CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Batu Boleh Terbakar Sendiri

11-10-2013 02:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4805| Komen: 5

Description: California: Seorang Wanita Mengalami Lecur Tahap Dua Dan Tiga Apabila Batu Berwarna Yang Dikutip Oleh Keluarganya Dari Pantai Di Selatan California, Tiba-Tiba Terbakar, Di Dalam Poket Seluarnya.
CALIFORNIA: Seorang wanita mengalami lecur tahap dua dan tiga apabila batu berwarna yang dikutip oleh keluarganya dari pantai di selatan California, tiba-tiba terbakar, di dalam poket seluarnya.



Lyn Hiner berkata, “Kami sedang berbual mengenai siapa perlu menjemput pengasuh apabila tiba-tiba kaki saya terasa panas.”
Katanya lagi, “Saya ingatkan saya digigit serangga, lalu saya memukul seluar dan tiba-tiba ia saya terbakar.”

Batu berwarna hijau dan jingga itu dijumpai dan dikutip oleh anak perempuan Lyn di Pantai San Onofre di California Selatan.
Lyn, 43, meletakkan batu itu di dalam poket seluarnya apabila mereka meninggalkan pantai.

Sewaktu dia dan suaminya Rob Hiner, bersedia untuk keluar makan malam, tiba-tiba batu itu meletup dalam poket seluarnya.
Rob berkata, “Api terang. Kami tak tahu apa yang berlaku dan reaksi kami adalah memukul untuk mematikan api itu.”
Katanya, mereka tidak berjaya memadamkan api itu lalu terus menarik seluar Lyn.

Bomba tiba kerana penggera asap di rumah mereka berbunyi disebabkan api dari batu itu.
Ketua Bomba Orange County, Kapten Marc Stone berkata, “Suaminya berada di luar sambil memegang paip air cuba untuk menyejukkan kaki isterinya.”
Ahli Sains yang menyiasat letupan misteri berkata, ada tujuh ketul batu yang dikutip anak Lyn dari pantai itu dan ujian mendapatai ia mengandungi fosforus, bahan kimia berwarna jingga mudah terbakar yang digunakan untuk mancis, pada batu itu.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ell768 11-10-2013 12:01 PM
fuh..batu apa tu sampai boleh terbakar..
Quote epysha 11-10-2013 12:48 PM
mesti batu tu mengalami geselan..
Quote hasell 11-10-2013 01:16 PM
mujur LYN tu wanita, kalu tak aku nak kata camni;
'batu bergeser dgn batu dlm seluar, panas la dia'

Quote MissQaseh 21-10-2013 04:47 PM
fuhh.. ni la yg dikatakan malang x berbau
Quote alphawolf 22-10-2013 03:24 PM
batu apa? batu api la....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.056737 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top