CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Menjaga Kesihatan Di Usia 30-An

2-8-2013 02:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8715| Komen: 23

Description: Wanita Pada Usia Ini Boleh Dikategorikan Sebagai Masih Muda. Namun Ia Bukan Bererti Kita Terlepas Daripada Risiko Menghadapi Pelbagai Penyakit Merbahaya Seperti Kanser, Kencing Manis Dan Sebagainya.
Wanita pada usia ini boleh dikategorikan sebagai masih muda. Namun ia bukan bererti kita terlepas daripada risiko menghadapi pelbagai penyakit merbahaya seperti kanser, kencing manis dan sebagainya.



Namun, ketika usia 30-an kita sepatutnya mula mengambil langkah berjaga jaga dengan mengambil langkah berjaga dan pencegahan. Bak kata pepatah “ mencegah lebih baik daripada mengubati”. Jika anda mula menjengah usia 30-an, bersiap sedialah kerana ketika itu. Badan kita mula merosot prestasinya dan mudah mendapat penyakit.


  • Mengambil Vitamin D dan Kalsium
Dengan pengambilan vitamin dan kalsium ini dapat menurunkan risiko kanser payudara pra menopaus. Anda perlu mengambil 1000 mg kalsium dan 350 Ui vitamin D setiap hari. Selain menerusi makanan, tubuh kita boleh menghasilkan vitamin D secara automatic jika berjemur di bawah cahaya matahari selama 10 minit. Waktu sesuai ialah diantara pukul 9 dan 10 pagi.


  • Buat Pemeriksaan Kesihatan
Anda boleh ke LPPKN atau klinik untuk melakukan pemeriksaan awal terhadap kanser payudara dan kanser serviks.Ujian mammogram dan juga pap smear ditawarkan menerusi agensi kerajaan ini pada harga yang rendah. Dengan pemeriksaan awal, ia mampu untuk mengesan kehadiran sel kanser lebih awal dan merawatnya.


  • Kurangkan Memakan Daging Merah
Memakan daging merah seperti daging lembu dan kerbau boleh meningkatkan risiko menghadapi kanser payudara. Daging yang dimakan akan meningkatkan hormone estrogen dan ia boleh mempengaruhi sel kanser dalam badan.


Mencegah lebih baik daripada merawat. Jika ia dikesan lambat, peluang untuk hidup semakin tipis. Jaga kesihatan daripada sekarang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BlueRose99 2-5-2013 12:07 PM
Kurangkn Memakan Daging Merah?!

Hakak klu bole segala2 nk bubuh daging. Klu order tomyam tu mesti nk tomyam daging. Klu nasi goreng Cina pn, Hakak akan cakap... tknk ayam... tukar daging. Makan mi hailam pn nk bubuh daging je...

Abis camno?!
Quote nurulfaizol90 2-5-2013 03:41 PM
BlueRose99 posted on 2-5-2013 12:07 PM
Kurangkn Memakan Daging Merah?!

Hakak klu bole segala2 nk bubuh daging. Klu order tomyam tu mesti ...

susah lah camtu... hehehehe
Quote fly_in_d_sky 5-5-2013 01:12 AM
daging kurang makan
banyak makan ikan dan ayam
ayam pun jarang sesangat
sayur best ....

ermmm so far sekarang dah mula bersenam
one way to keep fit and kasi jantung work lebih sikit


Quote mmeza_r 6-5-2013 12:21 AM
BlueRose99 posted on 2-5-2013 12:07 PM
Kurangkn Memakan Daging Merah?!

Hakak klu bole segala2 nk bubuh daging. Klu order tomyam tu mesti ...

me pun sama suka makan daging...sedap kan.. sup daging, tomyam daging..keow teow daging...stik...
xpe la...xleh mkn selalu la nampknya..

