Lembaga Peperiksaan siasat dakwaan kertas SPM bocor
KUALA LUMPUR: Lembaga Peperiksaan memulakan siasatan berkaitan aduan kebocorankertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013. Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan di sini, hari ini tindakan susulan segera juga akan diambil selepas siasatan lengkap dijalankan.
Sebagai sebuah institusi awam yang tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Lembaga itu bertanggungjawab untuk mengurusdan mengendalikan peperiksaan awam di Malaysia. Lembaga Peperiksaan sentiasa memelihara kredibiliti dan integriti pengendalian peperiksaan dengan mematuhi Arahan Keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Lembaga Peperiksaan sentiasa mengambil tindakan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan bagi memastikan pengendalian peperiksaan dijalankan dengan penuh integriti. Ini termasuk memberi taklimat peringatan dan amaran kepada semua petugas peperiksaan danpentadbir sekolah tentang pengurusan peperiksaan dan menyediakan Prosedur Standard Operasi serta Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan supaya petugas peperiksaan mematuhi prosedur pengurusan pusat peperiksaan. Lembaga Peperiksaan turut menjalankan pemantauan pusat peperiksaan dan bilik kebal di seluruh negara sepanjang penghantaran kertas soalan dan tempoh peperiksaan, menubuhkan Pasukan 'Flying Squad' bagi mempertingkatkan langkah keselamatan sepanjang tempoh peperiksaan dikendalikan. Ia juga menyediakan Bilik Gerakan Peperiksaan bagi menerima aduan dan maklum balas daripada pihak awam sepanjang peperiksaan dilaksanakan. "Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terbabit dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan untuk mematuhi segala prosedur yang ditetapkan demi menjamin keselamatan dan kewibawaan peperiksaan yang mempunyai kepentingan awam," menurut Lembaga Peperiksaan. Lembaga itu juga menghargai keprihatinan dan kerjasama semua pihak dalam memelihara integriti dan kredibiliti pengendalian peperiksaan itu.- BERNAMA
|
4
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aderaderker posted on 23-11-2013 06:01 PM
Kalo sejarah ke subjek lain boleh la..
Add math??hapal jawapan n jalan kira skali ke???
Muntz posted on 23-11-2013 07:43 PM
Kitorg dulu soalan bocor tu takder, tapi waktu exam amali utk Fizik, Kimia n Biologi, mmg cikgu akan ...
Maideen. posted on 23-11-2013 07:43 PM
Gomen servant biasa lah......... Bungkus kepala bukan main, kerja macam melayu - malas dan tak ama ...
dino posted on 23-11-2013 05:56 PM
ceh klau soklan add math.... bocor ke ape ke ka... klau tak reti nak buat fail jugak.....
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
18-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.060582 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.