CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jualan Burkini Naik 200% Selepas Perancis Larang Pemakaiannya, Jadi?

24-8-2016 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5799| Komen: 11

Description: Ketika negara Perancis mengeluarkan larangan terhadap pemakaian burkini,
oleh Adib Za

Ketika negara Perancis mengeluarkan larangan terhadap pemakaian burkini, iaitu baju mandi wanita yang menutup aurat, ternyata ia satu 'hikmah' buat pengusaha di negara Australia. 


Untuk rekod, beberapa kawasan peranginan di Perancis seperti Cannes telah mengeluarkan larangan pemakaian burkini dengan alasan faktor kebersihan dan juga bukan ajaran dalam Islam. 

Sebelum ini Datuk Bandar Villeneuve-Loubet, Lionnel Luca berkata seseorang itu datang ke pantai bukan untuk memaparkan ajaran agama mereka.

Ternyata ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh diterima sedangkan agama dan kehidupan itu sendiri tidak boleh dipisahkan. 




Namun, dalam kekalutan yang berlaku itu, ia telah memberi manfaat dan kelebihan kepada seorang wanita di Australia yang menyebabkan burkini di negara itu semakin diterima. 

Aheda Zanetti, 48 dari Sydney berkata larangan di Perancis itu telah menaikkan jualan burkininya sehingga 200%!

Malah, menakjubkan sekali kebanyakan pesanan yang diterimanya adalah daripada pelanggan bukan Islam. Ternyata terlalu banyak kelebihan mengenakan burkini. Ini termasuklah melindungi kulit daripada cahaya matahari buat pesakit kanser dan sebagainya. 

Burkini adalah gabungan perkataan 'Burqa' dan 'bikini' yang hanya membenarkan muka, tangan dan tapak kaki terbuka. 

"Tiada siapa di dunia ini yang boleh menyuruh apa yang kami mahu pakai dan tidak," ujarnya. 

Nampaknya larangan kerajaan Perancis terhadap burkini, hanya menaikkan publisiti buat pakaian renang mesra syariah itu. - CARI 


Sumber: BBC/ Astro Awani/ Malay mail online


Foto: BBC

Foto: rt
8

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harisanis 24-8-2016 11:22 PM
perancis makin paranoid
Quote melinda_kerr 25-8-2016 09:24 AM
hbis arab2 / muslim yg dtg sana nk menikmati pantai dan berenang tkbleh la yer.
Quote zamkumis 25-8-2016 12:12 PM
Baguslah tu
Quote Artemesiaa 25-8-2016 12:23 PM
Selalunya geng yang tak nak nampak tan suka pakai burkini ni macam chef terkenal Nigela Lawson tu
Quote uniq61 25-8-2016 01:40 PM
PERANCIS SEBENARNYA TAKUT PENGARUH ISLAM.
Quote DeeHanania 26-8-2016 08:38 AM
Cantik lak Burkini tu...mcm2 kaler...
Quote lil 26-8-2016 03:18 PM
Quote cik_kitty 27-8-2016 05:37 AM
Yessa say yess to islam
Quote Hessa 27-8-2016 07:02 PM
emm..banyak isu2 pasal islam ni, semua kat perancis ye..
Quote Hitman91 28-8-2016 06:23 PM
Kan..dah agak.hehe..moga kerajaan france tak yah la haramkan
Quote luna.millieu 29-8-2016 06:03 AM
jumaat lepas (26 aug) mahkamah pentadbiran tertinggi france dah overturn burkini ban kat villeneuve-loubet. diorang dah announce burkini ban dimana2 adalah illegal tapi ada lagi mayors yang degil.

katanya isnin ni (29th aug?) interior minister nak buat announcement berkenaan burkini ban ni lagi. buat masa ini interior minister tu mintak semua orang bertenang dan jangan stigmatise dan isolate rakyat muslim di perancis.

semoga umat islam perancis dikuatkan kesabaran dan keimanan mereka menempuh hari2 mendatang...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.067728 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top