Quote anaz1224 6-5-2013 10:31 AM
dulu suka ayam. skang suka ikan lak.
daging pun ok sekali sekala...tp prefer daging tempatan lah... yg import mari tak besh.
Quote annorr_maira 7-5-2013 09:38 AM
aii memg byk penyakit..memg 3bln sekali ada checkup, ambil darah bagai..tgn ni dh lali kena amik darah selalu..

aii anggap itu ujian tuhan, masih ramai lg insan diluar sana yg tuhan uji dgn penyakit yg lebih teruk lg...

tp mkn..tk jugak pantang2 nye huhu
Quote kalam78 8-5-2013 11:22 AM
tk penah  pi  pathlab    lg   wpun  dh 3s nie   . lately   kerap  sakit  kepala jer ..
sekli  smlm  cek  mak  aiii   tekanan  darah   high   erkk  pitam  jap  ..  huhuhu

take  rest .. tido  ckup   ..
Quote siputsedut 9-5-2013 09:34 AM
iolz pun sokmo mentekedarah daging suka gituh daging..sodappp..daging n ikan..ayam kureng...lagi satu..telur..suka bebenar
Quote BlueRose99 9-5-2013 10:21 AM
mmeza_r posted on 6-5-2013 12:21 AM
me pun sama suka makan daging...sedap kan.. sup daging, tomyam daging..keow teow daging...stik...
...

Sup daging, daging masak kicap, burger daging n etc... all about daging... semua favo Hakak! Hehehe...
Quote watachiwa 9-5-2013 10:08 PM
bab2 telan bitamin ni failed la. kdg ingat telan. kadang lupe terperuk le botol bitamin tu. tau2 expired plak.

daging ? best. daging msk kicap daging msk merah daging bakar sup daging.. tp iols nak mkn daging seminggu sekali pon ssh sbb mak mmg x bg selalu amik daging merah. ikan everyday. ayam 3 kali seminggu
Quote eatpraygym 9-5-2013 11:15 PM
Sebenarnya takde masalah makan daging merah asalkan tak over lahhh ...apa kata org... apa apa hal ni in moderation. Yg penting cara daging tu dimasak.., kakau digoreng atau mengandungi banyak lemak, sodium atau gula.,,mmg lah tak baik. Daging tu source of protein .,,penting jugak lah. Aku sebenarnya tak suka makan daging merah tapi kena makan lah sekurang kurangnya seminggu sekali sal tinggi proteinnya. Yg penting jaga kesihatan ni dah berusia 30 keatas,... makanan sihat dan seimbang..,senam.,,dan senyum selalu
Quote eatpraygym 9-5-2013 11:17 PM
watachiwa posted on 9-5-2013 10:08 PM
bab2 telan bitamin ni failed la. kdg ingat telan. kadang lupe terperuk le botol bitamin tu. tau2 exp ...

makan je natural source of vitamins ...lagi senang
Quote eatpraygym 9-5-2013 11:18 PM
anaz1224 posted on 6-5-2013 10:31 AM
dulu suka ayam. skang suka ikan lak.
daging pun ok sekali sekala...tp prefer daging tempatan lah... ...

paling sihat ikan putih
Quote watachiwa 10-5-2013 08:41 AM
eatpraygym posted on 9-5-2013 11:17 PM
makan je natural source of vitamins ...lagi senang

contohnya? i failed betol.. kalo buat menu ape nak msk tu mula2 je ikut. pastu out. g amrket lain nak beli lain plak dibelinya.
Quote eatpraygym 11-5-2013 12:02 PM
watachiwa posted on 10-5-2013 08:41 AM
contohnya? i failed betol.. kalo buat menu ape nak msk tu mula2 je ikut. pastu out. g amrket lain  ...

Cuba tgk www.m.webmd.com/food-recipes/gui ... s-good-food-sources
Quote norell 11-5-2013 03:06 PM
ai dh msk 3series..thn nie 31thn..huu..
kdg2 xsmpt nk jg diri..kna jaga anak
kdg2 xsmpt nk hias diri..
pasnie kena jg btui2 kan..
gud info
Quote watachiwa 11-5-2013 05:25 PM
eatpraygym posted on 11-5-2013 12:02 PM
Cuba tgk www.m.webmd.com/food-recipes/guide/vitamins-and-minerals-good-food-sources

tq dear for the contoh2..
Quote eatpraygym 13-5-2013 10:11 AM
watachiwa posted on 11-5-2013 05:25 PM
tq dear for the contoh2..

You're welcome....kalau ada anything else just let me know
Quote anggunsri 13-5-2013 11:14 AM
ermmm kalau macam aku ni e..yang suka macam nasi lemask macam ner ek?
x bagus eh tuk umur yang dah 30 series?
coz kadang2 makan tue...nak jimat duit..so tengahari x yah la nak makan ....
petang makan sekali...last2 terus tidor.....
'

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.126223 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top