menghidap penyakit kulit kronik. Apapun, jagalah kebersihan kerana mencegah lebih baik dari mengubat. - CARI




Sumber - utusan.com.my
17

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
24

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nut.legacy 25-8-2016 10:43 AM
kdg org ingt gatal skit2 nanti hilang.. tu makin lama makin melarat... x kurang yg segan nk check dgn doc.. sapu cream je
Quote yayah8989 25-8-2016 09:54 PM
dasat dasat
Quote ninnakarinna 19-9-2016 07:13 PM
Nauzubillah
Quote shalola 26-9-2016 05:57 PM
....ewwww...
Quote samatua 13-10-2016 08:08 PM
Apakah ubat yang sesuai? Sekarang guna baneocin dan amat berkesan namun ubat ni amat susah nak cari, tak semua farmasi ada jual. Satu dalam seribu kiraannya

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.059638 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top