CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-gara Bertentangan Akidah Islam, 8 Penerbitan Buku Diharamkan KDN

2-8-2017 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4798| Komen: 32

Description: sumber : Malay MailBerikutan terdapat kandungan yang mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, moral dan pemikiran orang ramai, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewarta ...

sumber : Malay Mail


Berikutan terdapat kandungan yang mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, moral dan pemikiran orang ramai, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewartakan Perintah Larangan terhadap lapan penerbitan.

Memetik laporan Berita Harian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata lima penerbitan terbabit didapati mengandungi fakta mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran akidah Islam mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau menyifatkan penerbitan berkenaan dilihat boleh mengelirukan orang ramai dan dikategorikan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Perintah larangan terhadap penerbitan itu dibuat menerusi warta bertarikh 22 dan 23 Mac lalu bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.


Mereka yang menjual, mengedar atau menyimpan buku-buku ini boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Berikut penerbitan yang diharamkan berdasarkan kategori:

Buku yang bertentangan ajaran dan akidah Islam mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah:

1. Menuju Reformasi Perundangan Islam
Pengarang: Abdullahi Ahmed An-Na'im.

2. Hukum Barat Pun Islam
Penyusun: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan Khairul Anam Che Mentri

3. Konsep Kebebasan dan Agama
Penyusun: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan Khairul Anam Che Mentri

4. Zainab Srikandi Cucu Baginda Muhammad SAW
Pengarang: Nurfaridah Ruban

5. Imam Mahdi Yang Ditunggu dan Malapetaka Akhir Zaman
Penyusun: Abdul Latif Rafqi


Buku menghina Islam dan negara, mungkin jejas keselamatan negara:

6. From Majapahit to Putrajaya: Searching for Another Malaysia
Pengarang: Farish A Noor

7. Al-Yahud: Eternal Islamic Enmity and the Jews
Pengarang: Elias Al-Maqdisi dan Sam Solomon


Buku berunsur seks dan gambar lucah keterlaluan: 

8. Saucy Seaside Postcards
Pengarang: Alan Wykes - CARI
10

Bagus
14

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lkick2113 2-8-2017 04:51 PM
sikit2 terhina sikit2 terhina....kan  @Maideen.  ??
Quote MengkuduMasam 2-8-2017 04:55 PM
8. Saucy Seaside Postcards


nak kene try cr buku nih...
Quote nurbaya 2-8-2017 05:16 PM
I ada baca from majapahit to putrajaya tu tapi takde lak rasa nak membahayakan negara pulak..kata negara merdeka, takkan lah nak baca buku naskah berat pun tak boleh.. Sorrylah I tak minat nak baca naskah picisan "Suamiku Mr Pilot" atau yg seangkatan dengannya..
Quote emelia1509 2-8-2017 05:49 PM
Nape pulak buku zainab tu..Cucu nabi tu, sri kandi karbala..

Sila tangkap meols sebab ada buku tu...Setakat ni x pernah terjejas pun akidah baca buku tu..Malah makin tinggi rasa cinta pada nabi dan keluarganya..
Quote Maideen. 2-8-2017 06:29 PM
Edited by Maideen. at 2-8-2017 06:30 PM
lkick2113 replied at 2-8-2017 04:51 PM
sikit2 terhina sikit2 terhina....kan  @Maideen.  ??

Lobai mudah terhina Lkick. Macam kat forum ni jugak.... Tahu tahu thread terus hilang sebab lobai bodoh rasa terhina.....

Lobai pejuang Isle akan mencadangkan kita baca buku buku begini yang boleh menambahkan iman kita:

1. Soalan Kubur - Suatu Analisis.

2. Cara Malaikat Melaksanakan Siksa Kubur.

3. 1001 Tanda akhir Zaman.

