Penyanyi Wanita Suka Bawa Teman Lelaki Balik Rumah
Kisah yang hendak GUA sampaikan ini melibatkan seorang penyanyi wanita yang popular dengan lagu-lagu duet. Menurut sumber GUA, penyanyi wanita yang sedang meningkat naik ini sering kali membawa teman lelakinya yang juga merupakan seorang vokalis kumpulan popular pulang ke rumah sewanya, terutamanya di hujung minggu.
Menurut sumber terbabit, perlakuan penyanyi wanita dan teman lelakinya itu mengundang rasa kurang senang teman serumahnya kerana dia sering kali meminta teman serumahnya supaya tidak pulang ke rumah seandainya mereka mahu berdua-duaan.
Pelik juga kerana sebelum ini tidak pernah pula kedengaran gosip mereka mempunyai hubungan cinta. Tiba-tiba sahaja sudah sampai ke tahap bawa balik ke rumah. Bagaimanapun, vokalis kumpulan popular itu memang pernah dikatakan ‘kaki perempuan’. Mungkinkah, hubungan mereka ini bukan atas dasar cinta, tapi kerana nafsu semata-mata?
Jika benar gosip yang disampaikan oleh sumber GUA ini, harap penyanyi wanita dan vokalis urban ini tidak terus hanyut dengan perbuatan mereka itu. Memang benar pihak berwajib agak sukar menyerbu kondominium yang disewa, tetapi tidak mustahil kalau teman serumah atau jiran sudah membuat aduan. Hati-hati! Jangan nanti beri kenyataan anda telah diperangkap pula.
|