CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Tak Payah Takut Dilabel Pondan, Dayus Bila Buat Kerja Perempuan

28-9-2016 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7007| Komen: 22|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Siapa kata tugas mengemas rumah hanya orang perempuan yang perlu lakukan?


Siapa kata tugas mengemas rumah hanya orang perempuan yang perlu lakukan? Sama ada anda merupakan lelaki bujang atau berkahwin, membantu ibu di dapur atau isteri yang sedang memasak itu sebagai satu yang sangat dituntut. 


Masyarakat Asia terutamanya masih terikut-ikut dengan tradisi nenek moyang yang mengharapkan kaum wanita sahaja yang bekerja di dapur dan menguruskan rumah tangga. 

Sebab itu munculnya kata pepatah, 'Walau setinggi manapun wanita menuntut ilmu, di ceruk dapur jua tempatnya..'

Bagi penulis sendiri, tiada salahnya wanita yang bekerjaya atau memiliki latar belakang pendidikan untuk bekerja di dapur.

Namun, anda terutamanya yang sudah berkahwin janganlah membiarkan isteri sahaja bertungkus-lumus. Mereka juga mempunyai perasaan, stamina yang makin hilang dan juga semangat yang luntur.




Rasanya masalah ini berulang kali dibawakan untuk menyedarkan kaum lelaki yang suka duduk 'mengangkang' sahaja. 

Takut dilabel macam anak dara, pondan dan dayus? Inilah masanya anda harus menukar pendirian dan jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif itu.

Bak kata seorang netizen ini, dia sebolehnya mahu menerapkan sikap rajin membantu untuk kerja rumah di kalangan lelaki. 

"Tak payah takut dengan cakap-cakap orang buat kerja perempuan ni pondan, dayus dan tak cukup jantan.

"Tak kan hilang telur dua biji kalau hampa tak gatai punai pergi buat pembedahan," begitulah luahannya.




Meskipun tampak agak kasar bahasanya namun banyak kebenarannya di situ. Buat apa nak malu kan dengan kata-kata orang. 

Jom bantu ibu di dapur bila pulang ke kampung, dan juga isteri mengurus rumah tangga. Lakukan bersama kan lebih baik dan memudahkan urusan. - CARI 
4

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syadq 28-9-2016 06:12 PM
Ponen jgk yg disalahkan. Padehal pemalas
Quote Artemesiaa 28-9-2016 10:03 PM
Yang tak nak buat kerja tu pemalas je sebenarnya
Quote Inezkhalidi 28-9-2016 11:21 PM
Lelaki yang tak kisah buat 'kerja2 perempuan' sangat seksi OK...
Quote CikNano 29-9-2016 12:33 AM
ada jantan yg aku jumpa...da besar pnjg ok..suh si ibu tercongok2 belikan makanan dkt RnR..bila kita tgur kenapa suh mak yg beli patutnya ko yg beli, bole plak di menjwb i'm the boss okayy
Quote estrelle 29-9-2016 12:54 AM
CikNano replied at 29-9-2016 12:33 AM
ada jantan yg aku jumpa...da besar pnjg ok..suh si ibu tercongok2 belikan makanan dkt RnR..bila kita ...

Patut dihumban ke dlm loji kumbahan laki mcm tu
Quote tipuware 29-9-2016 08:01 AM
pondan rajin ok.. .. tak pepasal diorang gak kena petik nama..

btw, aku pun tgh didik anak2 aku buat keje2 rumah. sila jgn malukan aku dkt menantu nnt
Quote ninnakarinna 29-9-2016 09:41 AM
Thats y aku dari kecik da ajar anak2 laki aku buat keje rumah. Dr umur 2 thn da ajar letak baju kotor dalam bakul. Skrg yg sulung tu 6 thn da diajar basuh pinggan sendiri (plastik je.bersih x bersih blakang kira.kalau x bersih aku cuci balik blkg dia).

Yg kecik 4 tahun da diajar asingkan baju2 dia dgn abg dia dgn mak pak dia. Da diajar siang ikan bilis.

Aritu balik umah mertua, anak2 aku masuk dapur, sibuk atuknya tegur..org laki xyah masuk dapur.eh2 nak suh anak2 laki aku x tau apa2 mcm anak laki ko ke?

Aku bahasakan je pak mertua aku..bdk2 ni x kira laki pompuan..masuk dapur ke buat keje umah ke sume kena tau.

Laki aku tu dpt mak pak x nak ajar ank laki buat keje umah la jd mcm tu. Mula kawin, naik patah pinggang aku sorang2 buat keje.

Nasib la laki aku dpt bini cikgu.apa lg mengajar la kan. Masa ngandung aku mabuk, x leh masak. Aku ajar skit2 laki aku masak. Dalam pantang plak, badan lemah lg, aku ajar jg anak, salin lampin, mandikan sume.

Sikit2 aku ajar dia nyapu umah, mop lantai. Alhamdulillah. Sekarang bleh la harap. Kalau nak ikutkan mak pak nye, apa pun x diajar anak laki.