4. Hikmah Poligami untuk Isteri Tua.

5. Bulu yang sunat dan bulu yang harom dicukur dalam Islam - Suatu Perbandingan

7. Perbezaan mengulom yang berkhatan punya dengan yang tak khatan punya - Suatu Perkongsian Pengalaman
( Kompilasi posting seorang lobainita pejuang Isle di Forum Cari)
Quote Maideen. 2-8-2017 08:04 PM
nurbaya replied at 2-8-2017 05:16 PM
I ada baca from majapahit to putrajaya tu tapi takde lak rasa nak membahayakan negara pulak..kata ne ...

Nurbaya minat Dr. Farish rupanya......
Quote nurbaya 2-8-2017 08:48 PM
Maideen. replied at 2-8-2017 08:04 PM
Nurbaya minat Dr. Farish rupanya......


Huhu..ada la 2 buku dia ni kat umah..yg majapahit tu pun I tak baca habis lagi..baru separuh. Maideen suka baca buku dr farish ni gak ke?
Quote Maideen. 2-8-2017 09:05 PM
nurbaya replied at 2-8-2017 08:48 PM
Huhu..ada la 2 buku dia ni kat umah..yg majapahit tu pun I tak baca habis lagi..baru separuh. Ma ...

Ada satu buku kompilasi tulisan dia "What your teacher doesm't teach you in school" ka apa ka tajuk dia. Mula berminat dengan dia apabila diberitahu bahawa emak dia was the Wan Zaleha Radzi of radio (tapi tak verify that claim).
Dia ada column kat Malaysiakini ka mana ka.


Tak lama lepas tu ada big hoo haa sebab dia kata Nabi Muhamad itu seorang tribal leader. Lobai sarban janggut sangat marah kat dia sampai dia kena ludah masa bersembahyang di Masjid Bangsar.


Signature Maideen pernah berbunyi:

Semua orang kafir di muka dunia ini jahat belaka --- tidak ada seorang kafir yang baik --- Maksiat yang berlaku di dunia ini sama ada dilakukan oleh orang kafir atau fasik. - Nik Aziz Nik Mat - tafsir surah Yunus.

Pendedahan tentang tafsiran Nik Ajis ini Maideen dapat dari buku Dr. Farish - Malaysia: Islam, Society and Politics.

Quote nurbaya 2-8-2017 09:17 PM
Maideen. replied at 2-8-2017 09:05 PM
Ada satu buku kompilasi tulisan dia "What your teacher doesm't teach you in school" ka apa ka taju ...

I see.. Yg buku "what your teacher didn't tell you" tu pun is my first book dr farish ni. Kinda catchy kan.. Writing dia pun bagus.

Yg kes big hoo tu I tak tau Maideen, but sampai kena ludah tu mmg melampau. Org merogol anak sendiri tak nak pulak pegi ludah!

Mcm kes faisal tehrani jugak..kena ban pasal faisal ni syiah katanya..menyesatkan. I start baca faisal dari zaman buku dia 1515 lagi..until now..tak de lak rasa tersesat..at least lebih memahami org lain lepas baca karya diorang ni. Tak adalah asyik hanyut dgn cinta kena kahwin paksa...
Quote chazey 2-8-2017 09:18 PM
Teruk sangat ke buku Farish A Noor tu sampai perlu ban?
Quote chazey 2-8-2017 09:19 PM
nurbaya replied at 2-8-2017 05:16 PM
I ada baca from majapahit to putrajaya tu tapi takde lak rasa nak membahayakan negara pulak..kata ne ...

Buku tu pasal apa? Ai tengok tajuk pun seperti biasa2 jah tak provokatif gitu.
Quote sekngucing 2-8-2017 09:49 PM
bertentangan dgn ajaran melayu...
Quote mbhcsf 2-8-2017 10:06 PM
buku di atas saya tak kisah sangat tapi yg paling baik pengharaman buku breaking the silence tu , Syabas KDN.

walaupun agak terlewat sedikit.

Quote taikor 2-8-2017 10:07 PM
Farish A Noor pon kena ban. bukan ker suatu kebanggaan negare? Ini mcm, Rizalman, Harith Iskander sume kena ban sebab tak cukup lobai
Quote nurbaya 2-8-2017 10:23 PM
Edited by nurbaya at 2-8-2017 10:31 PM
chazey replied at 2-8-2017 09:19 PM
Buku tu pasal apa? Ai tengok tajuk pun seperti biasa2 jah tak provokatif gitu.


