CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kain Kapan Ada Batu Permata Ada Jual Tak? Netizen Sindir Penjual Tudung RM21,000

5-12-2016 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10457| Komen: 39|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Pasaran tudung di negara ini diakui memang satu 'lubuk' yang besar.

Pasaran tudung di negara ini diakui memang satu 'lubuk' yang besar. Buktinya saban hari ada sahaja jenama tudung baharu yang dilancarkan dan juga fesyen terkini yang mencuit hati wanita sebagai pembeli.


Begitu juga dengan 'range' harga yang ditawarkan, dari yang semurah RM5 sehelai sehinggalah beratus-ratus ringgit gamaknya. 

Yang mengagumkan kaum wanita dilihat seolah tak berkira dengan persalinan untuk menutup aurat mereka ini. Mungkin ia satu perkembangan yang baik dan juga positif juga di kalangan masyarakat Islam di negara ini.


Namun, yang tidak enak didengar bila ada yang menjual sehelai tudung dengan harga yang sukar dipercayai. Menerusi satu status yang tersebar di laman sosial, sebuah butik berjaya mencatat sejarah menjual tudung termahal di negara ini!


Harganya? Ibarat sebidang tanah! RM21,600! Memang sukar dipercayai kan! Namun itulah yang berlaku dan telah pun terjual.

Mungkin di kalangan mereka yang mampu, tiada masalah langsung namun bila harga sehelai tudung yang boleh didapati dengan harga bawah RM10 dijual begitu mahal, ramai pihak yang hanya mampu menggelengkan kepala. 


Sambil menyindir, ada di kalangan netizen berkata,

"Kain kapan yang ada batu permata ada jual tak?"

"Pembaziran berleluasa di akhir zaman ini."

Dalam pada itu, ramai juga di kalangan mereka yang berasa kagum dan memuji kehebatan si penjual yang mampu melariskan tudung termahalnya. 



Apa pun, tepuk dada tanya selera. Anda pula bagaimana? - CARI 
11

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 5-12-2016 03:31 PM
takkan tok vida kot?
Quote CrowneGlory 5-12-2016 03:32 PM
kenapa aku x heran pun... teringat tudung hauk juma pun ada org sanggup tukar dgn gelang emas...

bodoh.. emas makin mahal...tudung pulak makin reput...
Quote matchstick 5-12-2016 03:33 PM
As expected.. Besa mmg pompuan kelantan yg taksub menjual/ beli tudung penuh batu lip lap mcm pokok krismas..selain kegilaan mereka terhadap barang kemas
Quote cknoriz 5-12-2016 03:34 PM
erkkkk aku x tahu nk kata apa
Quote Aneem 5-12-2016 03:44 PM
Baru 21k..
Zila jalil penah pakai BE 45k..
Quote idakamaruddin 5-12-2016 03:45 PM
adohaiii dia jual letak la batu apa mmg ada org nk beli sbb tu dia bole jual

bawal exclusive tau2 la guna batu sabobiski mmg la mahal
Quote Rainrein 5-12-2016 03:49 PM
Dia mampu so netizen nak meroyan kenapa?
Quote PongKang 5-12-2016 03:53 PM
mungkin tudung bersama batu permata tiffanys or hearts on fire bole dijual ratus ribu lak pasni..
Quote smeetasmitten 5-12-2016 03:59 PM
Tudung itik pun dah rasa mahal ni kan pulak tudung rega axia
Quote dekmieDandy 5-12-2016 04:04 PM
concern betul kan rakyat malaysia ni dengan cara perbelanjaan org kaya
Quote BuBuComey 5-12-2016 04:06 PM
iols is jeles. Banyak nau duit beliau nak beli tudung mahai
Quote prettyuglybabe 5-12-2016 04:09 PM
dah orang yang membeli duit tak habis, pi lantak la..
lain la kalu jenis makan pun tercekik, sibuk nak beli tudung batu permata..
Quote mzzenma 5-12-2016 04:24 PM
Kalau muka siap pakai tudung muaz pun nampak manis ja

Kalau muka kelautan dalam pacific, pakai tudung 20k tetap nampak homeless
Quote WajibulGhunah 5-12-2016 04:30 PM
Dah kenapa tudung 21000 ringgit pun nk bising

Baju seluar mahal2 pun org x bising la ni tetiba tudung mahal sibuk nk samakn dgn kain kapan time dah mampos??

Motip???
Quote Nenasketum 5-12-2016 04:50 PM
Ok ai tak marah atau dengki tapi nanti peragut tarik tudung you sampai you tersembam muka ke pavement you rilek2 jer yer
Quote Nt-ViruS 5-12-2016 05:02 PM
kadang2 propa je lebih, konon sudah terjual padahal sendiri beli.
Quote seri_mawr 5-12-2016 05:07 PM
kalau aku duit berkepuk2...pun mau kot beli tudung rege  gini...

bg org yang duitnya bnyk berlebih2 - harga rm21k murah...
tp org mcm aku ni...gaji sebulan pun x sampai 21k...BE itu mahai..
Quote atiqah_bea 5-12-2016 05:31 PM
Pompuan beli tudung mahal ramai yg perli kain kapan lah, x sedekah lah, pakai tudung mahal pahala lagi byklah. Yg lelaki beli jam tangan, sport rim, renovate kereta beratus ribu takde pun pompuan bising atleast tudung tu buat tutup aurat jgk. Dri lelaki beli utk bergaya je.

Sekian, dari iols yg selalu stress baca komen lelaki2 dlm media sosial kalau keluar isu tudung ni
Quote kibodwatriuh 5-12-2016 05:33 PM
CrowneGlory replied at 5-12-2016 03:32 PM
kenapa aku x heran pun... teringat tudung hauk juma pun ada org sanggup tukar dgn gelang emas...

...

pertama kali aku dengar orang dalam forum kutuk tudung juma hauk dan buruk lagi kepam walaupun baru. selama ni aku fikir aku sorang jah rasa gitu.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.071178 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top