CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dicekup Ketika `Beraksi' Panas!

2-9-2013 10:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8976| Komen: 29

Description: Kedua-Duanya Yang Terkejut Apabila Langsir Memisahkan Antara Ruang Pusat Urut Itu Diselak Anggota Penguat Kuasa Bingkas Mengenakan Pakaian Lengkap Selepas Itu.

Tukang urut dan pelanggan terkejut apabila premis diserbu pihak berkuasa.

SUBANG JAYA , 31 Ogos – Pelanggan lelaki dan seorang tukang urut wanita dicekup ketika asyik beraksi di atas katil di sebuah pusat urut di SS15 di sini.
       
Kedua-duanya yang terkejut apabila langsir memisahkan antara ruang pusat urut itu diselak anggota penguat kuasa bingkas mengenakan pakaian lengkap selepas itu.
       
Ketika dicekup, pelanggan lelaki tidak berbaju, memakai seluar pendek manakala tukang urut wanita separuh bogel dan hanya memakai baju.
       
Mereka antara tujuh yang ditahan dan diserahkan kepada polis kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral di tiga rumah urut di sini.
       
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pihaknya menyerbu tiga premis pusat kecantikan dan pusat urut di kawasan SS15.
       
Pusat urut pertama yang baru sahaja beroperasi lebih kurang dua bulan lalu dikenakan tindakan di bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana mengendalikan perniagaan tanpa lesen dari MPSJ.
       
Tindakan seterusnya diambil ke atas premis pusat urut kedua yang didapati berselindung di sebalik nama pusat urut kaki dan kesihatan juga dijalankan tanpa lesen sah.
       
Semasa serbuan dibuat, seorang pelanggan lelaki didapati sedang asyik menerima perkhidmatan seks dari seorang tukang urut wanita warga China.
       
Soal siasat dijalankan mendapati, pengusaha premis menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan dengan kos bayaran RM120 hingga RM180 mengikut jam.
       
Operasi diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota kemudian menyerbu sebuah lagi rumah urut di di Jalan SS 15/4B.
       
Ketika serbuan terdapat seorang pelanggan lelaki menerima urutan badan dan batin, hasil pemeriksaan mendapati premis mempunyai lesen sah dari MPSJ untuk urutan refleksologi tetapi menawarkan urutan badan serta batin kepada pelanggan,” katanya.
       
Beliau berkata, tindakan penutupan premis diambil di bawah UUK 13 (k) UUKPK MPSJ 2007 kerana pengusaha melanggar syarat-syarat sekatan lesen dikeluarkan MPSJ.
       
Pengusaha berdepan denda maksimum RM1,000 bagi setiap kesalahan dilakukan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AHMADVW 31-8-2013 08:56 AM
pusat urut adalah cabang seni
Quote malaywood.NET 31-8-2013 08:59 AM
ish..ishh... botak lelaki tu..
Quote redz85 31-8-2013 09:00 AM
amoi tu mana ada separuh bogel? kaki dia putih & panjang
Quote rospinki 31-8-2013 09:02 AM
Kreng nya bdan tukang urut.

Nota: kreng bermaksud kurus dan kering
Quote d-7-0ne 31-8-2013 09:05 AM
kacau  la........nak  slbret mrdeka  ngan urut badan dan batin xboleh......
Quote sueism 31-8-2013 09:59 AM
Kesian x sempat nak Sedap

Quote AbukRokok 31-8-2013 10:41 AM
kesiannye xsempatnk inzal
Quote lavajeans 31-8-2013 10:43 AM
fesyen rambut sebijik cam @jonlabu

Quote dubuk 31-8-2013 11:05 AM
tukang urut kurus tak cantik kasi gemuk sikit macam zizie baru cantekkkkk
Quote solstice 31-8-2013 11:06 AM
Setahun 10000 kali serbu
Quote jonlabu 31-8-2013 01:14 PM
dubuk posted on 31-8-2013 11:05 AM
tukang urut kurus tak cantik kasi gemuk sikit macam zizie baru cantekkkkk

Gemuk kalu mana larat nak ngurut..mengah.
Quote jonlabu 31-8-2013 01:16 PM
lavajeans posted on 31-8-2013 10:43 AM
fesyen rambut sebijik cam @jonlabu

Sebijik fesyen rambut palsu wa yg mana satu? Heheh
Quote lavajeans 31-8-2013 01:16 PM
jonlabu posted on 31-8-2013 01:14 PM
Gemuk kalu mana larat nak ngurut..mengah.

mula2 wa was was.....ramai org fesyen rambut gitu...

tapi lu dah reply gini...

wa pasti lu...



Quote Decaffeinated 31-8-2013 01:23 PM
buat syarat jelah serbu (serbulah sangat...) serbu 3 biji abis yg lain tu?...

buang masa penguatkuasa ja. orang malam2 nak tengok bunga api disuruh kerja.

biarkan ja lah nak urut batin ka zahir ka bukan ada orang mati pun. orang nak sedap ja pun jeles....

Quote Prince3019 31-8-2013 01:59 PM
denda seribu je?ptot la mcm cendawan
Quote roblucci 31-8-2013 02:16 PM
rospinki posted on 31-8-2013 09:02 AM
Kreng nya bdan tukang urut.

Nota: kreng bermaksud kurus dan kering

boleh juga sebut kerempeng
Quote mrs.uzair 31-8-2013 02:37 PM
roblucci posted on 31-8-2013 02:16 PM
boleh juga sebut kerempeng

Kukeng pun boleh bro,
Kurus+kering= kukeng :-)
Quote DeMax 31-8-2013 02:38 PM
AHMADVW posted on 31-8-2013 08:56 AM
pusat urut adalah cabang seni

Ape kesalahan? Syiah sungguh penguatkuasa ni
Quote blingblings 31-8-2013 03:30 PM
bini tak pandai mengurut, kenalah minta service kat luar ni...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047685 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top