CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Awasi Anak-Anak, Badut Pembunuh Sudah Berkeliaran Di Malaysia

28-10-2016 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16191| Komen: 37|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Sebelum ini berita tentang 'serangan badut' hanya kita dengar terjadi di negara-negara Barat seperti Britain, Australia dan Amerika Syarikat.
Sebelum ini berita tentang 'serangan badut' hanya kita dengar terjadi di negara-negara Barat seperti Britain, Australia dan Amerika Syarikat.

Namun, awas kerana fenomena ini dikatakan sudah menular di ibu negara kita sendiri, Kuala Lumpur.

Pengguna laman sosial facebook iaitu Chloe Ong dan Alex Tham telah tampil  dan berkongsi tentang pengalaman menakutkan mereka terjumpa 'badut pembunuh' ini depan mata mereka sendiri.


Menurut Chloe Ong, dia sedang berjalan di sebuah taman permainanan dan tiba-tiba ternampak seorang badut di belakang sebuah papan gelongsor sedang melihat ke arahnya.

Lagi menakutkan, badut itu melambai tangan dan berkata, 'Hello!'. Disebabkan berasa terlalu takut, dia segera melarikan diri dari situ selepas mengambil gambar.


Walaupun dia tidak menghuraikan tentang lokasi taman tersebut, namun ramai netizen yang dapat mengenal pasti dari lokasinya dengan melihat gmabar itu dan mengatakan ia adalah di Taman Permainan Bukit Jalil.



Tidak lama kemudian. Alex juga telah berkongsi gambar badut yang sama dengan kapsyen, "Saya pun lihat badut ini di taman juga." 

Beberapa netizen membuat spekulasi yang ini adalah angkara seorang badut yang mahu menakut-nakutkan residen di Kuala Lumpur.

Gambar menakutkan itu telah menjadi viral dan dikongsi ribuan netizen dengan rata-ratanya meluahkan perasaan bimbang dan ada juga yang mahu membelasah badut itu.

Sumber Foto: Alex Tham

Serangan badut pembunuh ini menjadi semakin gila di negara-negara Barat kerana menakutkan orang ramai dengan menggunakan senjata dan solekan yang seram hingga mendatangkan kecederaan.

Diharap orang ramai akan mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya jika keluar pada waktu malam. Pastikan ada orang yang menemani anda.

 
Sumber Foto: Rollingstone.com

Bukan sahaja badut ini mungkin membunuh si sebalik kostum yang dianggap sebagai jenaka, malah mungkin juga akan melakukan jenayah kejam yang lain seperti rogol.

Jadi, awasi keluarga dan anak-anak dari menjadi mangsa serangan badut dan segera laporkannya ke pihak berwajib kalau ternampak kelibat badut yang mungkin berisiko mengundang bahaya, okay? -CARI
16

Bagus
12

Marah
50

Terkejut
18

Sedih
24

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 28-10-2016 11:01 AM
Kenapa la ikut trend yang bodoh macam ni. buatnya yang lalu kat situ ada sakit jantung, meninggal on the spot. Badut2 tu nak tolong tanggung keluarge arwah ke??
Quote Hafiz_19 28-10-2016 11:06 AM
badut ni prank je la
Quote Artemesiaa 28-10-2016 11:30 AM
Ikut-ikutan je tu suma nak ditirunya
Quote unhas 28-10-2016 11:55 AM
Semua benda nak ikut. Kalau org barat makan taik pun kau nak ikut gak. Nak kena makan penumbuk baru ade akal
Quote krustykrab 28-10-2016 12:14 PM
kalau jumpa sila belasah sampai lembik, prank ke apa ke....sapa suruh buat benda2 bodoh
Quote ~boolean 28-10-2016 01:23 PM
Antara prank paling bangsat dan langsung tak lawak..Siat2 kan aja kote badut2 ni..

Kalau mangsa ada serangan jantung tak ke naya...
Bodoh lahanat punya badut

Quote gigahertz 28-10-2016 02:11 PM
azimodin replied at 28-10-2016 03:01 AM
Kenapa la ikut trend yang bodoh macam ni. buatnya yang lalu kat situ ada sakit jantung, meninggal on ...

kalau bab hantu orang putih tak boleh lawan hantu melayu. hantu org putih ganaz pakai pisau kejar orang. hantu melayu lompat lompat je.
Quote dekmieDandy 28-10-2016 02:48 PM
kalau aku nampak ni memang aku langgar jer.. pastu reverse then langgar balik
Quote mzzenma 28-10-2016 03:00 PM
damn i hate clowns

sapa bodoh buat mcm ni? mau dapat dekat siapa2 yang bawa pistol...tembak masa tu juga
Quote nononcrux 28-10-2016 03:01 PM
buat la keje amal sket jadi badut jalanan duit tu sumbang ke ank-ank yatim kan pahala tu .. buang masa je pakai baju badut ke hulu ke hilir buat org suspent  ingt org suke la tu ..
Quote caramellatte 28-10-2016 03:02 PM
kalau jumpak ni, sila belasah cukup2 macam belasah peragut pencuri tu.
bodoh sungguh tak de kerja ke apa dok prank macam tu.
Quote DayangKirana 28-10-2016 03:38 PM
badut pembunuh?
silap2 badut ni yang kena bunuh.. gatei sangat nak ber'prank'..
Quote Joannalee 28-10-2016 04:14 PM
Bangangnye badut ni.. Saiko gile
Quote Joannalee 28-10-2016 04:14 PM
Bangangnye badut ni.. Saiko gile
Quote miszclassique 28-10-2016 04:16 PM
Ee mmg saiko sgt, teringat the purge lak
Quote Loloq89 28-10-2016 04:26 PM
xde keje ke?
Quote hest 28-10-2016 05:10 PM
aku memang tak suka dengan badut sejak tengok IT
Quote rospinki 28-10-2016 05:16 PM
skrg aku sentiasa bawak my swiss knife kemana2..except naik flight tu takleh la..just incase terjumpa org gila badut ke apa.
Quote nut.legacy 28-10-2016 05:22 PM
antara sbb saya x suka clown

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.189402 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top