CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sambal Hitam Belimbing, Jadikan 'Stok' Segera Ketika Lapar

25-10-2016 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9168| Komen: 27|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Selalu rasa kelaparan ketika waktu tengah malam atau pun awal pagi?

Selalu rasa kelaparan ketika waktu tengah malam atau pun awal pagi?

Kalau ada stok makanan segera kan mudah. Namun, jangan salah anggap, bukannya mee segera yang tak sihat.


Sebaliknya sediakan sambal hitam Pahang yang boleh dimakan bila-bila masa dengan roti atau nasi. Sangat mudah disediakan rupanya. Rasanya pula masam-masam pedas, pasti menambat selera. Rujuk resipi di bawah. 


Foto: resipimudah.com


Bahan-bahan:

½ cawan belimbing buluh rebus 
½  cawan cili padi 
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 

6 ulas bawang merah 
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak


Cara-caranya:

1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk tanpa dan renih dengan menggunakan api yang kecil. Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. 

Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul-betul kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk bawang merah sehingga lumat.  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan-bahan tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan-bahan tersebut sehingga nampak agak kering & garing.

Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding).  

4. Sambal ini boleh disimpan lama. Sesuai dimakan dengan nasi, roti dan ketupat. - CARI 

Kredit resipi: Kongsiresipi
8

Bagus
19

Marah
5

Terkejut
17

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fishcracker 25-10-2016 05:16 PM
sedap...ade sambal2 ni la yg buatkan iol makan nasik bertambah tambah tambah tambah
Quote cahaya_almas 25-10-2016 05:16 PM
Baru makan tadi...rasa pedas2 sket..mkn ngan nasi panas2..sedap gak....amik ayam goreng seketul...dh cukup...sodap..
Quote CardiGans85 25-10-2016 05:34 PM
Beli sambal ni kt rest.temerloh patin sek 15, s.alam..sedap juga n sy bkn org pahang.
Quote lil_sparky 25-10-2016 07:05 PM
Sedapnya wpon pedas
Quote zie_indah 25-10-2016 09:11 PM
Mcm nak try buat je
Quote hanisbunny 25-10-2016 09:56 PM
ni mmg pnmbah selera...sedapnye sambal hitam..kdg2 smp makan dgn nasi panas kosng gitu je...
Quote DeeHanania 25-10-2016 11:10 PM
Selalu buat...
Quote nurbaya 26-10-2016 07:20 AM
Sambal itam ni mana ada letak kicap..pepandai je org yg tulis resipi nih.. yg menjadikan sambal ni kaler itam tu sbb belimbing rebus tu..kena rebus lama sampai kaler itam..
Quote akieys 26-10-2016 09:10 AM
sesapa tau org jual sedap sambal ni meh pm...
Quote ngee 26-10-2016 01:17 PM
mmg minta sambal hitam nie, tapi payah nk jumpa org jual yg sedap..
pnah juga try buat, humban ke tanah akhirnya, xmenjadi
Quote ninnakarinna 26-10-2016 09:11 PM
Sedapnya  tu
Quote cahaya_almas 26-10-2016 09:14 PM
Sambal itam ni tk.letak kicap ok..hrp jgn ikut resipi ni..nanti tk menjadi.....i bkn org phg tp.layan je smbl itam ni sbb ramai geng2 org phg....
Quote sabar_sabariah 28-10-2016 04:07 PM
since kahwin dengan orang pahang
macam2 makanan pahang saya jual kat opis
tempoyak - RM5/300g
sambal hitam - RM12/150g
belimbing rebus- RM40/kg
gulai aserom
buah perah untuk buat aserom (dah siap bersih)
tapi untuk jual ni, bukan saya yg buat
makmertua dan ipar duai yg buat
saya tolong jual je
hu~
Quote prezketupat 29-10-2016 01:49 PM
Sedapnya.. Nak kne try buat ni.
Quote vanillaninja 1-11-2016 04:06 PM
Wajib ada dekat rumah. Makan dengan nasi panas je cukup
Quote ariatumrawam 1-11-2016 04:57 PM
Kat belakang rumah ada pokok belimbing buluh ni. Nanti bolehla cuba!
Quote lnakass 17-11-2016 05:20 PM
Terliur pulak tngk sambal ni.
Quote faztee 6-4-2017 06:30 PM
X pnh try..dok tgk org dok jual bli
Best ke..
Quote KuewTeuwKungFu 8-4-2017 03:33 PM
Sedap smbl htm ni...Mmbr jual

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.499727 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top