CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mengandung Pun Tak Dapat Layanan Istimewa Datuk Red -Adira

27-10-2016 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18981| Komen: 77|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Hubungan antara Adira dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menjadi bertambah erat apabila Adira disahkan mengandung dan kini kandungannya sudah pun menjangkau usia 5 ...

Sumber Foto: Imgrum Adira Suhaimi

Hubungan antara Adira dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menjadi bertambah erat apabila Adira disahkan mengandung dan kini kandungannya sudah pun menjangkau usia 5 bulan.

Namun, Adira mengakui yang dia tidak menjadikan alasan mengandung untuk mendapat sebarang layanan istimewa dari suaminya.

“Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita tentang keadaan dirinya semasa hamil, Adira suka berada dalam susasana yang tenang dan mengelakkan tempat yang bising.



Dia juga tiada 'mood' untuk memegang telefon bimbit dan seboleh-bolehnya tidak mahu menjawab sebarang panggilan atau mesej.

“Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala,” katanya.

Selain itu, boleh dikatakan sepanjang masa Adira akan mengunyah sesuatu sehinggakan berat badannya naik sehingga 14kg. Menariknya, suaminya juga turut terkena tempias kerana selera makannya juga bertambah.



Dalam perkembangan lain, penyanyi putih melepak ini menyatakan dia telah memperlahankan sedikit kerjaya seninya.

“Bukan apa, suami sangat bimbang dengan keadaan saya terutama membabitkan perjalanan jauh sama ada menaiki pesawat atau kereta. Oleh itu dia meminta saya berfikir banyak kali, tapi dia tak menghalang untuk menyanyi."

Adira dijangka bersalin pada 22 Mac tahun hadapan dan belum lagi mengetahui jantina bayinya. Semoga semuanya berjalan lancar buat Adira dan suami yang tercinta ya. -CARI

21

Bagus
20

Marah
22

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikRoyanners 27-10-2016 03:51 PM
Semoga adira sihat senantiasa , Jaga kandungan baik2 .
Quote MekArchana 27-10-2016 04:04 PM
Semoga semuanya selamat.
Quote kokocrunch 27-10-2016 04:13 PM
tahniah & moga dipermudahkan..
Quote HazeLJoseph 27-10-2016 04:18 PM
Uikh 20w naik 14kg... Iols baru naik 1.6kg dah memekak siang malam keh3,ap2 pon..menda nak specialnya.. Biasalah tugas wanita,ibu,isteri.
Quote orsay1 27-10-2016 04:24 PM
mak oi naik banyaknya!
Quote CikE 27-10-2016 04:48 PM
kena jaga2  pola pemakanan tu..mdadak naik berat badan tu...utk elak diabetes time pregnant..
anyway semoga dipermudahkan segalanya untuk adira sekeluarga
Quote CrowneGlory 27-10-2016 04:52 PM
ishhh mcm mana la perasaan  jd bini yg laki celop sana-sini...
Quote ihtisyam1 27-10-2016 04:54 PM
Jaga kandungan bebaik.......
Quote zaraaqilah 27-10-2016 04:54 PM
Semoga kasih disulam terus berpanjangan ...harap2 kemiangan Dato Red berkuranganlah yer....
Quote chickenwing 27-10-2016 05:05 PM
tahniah.....jgn lupa ucap terima kasih pada bini no 1 sbb xkesah laki dia jadik mata keranjang...
Quote kukulangau 27-10-2016 05:21 PM
ko mekap la sikit nak
pucat naw
Quote missy_intsy 27-10-2016 05:33 PM
Alaa..what to expect..dato red kot...bini baru beranak anak kecik pon blh psg lg satu kt siam
Quote pr3ttytw33ty 27-10-2016 05:48 PM
last GV3 nmpk heshe ngan atok red. nmpk kt tibi jahh
Quote de_ikea 27-10-2016 05:51 PM
Tok red kan nk anak 20 org. All the best la isteri2 semua.
Quote mokcikKSKB 27-10-2016 05:51 PM
Pape jelah..laki kau tu xdak sapa nk kecuali birah jah
Quote lampu_liplap 27-10-2016 05:54 PM
Dira
Apalah ko harapkan sgt si mangkuk tu??? sedangkan masa bini no. 1 mengandung, dia menikah dgn ko....ko jgn terlalu berharap ler blh memanja dgn jantan mcm ni....

Sok2 ko kat dlm labour room, mana tau dia jabat tangan tok kadhi utk kali ke 3
Quote ecahaha 27-10-2016 06:31 PM
Amboi adira overnya 5 bulan naik 14 kilo.. Ak 5 kilo pn x sampai hahaha
Quote budakpink 27-10-2016 07:16 PM
Tapi bini ptama selalu tulih3 perli kat ig die.
Quote melinda_kerr 27-10-2016 07:20 PM
kenapa taste dato red ni sama je.. style adira pun sama je dgn datin red tu..bini first dah jual scarf "airmata" pulak..

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058967 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top