CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Anak Patung Sumpah

30-10-2013 04:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13137| Komen: 23

Description: Pada Tahun 1896, Anak Patung Yang Menakutkan Ini Milik Seorang Kanak-Kanak Bernama Robert Eugene Otto Di Key West, Florida. Anak Patung Itu Diberi Kepada Kanak-Kanak Itu Oleh Seorang Pembantu Rumah Ro ...


Pada tahun 1896, anak patung yang menakutkan ini milik seorang kanak-kanak bernama Robert Eugene Otto di Key West, Florida. Anak patung itu diberi kepada kanak-kanak itu oleh seorang pembantu rumah Robert yang mengamalkan ilmu sihir, dan tidak suka kepada keluarga majikannya. 

Robert sukakan anak patung itu, dan sering bercakap-cakap dengan patungnya. Semakin lama, pembantu-pembantu rumah yang lain mula merasakan ada yang aneh dengan anak patung tersebut. Dakwa mereka, mereka ada kalanya mendengar sendiri anak patung itu membalas kata-kata Robert.
Tidak lama selepas itu, anak patung itu mula bikin onar, dan Rober yang ketakutan akan mengatakan dia tidak terlibat. Bilik-bilik diselerakkan, pasu-pasu dipecahkan, dan Robert telah dipersalahkan walaupun dia kelihatan benar-benar takut dan mendakwa semuanya ialah perbuatan anak patung tersebut.

Robert telah mewarisi rumah tersebut dan meninggal dunia pada tahun 1972, jadi rumah itu kemudiannya dibeli oleh satu keluarga lain. Ahli keluarga itu, seorang budak perempuan telah terjumpa patung itu di loteng rumah, dan serta mesra berasa takut dengan patung itu. Katanya, patung itu hidup dan mahu membunhnya.


Anak patung itu akhirnya diletakkan di sebuah galeri seni dan muzium sejarah di Key West, di mana ia terus dipamerkan sehingga hari ini. Memang aneh, kerana legenda mengatakan yang anak patung itu boleh menyumpah manusia. Muzium itu turut mempamerkan surat-surat dari individu yang mendakwa telah ‘disumpah’, meminta maaf kerana mengambil gambar anak patung tersebut tanpa meminta izin darinya dan meminta mereka dibebaskan dari sumpahannya.

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leenaz 30-10-2013 03:51 PM
yang mana satu?
patung budak atau patung binatang?
Quote p.timur3831 30-10-2013 04:02 PM
ni lebih kurang dgn cerita seram chuck kn?
Quote epysha 30-10-2013 04:41 PM
bj apakah itew..
Quote naruto3484 30-10-2013 04:42 PM
The Conjuring..Annabelle The Doll..
Quote KarinaKapur 31-10-2013 02:02 PM
wow mcm patung annabelle
Quote penyapulidi 1-11-2013 02:54 PM
eee.... seram.. teman x sior ler...
Quote AraBellaJuan87 2-11-2013 10:29 PM
Eeer..
Seram gak ar.
Quote mitnick 3-11-2013 08:43 AM
owh yg nie... ade gak yg lain2 mcm anabelle patung sumpah
Quote drlinda08 3-11-2013 10:15 AM
mcm baju kelasi kapal..
Quote donut_1752 3-11-2013 11:14 PM
skeri jew..x hingin aku
Quote linda74 4-11-2013 09:27 AM
errr seram... ada gak citer mcm ni
Quote mizmini 4-11-2013 12:34 PM
memang seram seyyy
Quote cloudy_83 4-11-2013 02:58 PM
yang annabelle tu memang seram la..
Quote BurningTimes 4-11-2013 08:16 PM
Ummah mulayu terhinjut2 takut dengan anak patung, kononnya setan nak rasuk anak patung itu, ummah yindu aman2 adja simpan patung dalam rumah, siap buh keliling lagi.
Quote cloudy_83 5-11-2013 11:30 AM
yang ni kisah annabelle.. siap lakon semula

[youtube]noGgqbWkLuQ[/youtube]

Quote missLalak 5-11-2013 02:10 PM
betulke bohong ??
Quote JohnDeSouza 6-11-2013 12:41 AM
wahhh patung ada kuasa?
Quote aulya 6-11-2013 10:48 AM
btul ke nihh
Quote CincinKristal 6-11-2013 03:39 PM
patung binatang tu lg ngeri aku tgk dr patung org tu....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.059409 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top