CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

18 Sebab Jin Merasuk Manusia~!

12-9-2013 05:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18531| Komen: 123

Description: Salah Seorang Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani Berkata, Dalam Setiap Tubuh Manusia Ada Jin Dan Makhluk Halus Itu Sentiasa Berusaha Mempen ...


18 sebab jin merasuk manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ogata 12-9-2013 11:40 AM
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air


yang saluaku buat..harap jangan buat lagi
Quote akakbosan 12-9-2013 11:41 AM
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.


Hmmmm... menguntum di Bod MPS pun samalah dengan membaca buku cerita hantu dak?

Quote mummyn80 12-9-2013 11:49 AM
byk jugak antara sebab2 tu yg selalu sy buat tu..hmmm..
Quote zuraidah1 12-9-2013 12:05 PM
15. Perempuan suka bersolek

aku slalu buat
Quote leylapple 12-9-2013 12:13 PM
ogata posted on 12-9-2013 11:40 AM
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas  ...

yang no.4 tu apsal pulak uols suka buat????
Quote yayah8989 12-9-2013 12:21 PM
kalo selalu mimpi buruk?
Quote skeezotone 12-9-2013 12:24 PM
ogata posted on 12-9-2013 11:40 AM
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas  ...

nape ko Menangis dan merintih sebelum tidur?.. byk masalah ker?
Quote skeezotone 12-9-2013 12:24 PM
no 2.. xleh nk elak
Quote ogata 12-9-2013 12:26 PM
leylapple posted on 12-9-2013 12:13 PM
yang no.4 tu apsal pulak uols suka buat????

sedih keciwa di tinggalkan jejaka korea........putus sbb xsama agama...
Quote ogata 12-9-2013 12:26 PM
skeezotone posted on 12-9-2013 12:24 PM
nape ko Menangis dan merintih sebelum tidur?.. byk masalah ker?

hahaha..ye byk masalah dalaman...


keciwa putus cinta.....dengan jejaka korea..
Quote ogata 12-9-2013 12:27 PM
skeezotone posted on 12-9-2013 12:24 PM
no 2.. xleh nk elak

no 2...bilik adik aku ada 3gitar..padahal adik aku 2org jer...
Quote skeezotone 12-9-2013 12:29 PM
ogata posted on 12-9-2013 12:27 PM
no 2...bilik adik aku ada 3gitar..padahal adik aku 2org jer...

no 2 xleh nk elak la.. bukan stakat gitar.. byk agi menda2 len yg bole melalaikan ada dlm umah kita.. zaman skang mmg payah nk elak bnda2 camtu.. hehehee

Quote skeezotone 12-9-2013 12:30 PM
ogata posted on 12-9-2013 12:26 PM
hahaha..ye byk masalah dalaman...

perghh.. putus cinta ngn jejaka Kpop upanya.. bwk2 bersobar la yer.. nnti jin dtg sapu airmata plak mlm2
Quote ogata 12-9-2013 12:30 PM
skeezotone posted on 12-9-2013 12:29 PM
no 2 xleh nk elak la.. bukan stakat gitar.. byk agi menda2 len yg bole melalaikan ada dlm umah kit ...

xbox?

pa lagi ipad??PS3..huh
Quote skeezotone 12-9-2013 12:31 PM
ogata posted on 12-9-2013 12:30 PM
xbox?

pa lagi ipad??PS3..huh

yup.. apa saja yg bole melalaikan.. aku xheran pon.. mmg jin byk jer dlm umah kita benornya, cuma kita xnmpak jer.. pandai2 la bwk diri
Quote ogata 12-9-2013 12:34 PM
skeezotone posted on 12-9-2013 12:30 PM
perghh.. putus cinta ngn jejaka Kpop upanya.. bwk2 bersobar la yer.. nnti jin dtg sapu airmata pla ...

ye la..aku mmng sesaja nak seru jin datang to wipe my tears...
Quote skeezotone 12-9-2013 12:35 PM
ogata posted on 12-9-2013 12:34 PM
ye la..aku mmng sesaja nak seru jin datang to wipe my tears...

OMG.. nnti jin pakai toncet dtg teman ko
Quote ogata 12-9-2013 12:35 PM
skeezotone posted on 12-9-2013 12:35 PM
OMG.. nnti jin pakai toncet dtg teman ko

jahat nya ko....

tak baik tau...
Quote skeezotone 12-9-2013 12:37 PM
ogata posted on 12-9-2013 12:35 PM
jahat nya ko....

tak baik tau...

laaa.. td steady jer cakap nk jin dtg wipe ur tears.. skang kata aku jahat plak

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062012 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top