CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Saya Umpama Cuci Tahi Dalam Seniman' - Zed Zaidi

25-11-2013 05:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10958| Komen: 55

Description: Terdahulu Dalam Sidang Media Berkenaan, Zed Zaidi Masih Mendapat Sokongan Kuat Apabila Sebahagian Besar Ahli-Ahli Yang Hadir Memberi Kepercayaan Untuknya Memimpin Persatuan Berkenaan Dalam Agm Akan Da ...
Saya Umpama Cuci Tahi Dalam Seniman' - Zed Zaidi         
                     

Zed Zaidi (depan; tiga dari kiri) sugul dengan situasi yang terjadi terhadap Seniman.

KUALA  LUMPUR: “Saya umpama mencuci najis,” demikian luah bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang terpaksa akur jawatannya telah gugur selepas Mahkamah Tinggi di sini Khamis lalu memutuskan semua ahli jawatankuasa  persatuan  berkenaan tidak sah.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33,  berkata, kesilapan yang dilakukan oleh pasukan pemimpin Seniman sebelumnya adalah satu perkara yang amat menyedihkan kerana ia turut mengheret kepimpinan terbaharu dalam kemelut tersebut sehingga peranan mereka dibatalkan.

“Saya umpama mencuci tahi orang. Bila kita dah cuci (tahi) itu bersih-bersih, ia jadi (tahi) semula. Kami adalah mangsa keadaan kerana kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu.

“Saya amat-amat sedih dengan keputusan mahkamah ini tetapi apa boleh buat. Saya terpaksa terima. Kami benar-benar teraniaya,” kata Zed Zaidi dalam satu pertemuan dengan kira-kira 50 ahli Seniman di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada  Sabtu.
Selain Zed Zaidi, pertemuan itu turut disertai beberapa bekas ahli jawatankuasa persatuan tersebut termasuklah bekas Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak.

Pertemuan itu diaturkan oleh Setiausaha Kerja Seniman 1 dan 2, Raja Mohd Faizal Raja Mohamad Anuar dan Juniza Maslan yang mengambil alih tugas  mengemudi persatuan buat sementara waktu. Zed berkata, semasa menjadi Presiden Seniman, pelbagai usaha telah dilakukannya  termasuklah berhasrat mewujudkan kad diskaun 1Malaysia untuk golongan artis, insurans serta perumahan rakyat bagi golongan berkenaan.


Sebahagian ahli-ahli menyatakan kesediaan mereka terhadap Zed Zaidi untuk memimpin pesatuan Seniman pada AGM akan datang.

Bagaimanapun usaha itu terbantut selepas beliau dan beberapa pemimpin lain telah gugur jawatan akibat arahan mahkamah. “Agenda saya dalam Seniman ini amat besar. Saya mahu meningkatkan darjat artis-artis yang sering dipandang  rendah agar terus dihormati, tetapi saya tidak berjaya,” katanya dalam keadaan yang cukup hiba.

Dalam pada itu Zahrin yang masih kekal jawatannya sebagai penasihat undang-undang persatuan itu berkata, walaupun tidak berpuas hati dengan beberapa perkara, pihaknya tidak berhasrat mencabar keputusan Mahkamah Tinggi sebaliknya menantikan pemilihan jawatankuasa baharu yang akan diuruskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa dua bulan bermula  21 November 2013.

Katanya, mereka tidak mahu membazir kerana sesuatu perkara yang dibawa ke mahkamah akan memakan masa yang lama selain melibatkan kos yang tinggi. “Sesuatu kes akan memakan masa yang lama kadang-kadang sehingga dua tahun. Malah, berkemungkinan besar ia memerlukan kos yang tinggi, mungkin lebih besar daripada kos yang sepatutnya pihak defendan diarahkan bayar,” katanya.

Ditanya pemberita sebagai penasihat undang-undang sejak  era Harun Salim Bachik sebagai presiden, kenapa beliau gagal menasihati ahli-ahli Seniman agar tidak meneruskan mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke 14  kerana pemimpin ketika itu gagal mengesahkan minit mesyuarat sebelumnya Zahrin berkata, ia diadakan selepas mendapat mandat ahli-ahli.

Katanya, majoriti ahli bersetuju untuk meneruskan AGM-14 walaupun Harun serta pemimpin-pemimpin yang lain memberi alasan tidak dapat membentangkan minit mesyuarat untuk disahkan kerana dokumen itu hilang selepas pejabat Seniman didakwa mereka telah dipecah masuk.
“Ahli-ahli telah bersetuju untuk meneruskan AGM-14 bagi memilih kepimpinan baru maka sebab itulah mesyuarat berkenaan diteruskan juga dan Zed Zaidi dipilih sebagai presidennya. Kami tidak menyangka ia akan jadi seperti ini,” katanya.

Terdahulu dalam sidang media berkenaan, Zed Zaidi masih mendapat sokongan kuat apabila sebahagian besar ahli-ahli yang hadir memberi kepercayaan untuknya memimpin persatuan berkenaan dalam AGM akan datang.


Suasana pertemuan sebahagian ahli-ahli Seniman yang ingin mengetahui nasib persatuan itu.

