CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kajian : Kurang Berkawan Hidup Lebih Bahagia

28-9-2016 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11602| Komen: 52|Original author: Oleh : Dean BZ

Description: Kebanyakan orang akan fikir bila kurang bergaul hidup akan sunyi dan..

Kredit foto - konsultasipsikologi.icbc-indonesia.org


Kebanyakan orang akan fikir bila kurang bergaul hidup akan sunyi dan apabila mempunyai ramai kawan hidup akan lebih bahagia. Namun sejauh manakah kebenaran itu?

Menurut kajian yang dipetik dari Hanasuva.com, mempunyai ramai kawan akan membuatkan seseorang itu hidup tidak bahagia kerana terdapat pelbagai kesan negatif apabila terlalu bergaul. Antaranya terpaksa berkorban masa dan sering tertekan kerana ingin menjaga banyak hati kawan-kawan.

Sebaliknya, kurang bergaul dan tidak mempunyai terlalu ramai kawan pula dikatakan membuatkan seseorang akan hidup lebih bahagia dan mewah kerana tidak perlu terlalu berfikir tentang hati orang lain yang perlu dijaga. 

Dalam ramai-ramai kawan, ada yang jenis bermasalah dan bukan mudah untuk mendapat kawan yang benar-benar memahami disaat anda senang dan juga susah.


Kredit foto - quickmeme.com


Pasti saja ada diantara kawan-kawan yang gemar berhutang dan lebih teruk lagi jika jenis liat nak membayar semula. Ini merupakan antara faktor yang membuatkan anda tidak sihat dan juga tidak dapat hidup mewah. Bayangkan kalau ada 10 orang kawan yang bermasalah dan sentiasa menggangu anda dengan masalah yang dihadapi, ia tentu membuatkan anda berserabut dan sengsara setiap masa.

Jadi kesimpulannya, kita perlu jadi "kera sumbang" untuk hidup lebih bahagia? Mungkin benar dan mungkin juga tidak.


Kredit foto - azamunahbaki.blogspot.com


Apa pendapat anda tentang kajian ini? Bincangkan. - CARI


12

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
5

Sedih
24

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackwidowbae 28-9-2016 01:50 PM
Yaaaaaaa makcik stuju bebeno

Kawan Kebanyakan sbb nak guna kan kawan..mostly n all the time..skrg sume makcik kawan bese2 jer i keep my distance.. Sorry hoccay tamo rapat2 syohhhhsyoohhhh
Quote missinpiece 28-9-2016 02:01 PM
Stujuk. Kekadang terserempak kwn lama, menggeletis mtk no i. Smpai sudah harammm call or whatsoever. So i lebih bahagia ngan kwn yg ade brp kerat ni je
Quote framecermin 28-9-2016 02:30 PM
pilih kwn yg berkualiti...
Quote noqiz 28-9-2016 02:31 PM
mungkin jugak..sebab tak ramai yang jadi friend dalam FB...tak le sakit hati sangat baca atau terbaca ..kawan2 post pasal benda2 yang tak sepatutnya di share ...macam luahan perasaan kat husband...dapat hadiah gelang emas sekerat lengan..holiday..3 ..4 bulan.
Quote olafhul 28-9-2016 02:47 PM
so... "berkawan biar seribu" tdk lg relevan?
Quote nut.legacy 28-9-2016 02:50 PM
kdg ada gak kawan jenis musuh dalam selimut... pendek kata rambut sama hitam hati lain
Quote batman_2007 28-9-2016 03:13 PM
Dah dewasa ni berkawan je seketul dua ckup la. Yang lain2 tu ckup la sekadar mutual friend
Quote nolya 28-9-2016 03:59 PM
Bermasyarakat itu bermula drp berkawan.  Samada bahagia atau tidaknya  ada kawan atau tiada, semuanya bergantung kpd diri sendiri.  Kategorikan diri sendiri  dlm golongan yg mana: suka  ada  ramai kawan,  atau suka memilih2 kawan/menghadkan bilangan kawan atau  lebih suka menyendiri.  

