CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Asyik Tertanya Ke Manakah Duit Zakat Anda Disalurkan?

24-10-2016 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3881| Komen: 3|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Risau dan sering tertanya-tanya ke manakah duit zakat anda disalurkan?



Risau dan sering tertanya-tanya ke manakah duit zakat anda disalurkan?

Netizen hari ini dilihat mula mempersoalkan tentang wang zakat yang dianggap tak sampai pada tangan golongan asnaf. Bukan sekali dua, status yang mengkritik pusat zakat mahupun baitulmal dimuat naik dan diviralkan di laman sosial. 

Namun, menerusi satu perkongsian oleh mahasiswa ini, dia benar-benar mengucapkan terima kasih kepada para pembayar zakat.

Menerusi zakatlah, pemuda tersebut kini bergelar seorang graduan dan selamat melalui saat indah ketika konvokesyen di Unisza, semalam.


"Buat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi bahagian baitulmal, terima kasih atas layanan dan bantuan kewangan yang sempurna sepanjang empat tahun pengajian saya di menara gading.

"Buat pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, terima kasih saya ucapkan.."

Itulah antara ucapan yang dimuat naik oleh pemuda ini yang nampak begitu jujur mencurahkan perasaan syukur dan bangganya dengan adanya bantuan wang zakat. 

Mungkin kisah sebegini tak banyak dikongsikan, lalu membuatkan ramai pihak tertanya-tanya apa yang jadi pada duit zakat?



Dengan secebis kisah ini pula diharapkan orang ramai terus yakin dan istiqomah untuk menghulurkan bantuan serta tanggungjawab kepada golongan memerlukan. 

Jika masih lagi ragu-ragu, anda boleh melayari Facebook Baitulmal MAIWP yang sering mengemaskini aktiviti yang melibatkan bantuan menggunakan wang zakat. Mungkin dengan cara ini anda jadi semakin yakin terhadap pusat zakat dan baitulmal? - CARI 
36

Bagus
12

Marah
17

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 25-10-2016 04:29 AM
Ok good...
Quote BebeQ 25-10-2016 12:10 PM
Alhamdulillah..ada seorang penerima zakat yang bersuara.



Quote CARI-MAMS 26-10-2016 11:40 AM
kan skrgnya org tahu ke mana perginya duit tu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.066732 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top