CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Punca Mengapa Anak Suka Berbohong Sejak Diusia Kecil

6-10-2016 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3965| Komen: 4

Description: Anak suka bercakap bohong diusia kecil pasti menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa.

Anak suka bercakap bohong diusia kecil pasti menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa. Jika tidak dibendung, bagaimanakah agaknya bila sifat negatif itu berterusan hingga dewasa?


Terdapat fakta menyatakan kanak-kanak sudah pandai berbohong sejak berusia empat tahun. Banyak faktor-faktor yang membuatkan kanak-kanak mula berbohong dan hal ini tidak boleh dipandang ringan.

Berikut antara 5 punca utama yang membuatkan anak mula pandai berbohong.


#1- Tahu kelemahan ibu bapa anak suka berbohong
Anak suka berbohong bila dia tahu kelemahan ibu bapanya. Alasan paling ringkas jika malas ke sekolah ialah ‘sakit perut’. Ibu bapa biasanya lemah bila berlaku hal yang melibatkan masalah kesihatan. Selalunya bila anak sakit, ibu bapa akan segera membawa ke klinik dan doktor akan berikan ubat serta cuti sakit!


#2- Takut dihukum
Sebuah kajian mendapati bahawa hukuman akan membuat anak tidak mahu mengaku kebenaran. Hal ini terjadi kerana anak bimbang jika dia berkata jujur, maka dia akan dihukum. Bagaimana anak boleh membaca fikiran ibu bapa yang dia akan dihukum?
 
Mudah saja. Kucing kalau pandai bercakap pun dia boleh beritahu. Lihat wajah ibu bapa sewaktu sessi ‘soal-siasat’. Ibu bapa mungkin nampak seperti jin alfrid. Matanya merah, telinganya tegak, suaranya keras membentak dan di tangannya ada cemeti/rotan.

#3- Ingin diperhatikan dan dipuji
Keinginan terhadap perhatian dan pujian kerap kali membuat anak membuat cerita tentang dirinya, padahal hal tersebut tidak pernah terjadi. Misalnya, anak mengatakan kepada rakan-rakannya bahawa dia ada permainan yang hebat atau mempunyai binatang peliharaan yang serupa dengan rakan lain yang ‘cool’ di sekolahnya.

Ibu bapa perlu sering memberi perhatian dan pujian pada anak hingga dia tidak perlu menagih daripada orang lain untuk meningkatkan ‘martabatnya’. Anak yang sering direndah-rendahkan oleh ibu bapa akan mempunyai jati diri yang rendah.

#4- Tuntutan ibu bapa yang terlalu tinggi
Seringkali ibu bapa memberi tuntutan yang terlalu tinggi pada anak, sedangkan anak berasa tidak mampu untuk memenuhi tuntutan tersebut. Akibatnya anak suka berbohong untuk ‘selamat’ daripada bebelan atau kemarahan ibu bapa. Contohnya dia ada kertas soalan yang banyak untuk dijawab. Di luar pemerhatian ibu bapa, dia akan meniru sahaja kertas jawapan yang ada pada belakang buku. Asalkan kerjanya siap, ibu bapa akan berpuas hati.
 
Ibu bapa usah terlalu memaksa anak. Dia akan kepenatan jika diasak menghadiri kelas tuisyen selepas sekolah. Biasanya ibu bapa akan menghantar anak ke kelas seperti Kumon dan sebagainya. Bayangkan jika anak anda bersekolah kebangsaan dan sekolah agama. Kemudian perlu pula ke kelas tambahan. Sesetengah anak memang dengan berani membantah tidak mahu ke kelas tambahan tetapi ada yang memilih untuk patuh sambil berbohong.

#5- Daya imaginasi yang sangat tinggi
Ada kalanya daya imajinasi anak-anak yang sangat tinggi hingga membuat anak tidak mampu membezakan antara khayalan dan kenyataan. Lebih-lebih lagi apabila dia mula mendapat perhatian daripada cerita-ceritanya atau terpengaruh dengan cerita rakan lain. Contohnya, dia mengatakan yang dia boleh melihat hantu atau ada teman yang pelik di rumah.
 
Apa pun, jangan biarkan anak terus berbohong. Cubalah pelbagai cara untuk mendidik anak-anak bercakap jujur contohnya mendidik ilmu agama sewajarnya. Nyatakan akibat dari berbohong mengikut apa yang diajar dalam agama, mungkin ia sangat membantu. - CARI
 


36

Bagus
43

Marah
43

Terkejut
43

Sedih
39

Lawak
43

Bosan

Friends Rank (247 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kumi9609 6-10-2016 12:38 PM
nice info
Quote mdhelmi 6-10-2016 12:43 PM
anak suka menipu sbb xde rasa hormat pada ibu bapa
bergantung pada bagaimana anak itu dididik sewaktu kecil
Quote makbedah 6-10-2016 06:42 PM
So true lah semua perkara ni
Quote cekque 8-10-2016 09:46 PM
Klu dah mak bpk pun kaki menipu , ke mana tumpah nya kuah klu x ke nasi ..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.257953 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top