CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Culik: Empat 'Pak Guard' Dihukum Mati

7-11-2013 04:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5853| Komen: 26

Description: Mengikut Fakta Kes, Suami Isteri Berkenaan Telah Pergi Ke Tempat Kejadian Untuk Bertemu Lelaki Bernama Shan Sebelum Ditarik Dan Dimasukkan Secara Tiba-Tiba Ke Dalam Kereta Jenis Honda Yang Dipandu Aru ...
Culik: Empat 'pak guard' dihukum mati



     
SHAH ALAM - Empat pekerja sekuriti dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas pertuduhan menculik sepasang suami isteri untuk mendapatkan wang tebusan RM5,000, lebih dua tahun lepas.
       
P.Thinagaran, 27, S.S.Arumugam, 24, C.Krishnakumar, 24, dan V.K.Santirasagaran, 32, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu di Jalan Merak, Pusat Bandar Puchong, Selangor, kira-kira pukul 4.30 pagi, 4 Mac 2011.
       
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan  boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
       
Hakim Nor Azian Shaari dalam penghakimannya berkata kes culik itu telah menyebabkan keresahan dan kebimbangan kepada anggota keluarga terdekat mangsa.
       
Beliau berkata pihaknya turut menimbangkan faktor keganasan dalam kes itu di mana isteri mangsa dirogol oleh seorang lelaki bernama Shan yang masih bebas dengan gambarnya dirakam oleh keempat-empat tertuduh.
       
Katanya, perbuatan itu menyebabkan ketakutan dan trauma yang amat serius kepada suami isteri berkenaan.
       
Mengikut fakta kes, suami isteri berkenaan telah pergi ke tempat kejadian untuk bertemu lelaki bernama Shan sebelum ditarik dan dimasukkan secara tiba-tiba ke dalam kereta jenis Honda yang dipandu Arumugam dan dinaiki tiga tertuduh lain.
       
Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke sebuah kawasan di Kampung Tan Sri Manikavasagam, Pulau Carey dan telah dikurung di sebuah rumah kosong yang bersambung dengan kontena panjang yang diubah suai.
       
Isteri mangsa mendakwa beliau turut dirogol oleh Shan semasa dikurung manakala suaminya menjelaskan beliau dipukul oleh Shan.
       
Kedua-dua mangsa dibebaskan pada hari kejadian iaitu pada 4 Mac 2011 kira-kira pukul 10 malam setelah wang tebusan sebanyak  RM1,500 dibayar dalam dua transaksi ke dalam akaun Maybank yang disahkan dimiliki oleh seorang bernama C. Manimavanan, 43.
       
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Md Kamal manakala kesemua tertuduh diwakili peguam V.Thiru Kumar dan Amir Faliq. - Bernama

3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PerKasa 7-11-2013 03:04 PM
keling pasti lepas
jika salah pun menteri keling akan tolong
pujuk najib pondan terus lepas
nilah UMNO telok dah hilang yg ada taring utk gigit melayu
Quote ablishan 7-11-2013 03:06 PM
Jahatnya dorang ni. Menakutkan

Sian perempuan tu. Sure trauma teruk
Quote Maideen. 7-11-2013 03:10 PM
Inilah akibatnya bila hukum hudud mudud PAS tidak dilaksanakan........
Quote asher 7-11-2013 03:12 PM
yang terlepas tu mayb dh smpi kerala kot..
Quote ellZack 7-11-2013 03:12 PM
iols ingat death sentence valid untuk kesalahan yang ada kena mengena dengan kematian je..
kes culik pun boleh kena death sentence rupanya.
Quote lavacoffee 7-11-2013 03:13 PM
Maideen. posted on 7-11-2013 03:10 PM
Inilah akibatnya bila hukum hudud mudud PAS tidak dilaksanakan........

arakian maka terselamat la Lobai Stopa dari hukuman sebat.....


Quote Maideen. 7-11-2013 03:17 PM
lavacoffee posted on 7-11-2013 03:13 PM
arakian maka terselamat la Lobai Stopa dari hukuman sebat.....

Tak mustahil Tsunami akan melanda Acheh lagi sekali kalau hudud mudud PAS tidak dilaksanakan segera.....

Hj. Stopa sakit lutut....
Quote Kassim_Patalon 7-11-2013 03:21 PM
tak boleh nak pam tino......           
Quote caseyazmi 7-11-2013 03:54 PM
ya tuhannn kesiannye isteri tu
Quote annehuda 7-11-2013 03:57 PM
RM5k kongsi 4 org, lastly dpt hukuman bunuh.

Crimes never pay uolss...
Quote a_gen2 7-11-2013 03:57 PM
Maideen. posted on 7-11-2013 03:10 PM
Inilah akibatnya bila hukum hudud mudud PAS tidak dilaksanakan........

wei bodo..hukum merompak dlm Islam adalah bunuh wokay... itu yg diputus lama dah.

Quote wak_karman 7-11-2013 03:59 PM
culik laki bini...
nak dpt tebusan 5000??

mcm ada niat dendam je ni...bukan nak culik sgt pon
Quote Modngengade 7-11-2013 04:15 PM
tak berbaloi langsung keling2 ni menculik....wang tebusan rm5000 jer pun..lebih baik diorang merompak kedai emas..
Quote siti_kus 7-11-2013 04:16 PM
5k je mntk. x berbaloi lgsg.
Quote BurningTimes 7-11-2013 04:17 PM
a_gen2 posted on 7-11-2013 04:57 PM
wei bodo..hukum merompak dlm Islam adalah bunuh wokay... itu yg diputus lama dah.

Bukan ker putung tangan dulu?
Quote niceghost2005 7-11-2013 04:17 PM
asher posted on 7-11-2013 03:12 PM
yang terlepas tu mayb dh smpi kerala kot..

Mungkinkah dier bersembunyi di ghumah Maideen dan yg sewaktu dgn nya???




Quote BurningTimes 7-11-2013 04:17 PM
Yang kau urang terdesak pergi culik orang dah kenapa? Kan dah kena hukum, selayaknyalah, tuhan bayar cash saja dekat orang bodoh begini, tak yah nak tunggu kiamat pelbagai.
Quote dr_stein 7-11-2013 04:42 PM
baru aku tahu  menculik boleh kena hukuman mati
Quote Maideen. 7-11-2013 04:45 PM
a_gen2 posted on 7-11-2013 03:57 PM
wei bodo..hukum merompak dlm Islam adalah bunuh wokay... itu yg diputus lama dah.

Kena rompak lebih dari RM12.50 dulu tak ngok?

Maideen~Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.125249 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top