Adat berkawan juga perlu mengambilkira beberapa hal, jgn disamaratakan semua  mcm diri kita sendiri.  Kena ingat, kita adalah kita sedangkan kawan juga punya cara mereka dn tanggungjawab mereka sendiri.  Suka shopping, suka makan2 luar, suka  keluyuran di mal2, maka carilah kawan yg  sama rentaknya.  Pasti ngamnya. Soal duit pula,  maka kena ada timbang rasa, jgn  selalu harap dibelanja, sesekali kena juga belanja, give n take or go dutch.

Berkawan  biarlah berpada2, jgn nanti kawan jadi lawan, akan terbarai nanti semua rahsia. Kawan jadi musuh,  berpandangan  dgn muka mencuka kerana hati sudah terluka.  Bijaklah memilih kawan, pada  budinya hati  contohan,  pada akhlaknya jadi pautan.  Kawan ketawa memang ramai,  kawan bersedih payah dicari.
Quote mokcikKSKB 28-9-2016 04:21 PM
Lone ranger is the new way of life...tp jgn pulak sampai sensitiviti terhadap masyarakat sekeliling hilang.
Quote Joannalee 28-9-2016 04:32 PM
Berul jugak tu byk kawan buk ragam byk gosip byk tikam belakang. Dpn kata lain blakang kata lain... Belum lg cucuk mencucuk... Ape bende ntah... Berapa kerat je kawan sejati ???? Dlm 10 myb xde kan
Quote Gadis_sarawak 28-9-2016 04:59 PM
Aku salah sorang daripadanya yang takde ramai kawan. Bukan sombong or taknak berkawan. Orang ajak menyembang aku layan..orang tak ajak menyembang aku diam jela. Lebih selesa macam ni..Aman je hidup ni aku rasa..Tengok yang ade ramai kawan kat ofis ni pun kat depan baik..belakang mengata..Drama betul hidup ni..Tapi kagum ada jugak yang ramai kawan..tapi dikelilingi kawan2 yang positif..Pendek kata kita yang mencorakkan perjalanan dalam persahabatan tu..kita layan orang baik2 inysallah baik jugakla orang akan layan kita..
Quote Star_el 28-9-2016 05:22 PM
Apa pendapat anda tentang kajian ini? Bincangkan. - Soklan KBAT sgt

Aku kawan dgn org tu rapat betul2, then after few years jadi renggang. Dan setiap kawan rapat aku tu aku boleh tunjuk sisi berbeza. Kira aku takkan tunjuk keseluruhan diri aku pd setiap org. Tapi, kawan tak begitu utama dlm hidup, sbb aku kawan dgn family sendiri je
Quote Artemesiaa 28-9-2016 05:52 PM
Setuju zaman sekarang ni kena lebih berhati2 dan maintain kawan2 yg berquality je.  
Quote syadq 28-9-2016 06:06 PM
Kawan dah tak valid lagi kekdahnye. Meramaikan followers intagram lagi penting ya. Esok lusa nak berbisnes followers jugak yg beli. Kawan? Haram asik nak mintak diskaun je kerjanye
Quote ReginaBeauty 28-9-2016 06:34 PM
At least ada one or two bff is good enough. Yang lain2 tu if they ajak hang out on je but not so close lah.
Quote AbukRokok 28-9-2016 07:05 PM
byk kawan - kne jaga byk hati.. kdg2 kne bermuka2 hipokrit'

xbanyak kawan - mgkin akan terlepas seseorang yang akan mengubah hidup utk selamanya
Quote kukukatablog 28-9-2016 07:06 PM
kawan ramai ok,
tapi BFF biar lah yang berkuaiti....
Quote missDollie 28-9-2016 07:44 PM
Zman study bersepah kawan nak di ajak lepak..dah keje makin kurang..dah kawen ada seketul dua jer..tu pun betul2 bff..pun jarang dah nak lepak..busy dengan rumahtangga..jumpa time raya jer..
Quote immi 28-9-2016 08:44 PM
blackwidowbae replied at 28-9-2016 01:50 PM
Yaaaaaaa makcik stuju bebeno

Kawan Kebanyakan sbb nak guna kan kawan..mostly n all the time..skrg ...

Setujuuuu....zaman dh berubah....materialistik semua kwn2 keliling...xikhlas n byk niat xbaik....my experience la

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.063257 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top