Sambil melaungkan kata-kata ‘hidup Zed Zaidi’ ahli-ahli Seniman itu antara lain memuji  Zed Zaidi antara pemimpin yang cekap dalam menjalankan tugasnya membela nasib artis-artis di negara ini. Pada Khamis  lalu,  Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi di sini Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Persatuan Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, di sini, adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar  (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut  memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.
Pada 25 Januari lepas lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap persatuan itu termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah  Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 24-11-2013 03:28 AM
go zaidi go! i sapot u!
Quote emelia1509 24-11-2013 03:40 AM
macam2 la...ada aku kisah..ada zed ni pun xde perubahan ape pun seniman tu..poyo je lebih..
Quote NAT_11 24-11-2013 08:45 AM
Kesian Zed Zaidi.
Cuci tahi, pun kena sabotaj.
Sudahlah Zed, biarlah orang lain pulak cuci taik tu.
Kalau memasing pegang jawatan sebab glamor, bukan nak cuci taik,
biarkanlah. Seniman pun bukan penting sangat pada retis ni.
So, elok relakslah......enjoy-enjoy cari makan.
Bila memasing dah terlantar sakit, pandailah diaorang
panggil reporter. mintak derma orang ramai di atas 'JASA-JASA'
mereka menghiburkan orang secara percoma selama ni........
Quote slyfynx 24-11-2013 08:55 AM
Pergh
nak kad diskaun untuk artis lak
Kdg2 rase cam melampau2 je permintaan ZZ ni
nk cermin gelap la
diskaun rumah la
diskaun barang la
bayaran lebih tinggi la
Chet, sumbangan ape?
Tgk yang skrg ni pun artis dok pegi obersea bercuti
Yang keje makan gaji dengan degree pun ade yang x merasa naik kpl terbang lg
Quote apalancut 24-11-2013 08:55 AM
mesti lepas ni dia masuk bberlakon balik. nntikan comeback zed zaidi, dlm drama2 tu seme mesti jadi dato2 n tan sri2 jee
Quote siti_kus 24-11-2013 09:16 AM
Mcm nak join team zed zaidi je.
Quote hafeeza 24-11-2013 09:35 AM
Sian zed zaidi
Quote tomet05 24-11-2013 09:42 AM
kannn sian la sikit .. x ttau nak kata camna
Quote cruisekeanu 24-11-2013 09:43 AM
Inilah akibat tak tahu undang-undang dan ghairah nak jadi Presiden
sampai tak sedar diri tak ikut syarat dilantik jadi Presiden
lepas tu pom pang pom pang sana sini buat perubahan
ini bukan "cuci tahi" bro .... inilah kerja orang yang tak ada kerja nak buat
bangla dan indon pun kena bayar kerja
awat hang dok lagu tu ehhh
Quote alexandria_iz 24-11-2013 09:48 AM
sorry ler. zed zaidi nie mungkin "nmpak" sikit buat kerja.

TAPI demand dia and segala ayat2 hujahan dia mostly kelaut. takde ilmu. artis2 low class suka laa kot. nk mintak kad diskaun laa, cermin gelap, perumahan rakyat laa. vey d stupid ok.
Quote chenta_dewi 24-11-2013 09:57 AM
Teringat mak aku cakap kalau kita ni buat kerja tak habis..

"Berak tak basuh"


kenapa melayu suka kaitkan tahi sbg mangsa? Kesian tahi
Quote orglama 24-11-2013 10:33 AM
Kalo baca betul2 artikel tu...pemimpin2 terdahulu ada bgtau x dpt sediakan minit mesyuarat tp ahli2 seniman yg sangap (i bet geng2 zz) nak teruskan jugak agm...x sabar nak pegang kuasa la tu...pas tu nak salahkan pemimpin sblmnya pulak
Quote awanindah 24-11-2013 11:11 AM
cuci taik ker tak .... awat la tak sambung jer benang yg sedia ada ...

Quote awanindah 24-11-2013 11:13 AM
orglama posted on 24-11-2013 10:33 AM
Kalo baca betul2 artikel tu...pemimpin2 terdahulu ada bgtau x dpt sediakan minit mesyuarat tp ahli2  ...

Indeed

yang lama tak puas hati ... ada yg baru pulak tak sabar nak naik takhta ...
Quote jargon 24-11-2013 05:46 PM
memang nampak kemaruk pon dia ni..kejap nak tanding jawatan pemuda amno lah...nak jadi ahli poltitik la tu...terlepas harapan zed zedi ni nak dapat datuk...........
Quote beta_carotene 24-11-2013 07:12 PM
antara taik yang dia xsempat cuci ialah pembasmian forem cari..
Quote aulya 25-11-2013 10:02 AM
orang macamni yg patut jd presiden.. boleh buat kerja, dah jadi camni pulak
Quote arira_arora 25-11-2013 10:05 AM
hurm.. kesian niat die murni... tp di slh erti...
tkper la.. bukan rezeki..
Quote aseela 25-11-2013 10:20 AM
dia dah buat yang dia rasa patot...dan ada pulak yang menyokong wp dah di lucut dek kesilapan teknik...
pemimpin perlukan orang yang mahu di pimpin...gud luck Zed

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.064585 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top