CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Joe Flizzow Busy Jadi Tauke Kedai Gunting Rambut

11-9-2013 10:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16676| Komen: 38

Description: Kepada Yang Tidak Perasan, Penyanyi Hip Hop Terkenal Tanah Air, Joe Flizzow Sebenarnya Sudahpun Memiliki Perniagaan Kedai Gunting Rambutnya Sendiri Yang Telah Beroperasi Sejak Lapan Bulan Lalu.


Kepada yang tidak perasan, penyanyi hip hop terkenal tanah air, Joe Flizzow sebenarnya sudahpun memiliki perniagaan kedai gunting rambutnya sendiri yang telah beroperasi sejak lapan bulan lalu.


Ditemui portal murai.com.my, Joe Flizzow telah memperkenalkan dengan penuh bergaya salah satu sentuhan kedai gunting rambut miliknya dalam satu acara pembukaan sebuah butik fesyen baru-baru ini.

Apa yang pasti, kedai gunting rambut yang dikenali sebagai Joe's Barber Shop dan beroperasi di Subang Jaya, Selangor itu memiliki tarikannya tersendiri kerana mengetengahkan bukan sahaja khidmat potong rambut, malahan bercukur yang cukup popular dikalangan golongan lelaki.

"Joe's Barber Shop turut menyediakan perkhidmatan tattoo rambut, dreadlocks dan banyak lagi pada harga serendah RM10 hingga RM20.

"Sebenarnya, memiliki kedai gunting rambut adalah impian saya sejak sekian lama dan hanya selepas dua tahun merancang barulah sekarang ianya menjadi kenyataan.


"Saya sedar, lelaki masa kini sangat mementingkan keterampilan dan kemunculan kedai gunting rambut ini banyak membantu bagi memberi penampilan lebih segak kepada golongan lelaki tanpa perlu berbelanja besar. Apatah lagi perkhidmatan yang kami berikan mengikut perkembangan terkini.

"Semuanya bermula apabila saya memiliki tukang gunting rambut saya sendiri selama dua tahun dan sejak itu saya berfikir untuk membuka kedai gunting rambut sendiri . Inilah hasilnya," katanya yang turut hadir bersama salah seorang pakar jurugunting kedainya.

Joe's Barber Shop beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam dengan memiliki empat orang tukang gunting rambut berpengalaman yang mampu memberi penampilan tersendiri setiap kali kunjungan.

Antara selebriti yang pernah mendapat khidmat potongan rambut atau bercukur di kedai gunting rambut Joe's Barber Shop seperti Aizat, Zizan, Ajai, pemain bola sepak negara dan tidak ketinggalan aktres kecil molek, Nora Danish.

Terletak di kawasan perumahan berhampir kediamannya, Joe Flizzow berkata premis perniagaan seluas 500 kaki persegi itu di selesakan dengan rekaan dalaman berkonsepkan bandaraya New York lama dan retro.

Bagi memperindahkan lagi suasana dalam kedai gunting rambutnya itu, alunan muzik Jazz dan Hip Hop dimainkan sebagai keunikan tersendiri untuk gaya hidup muda mudi masa kini.

"Kalau nak tahu lokasi kedai gunting rambut ini adalah lokasi di mana kumpulan Too Phat dipertemukan dan saya rasa amat terharu kerana kedai gunting rambut ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat kumpulan kami.

"Namun apa yang lebih utama, kedai gunting rambut ini adalah dikhususkan untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang tinggal di kawasan ini yang telah sekian lama menyokong kejayaan saya dari belakang," katanya.


Alamat: Joe's Barber Shop, No 18-G SS15/8B, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Waktu operasi: 11 pagi - 11 malam
Harga : RM10 - RM 20
Telefon: 011-15103115


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 11-9-2013 09:44 AM
welkam back baby
n tahniah atas brita yg sy dgr

kalo sy x silap orang la
Quote Syd 11-9-2013 09:45 AM
welcome back, nyahh

lama tak bukak thread kan?
Quote babyridz 11-9-2013 09:45 AM
miawpink posted on 11-9-2013 09:44 AM
welkam back baby
n tahniah atas brita yg sy dgr

halu haluuu

eh? berita apakah itu

Quote babyridz 11-9-2013 09:46 AM
Syd posted on 11-9-2013 09:45 AM
welcome back, nyahh

lama tak bukak thread kan?

bawak diri japss... hehehehe
Quote Syd 11-9-2013 09:46 AM
babyridz posted on 11-9-2013 09:46 AM
bawak diri japss... hehehehe

p umrah laa tu

hehehehe
Quote miawpink 11-9-2013 09:46 AM
babyridz posted on 11-9-2013 09:45 AM
halu haluuu

eh? berita apakah itu

opps salah orang ke??

maap kalo salah orang
brita sal baby preggy

kalo salah ampun maap

apa pun welkam back baby
Quote myakayina 11-9-2013 09:47 AM
wahh..baby dah kembali..   mana ko mengeram nok..?
Quote kecimpret 11-9-2013 09:48 AM
laa kat SS15 ka..dekat sgt laa dgn taylor's
Quote babyridz 11-9-2013 09:48 AM
myakayina posted on 11-9-2013 09:47 AM
wahh..baby dah kembali..   mana ko mengeram nok..?

hew hew hew.. tak sangka ramai gak orang ingat lagi  kat iols..
terharuss japsss

PSPS : Comel pic uols
Quote myakayina 11-9-2013 09:50 AM
kecimpret posted on 11-9-2013 09:48 AM
laa kat SS15 ka..dekat sgt laa dgn taylor's

selalu gak nampak retis kluar masuk kt sana..Joe ni ada restoran jgk klu tak silap la.. plan nak bawak my boy pegi gunting rambut kt kedai Joe ni..

Quote kukulangau 11-9-2013 09:54 AM
joe's barbershop ni banyak kat US
Quote mizlily 11-9-2013 12:02 PM
bagus...byk prniagaan die dh bukak dah...
Quote reenz013 11-9-2013 12:20 PM
elokla bukak biz...semoga sukses
Quote nurfariezza 11-9-2013 12:31 PM
Joe's Barber Shop turut menyediakan perkhidmatan tattoo rambut, dreadlocks dan banyak lagi pada harga serendah RM10 hingga RM20.


nseb baik la hrga xmahal sgt wlu pn kedai retis..
hrga standard kedai mamak la..
Quote tomet05 11-9-2013 12:38 PM
murah gak rege potong rambut dia
Quote dyllabubble 11-9-2013 12:40 PM
semoga suksesss..bagus la..dunia artis bkn selamanyaa..
Quote blackred99 11-9-2013 12:43 PM
gel rambut dia best bau..
Quote dyllabubble 11-9-2013 12:44 PM
blackred99 posted on 11-9-2013 12:43 PM
gel rambut dia best bau..

dah penah try ke?
Quote blackred99 11-9-2013 12:51 PM
dyllabubble posted on 11-9-2013 12:44 PM
dah penah try ke?

eh sala, bukan kedai dia.. hampun..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.071281 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top