CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

HKL Nafi Hidangan Roti Berkulat Kepada Pesakit

13-1-2017 06:51 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6950| Komen: 40

Description: Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini menafikan dakwaan menghidangkan roti berkulat kepada pesakit di wad ortopedik hospital berkenaan seperti yang viral di laman media sosial.

Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini menafikan dakwaan menghidangkan roti berkulat kepada pesakit di wad ortopedik hospital berkenaan seperti yang viral di laman media sosial.


Memetik laporan Bernama, HKL dalam satu kenyataan berkata, gambar pesakit yang memegang roti berkulat dalam Facebook itu adalah tidak benar.

Ia berikutan, sebaik menerima aduan daripada waris pesakit bahawa roti tersebut berkulat, pihak wad terus membuat pemeriksaan.

“Didapati roti berkenaan masih tidak luput tarikhnya, masih berbungkus dan tidak berkulat."

“Penjelasan lanjut telahpun diberikan kepada pihak waris bahawa tompokan kuning pada roti adalah ibu roti (yis) yang tidak diadun rata bancuhannya."

Dilaporkan pesakit juga telah diberikan roti lain sebagai hidangan menggantikan roti tersebut.

Dalam kes ini, HKL menegaskan bahawa pihak hospital telah mengarah Jabatan Dietetik dan Sajian HKL untuk menjalankan siasatan lanjut berkenaan insiden tersebut termasuk membuat pemeriksaan bekalan roti di wad dan juga stok roti di jabatan berkenaan.- CARI


sumber foto: Facebook HKL

17

Bagus
17

Marah
14

Terkejut
10

Sedih
11

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 13-1-2017 06:55 PM
I pernah beli roti berkulat yang tarikh luputnya lama lagi nak mereputz. Tatau ler yis ke hapa..
Quote pearl.silver 13-1-2017 07:40 PM
Kulat roti kan warna hijau
Kalau selain hijau.....bukan kulat la kot

Baideway, selama ni i xde masalah makan makanan hospital kerajaan. Tapi baru2 ni i saspek bajet makanan sudah kena cut. Hidang dinner nasi goreng kosong. Sayur xda, ikn bilis hancur pun xda...pastu bagi sup tulang ayam
Quote WhiskeyScotch 13-1-2017 07:43 PM
Hari ni banyak thread pasal makanan tercemar. Ada lipas dalam air chocolate. Ada metal dalam KFC. Yang ini roti berkulat pula. Macam macam.
Quote oppol 13-1-2017 07:46 PM
Tak semestinya belum luput tarikh tak berkulat..
Cara penyimpanan dalam suhu yang tak sesuai juga boleh menyebabkan kulat...
Quote fishcracker 13-1-2017 08:54 PM
nape tak cek dulu sebelum hidang
Quote caprut 13-1-2017 09:00 PM
pearl.silver replied at 13-1-2017 07:40 PM
Kulat roti kan warna hijau
Kalau selain hijau.....bukan kulat la kot


bayar murah jgn la andaian lebih2. stakat byr rm4 kot sehari klo nk demand lebih2
Quote caprut 13-1-2017 09:02 PM
pacik ni pon bangang. dkt ward tu klo tkde ppk(pembantu kesihatan)  bgtau je staff nurse mknn tarikh luput. nti pndai2 la dorg btol kan.
Quote mongoose_kidz 13-1-2017 09:10 PM
pearl.silver replied at 13-1-2017 07:40 PM
Kulat roti kan warna hijau
Kalau selain hijau.....bukan kulat la kot


statement bawah betul sgt...
klau perasan buah pun da lama xde..menu ptg asyikla nasi goreng
dulu nasi goreng ade la side tauhu atau sayur..skrg nasi goreng semata2
Quote prettyuglybabe 13-1-2017 09:58 PM
dah ada lom yang kata bayar 2 hengget tak kan nak harap hospital hidang steak

pesakit pun satu.. sikit-sikit nak viral..
bagitau terus kat orang yang hantar makanan tak leh ke..
Quote deathacker 13-1-2017 10:14 PM
entahnya diorang ni. dah byrnya murah,ok la tu dgn mknn yg dibagi. itu pun nasib baik dpt mkn.
kalau nak sedap gi private
Quote Artemesiaa 13-1-2017 10:25 PM
Roti kalau tak disimpan dengan elok terdedah dengan keadaan lembab mudah je berkulat walaupun belum tamat tempoh
Quote Manjahati 13-1-2017 10:28 PM
prettyuglybabe replied at 13-1-2017 09:58 PM
dah ada lom yang kata bayar 2 hengget tak kan nak harap hospital hidang steak

pesakit pun s ...

Supplier  nk untung lebih ke apa ni?
Quote sambaldurian 13-1-2017 10:40 PM
Mmg betul xkira servis rm2 sehari ke, xpatut dpt mknn tamat tempoh tp why not bgtaw je staff sana mintak tukar. Klu staff buat derk, beli jela roti lain. Xkn roti kosong xboleh beli, prepaid berinternet mampu pulak.
Quote mbhcsf 13-1-2017 11:47 PM
wow ... bukan kulat ? tapi ye kan nampak macam kulat
Quote MarryPottet 14-1-2017 01:55 AM
Alhamdulillah, selama aku hidup tak pernah lagi terbeli roti yg yeast dia tak diadun dgn rata
hkl ambik roti dari kilang roti mana agaknya kan, buat roti cincai bincai asal siap kekdahnya

baideway, didoakan agar pakcik persis hang kebun dlm filim seniman bujang lapok ni cepat sembuh & dah discharge dr hkl
Quote cknoriz 14-1-2017 01:59 AM
sian pokcik tu haha
Quote MarryPottet 14-1-2017 02:02 AM
pearl.silver replied at 13-1-2017 07:40 PM
Kulat roti kan warna hijau
Kalau selain hijau.....bukan kulat la kot


sedihnyalah menu makanan utk rakyat yg sakit
banduan yg duduk foc, makan tanggung ber*k cangkung dlm penjara pon lebih berkhasiat & mewah makanannya
Quote TuntungReturn 14-1-2017 10:25 AM
bang, nasik lemak ade lalat ni
makan nasik lemak rm1 x kan nk buh ayam?

cm tu kot org pikir,murah redha je ape yg dpt
Quote maxim 14-1-2017 06:22 PM
Aku saspek anak beranak pakcik ni yg beriya nk viralkan terus kt fb..sbb kalau tgk dari muka pkcik ni nmpak cam buta it

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068778 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top