Aku memang ajar anak2 laki aku buat keje umah, supaya dia x de nyusahkan isteri diorang bila kawin nanti.

X la jd mcm stgh tu. Laki bini dua2 keje tp bini je tertonggang tanggek buat keje. Yg laki balik keje je main smartfon.

Malam2 pandai plak minta nak mencelop. Bini da keletihan keje, wat keje umah lg. Nak layan dia lg. Idok la aku laki cenggini.
Quote ninnakarinna 29-9-2016 09:45 AM
Inezkhalidi replied at 28-9-2016 11:21 PM
Lelaki yang tak kisah buat 'kerja2 perempuan' sangat seksi OK...

Kan..nak2 bila da kuar peluh menitik2.

Merecik hokeh..
Quote rosasa 29-9-2016 10:14 AM
akak ada sorang bekas jiran, makcik ni ada anak sulung, umur skrg 19 tahun, macik ni masih lg tolong kopek isi ikan, ayam , udang utk anak bertuah ni makan

rasa nak bg penyepak
Quote Star_el 29-9-2016 11:00 AM
CikNano replied at 29-9-2016 12:33 AM
ada jantan yg aku jumpa...da besar pnjg ok..suh si ibu tercongok2 belikan makanan dkt RnR..bila kita ...

Inilah dia contoh hamba melahirkan tuan.
WTF nak kata mak dia tu kuli ke?
Quote azimodin 29-9-2016 11:22 AM
Apa2 pon dari kecik kena didik anak lelaki dan perempuan buat kerja rumah, Kalau xnak ajar anak lelaki memasak/mencuci (sbb konon feminine sgt) sila la ajar cabut rumput & sapu sampah atau jaga adik2. bila anak2 lelaki tu jadi suami orang yang mampu tolong bini. xde la raya nanti keluar luahan perasaan mak mertua yang menantu perempuan dok jaga anak & x menolong kat dapur. zaman sekarang ni laki bini cari rezeki, bila balik rumah kena la sama2 buat kerja rumah jugak
Quote -electrifying- 29-9-2016 12:25 PM
spupu aku jnis lembut suka gle memasak, menyapu, segala me la dia buat...
adekah itu jantan sejati?
Quote cocorex 29-9-2016 12:43 PM
Xkisah pun kalo lelaki buat keje pompuan..tp yg isteri pun kalo nk mengajar suami buat keje tu ckp elok2 & jgn membebel..stress laki ko dgr wpun diax bgtau..laki aku dulu pun stress bila aku membebel2 mengajar dia lipat baju..last2 skang nie aku biarkan dia buat cara dia..xder la dia stress + kemas sket..kita xbleh nk suruh suami ikut mcm mana cara kita sgt..sbb diaorg pun ada cara sendiri nk buat..cuma kena make sure semuanya kemas
Quote Emperor95 29-9-2016 01:44 PM
Hal2 urusan kerja rumah ini tidak dikategorikan khas untuk lelaki ataupun perempuan. Semua orang perlu buat kerja rumah.
Isu ini timbul kerana wujudnya pemalas atau mentaliti pemikiran individu tersebut.
Tiada manusia yang sempurna.
Quote shernazz 29-9-2016 06:49 PM
aku lebih tertarik dgn pic tu
wartwan cari ke?
Quote qemon 29-9-2016 09:58 PM
Abah aku rajin tlg buat kerja rumah especially sejak bersara ni. Byk masa. Mak x bersara lg so abah la tolong2 sidai baju, lipat baju, kemas2 luar rumah semua. Tapi masak n basuh pinggan x la hahhaaa

Husband aku tlg basuh baju (mesin), sidai baju, basuh pinggan rajin. Bukanla dia buat all the time tapi bila dia nampak tu, dia tolongla. Especially time pregnant hihi. Tp kerja dia lg kemas dr aku. Adeh. Tp masak2 aku la buat. Suka tengok husband makan bertambah2.

Memang dr didikan jugak. Mcm abg n adik aku rajin buat kerja mengemas luar rumah. Sebab da biasa tlg abah aku dr kecik. Yg husband aku kerja nye kemas teliti, sebab da diajar oleh mak dia dr kecik.
Quote babyLON. 29-9-2016 10:13 PM
kadang2 salah mak bapak juga yg x didik anak lelaki buat kerja rumah dr kecil. klau ada apa2 mesti akan pggl anak perempuan suruh settle. anak lelaki dok kangkang dpn tv goyang telo busuk
Quote Avior 29-9-2016 10:26 PM
Didikan awal dr ruma la mcmn
Klu dr awal mak bapak ajar anak laki tu mcm raja akibatnya jadikla spisis mcm gni..mkn pn nak kena sumbat dlm mulut

Quote damian_lee 30-9-2016 12:02 PM
Aku teringat kata kawan aku yang bujang and menusuk qalbu.
"Aku xmalu pun buat kerja rumah .. aku lagi malu kalau orang tengok mak aku buat kerja .. tapi aku goyang kaki ... derhaka namanya tu"

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049327 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top