Pasal history of political kat malaysia..dr zaman majapahit sampai la ke zaman umno.. Tatau la kenapa jadi memudaratkan negara. Takut rakyat jadi kritis dan pandai kot.

P/s; dr farish ada tulis hinduism n islam dr zaman majapahit n pasal JAWI. Maybe sebab tu kot.
Quote M5 2-8-2017 10:27 PM
mbhcsf replied at 2-8-2017 10:06 PM
buku di atas saya tak kisah sangat tapi yg paling baik pengharaman buku breaking the silence tu , Sy ...

lobainita tak kesah sangat yg mana satu?
suka dak baca buku Saucy Seaside Postcards ?
Quote mbhcsf 2-8-2017 11:00 PM
M5 replied at 2-8-2017 10:27 PM
lobainita tak kesah sangat yg mana satu?
suka dak baca buku Saucy Seaside Postcards ?

well i tak kisah sebab dah kena haram, especially yg breaking the silence tu, about time pun. I tak sangaka penulis picisan seperti Farouk Peru pun dikatakan signifikan, i mean tak ke lawak?
Quote redapple10 3-8-2017 08:34 AM
Buku kena haram, tp online boleh je dpt kot
Quote Maideen. 3-8-2017 09:59 AM
Edited by Maideen. at 3-8-2017 10:01 AM
nurbaya replied at 2-8-2017 09:17 PM
I see.. Yg buku "what your teacher didn't tell you" tu pun is my first book dr farish ni. Kinda ca ...

Yang pasal big hoo haa tu, Maideen ada jumpa laporan ini Nurbaya. Presidin Persatuan Ulama Malaysia (who else lah yer tak ) yang komplen.

The Muslim Scholars Association of Malaysia (MSAM) lodged a report today against business weekly The Edge and writer Dr Farish A Noor for allegedly insulting Islam in an article published on Dec 3.

MSAM president Abdul Ghani Samsudin lodged the report with the Federal Territory religious affairs department under sections 7 and 8 of the state's Syariah Penal Code.

In his report, Ghani accused Farish, a weekly columnist for malaysiakini and New Straits Times , of "insulting the Prophet and the sanctity of the religion by belittling verses in the Quran and Hadith".

"He (Farish) has purposely and knowingly insulted Islam verbally," said Ghani, in a press statement.

In the interview published under the column 'Minding their own biz', Farish was asked by interviewer Amir Muhammad:"Wouldn't they say that Islam, unlike other faiths, is a political religion with means of state governance encoded into it?"

Farish had replied: "That's a smart and tactical way of reading the Islamic past in terms of the present. They play around with the facts of history in such a cavalier manner. There was no such thing as an Islamic state, even in the Prophet's time. There were no states as such. What you had was a tribal, proto-feudal system, and the Prophet himself, in his specific historical context was a tribal leader and the early oaths of allegiance were given to him as a tribal leader rather than just a religious leader. That's something we always forget..."

When answering another question, Farish had said:"There is a desperate need for Malay Muslims to break free from the hegemonic grips of both the ulama(Muslim scholar) and the state by reclaiming Islam for themselves. Islam is a discourse and all discourses are open, contested and plastic. If I can contribute in any way to keeping the doors to ijtihad (personal interpretation) open, I will do it. The danger of not doing is so great."

'Prejudice and hatred'

Ghani said Farish had insulted Islam by acknowledging the Prophet as a mere tribal leader and not a leader of the religion.

"He (Farish) also said that women and friends of the Prophet pledged allegiance to Him as a leader and not as a prophet," said Ghani.

"It is an insult to say that the Prophet is respected as an Arab and not as a Prophet," he added.

Ghani also said Farish's "prejudice and hatred" for the ulama was evident in his writings published in malaysiakini and NST .

"Even in this interview (in The Edge ), Farish has repeated his stand by saying that Islam should be interpreted freely without referring to the ulama ," he said.





Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.187187 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top