CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kegiatan Judi Dalam Talian Di Sebalik Nama Pusat Hiburan Keluarga

2-12-2016 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2549| Komen: 1

Description: Licik betul pemilik premis yang menggunakan papan tanda ‘pusat hiburan keluarga’ untuk menyembunyikan aktiviti haram mereka.
Licik betul pemilik premis yang menggunakan papan tanda ‘pusat hiburan keluarga’ untuk menyembunyikan aktiviti haram mereka.

Harian Metro melaporkan, Ketua Penyelaras Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) Kementerian Wilayah Persekutuan, Azman Mahmood, mendedahkan kebanyakan pemilik premis menyalahgunakan lesen beroperasi dengan menjalankan kegiatan judi atas talian.


“Sehingga kini, kami mengeluarkan lebih 600 lesen kepada pemilik untuk menjalankan perniagaan pusat hiburan keluarga," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Azman yang mengetuai serbuan Ops Bah di sebuah pusat hiburan keluarga di dua lokasi berasingan, awal pagi semalam, lebih 300 daripada premis berkenaan menjalankan kegiatan judi dengan berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga.

“Malah, kebanyakan premis pusat hiburan berkenaan terletak di kawasan kilang terpencil dan mempunyai ruang tertentu yang dibina khas untuk kegiatan judi dalam talian bagi mengelak aktiviti itu dikesan pihak berkuasa,” katanya.



Sumber foto: Harian Metro

Menurut Harian Metro, sebuah lagi serbuan dilakukan pada jam 12.30 tengah malam semalam, di mana pihak berkuasa menyerbu dua premis pusat hiburan keluarga di Taman Shamelin Perkasa dan Taman Midah.

Sebanyak 114 unit komputer dipercayai dijadikan mesin judi dalam talian serta pelbagai peralatan lain untuk kegiatan itu bernilai hampir RM250,000 dirampas.

Antara terbabit dalam operasi berkenaan termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - CARI
21

Bagus
7

Marah
19

Terkejut
23

Sedih
19

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanisbunny 2-12-2016 11:41 AM
sini pon byk je spam iklan hari-hari mau kaya.....asyk dok spam je, bilanye masa nk kaya...lulzz

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040224 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top