CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Mirage Segmen B Hatchback Pertama Mitsubishi

5-12-2013 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5826| Komen: 0

Description: Untuk Sebuah Kereta ‘Eko’, Cara Mirage Mengendalikan Selekoh Juga Responsif Dan Maklum Balas Stereng Juga Sangat Tepat Di Mana Beratnya Disesuaikan Sebaik Kelajuan Ditingkatkan. Walaupun Terdapat Ol ...

Mitsubishi Mirage generasi ke-6

Lupakan tentang Ford Fiesta atau Volkswagen Polo. Saya tahu, anda tahu dan hampir semua orang mengetahui mereka adalah super mini terbaik dalam kelasnya: Bukan sahaja begitu menyenangkan untuk dipandu bahkan selesa duduk di dalam.

Tetapi bagi sesetengah pihak, mereka tidak mengendahkan perkara tersebut. Pemanduan dan pengendalian? Persepsi kualiti? Kegembiraan dan ambil kira tentang reka bentuk? Tidak, bukan itu. Mereka inginkan: nilai, ruang, beberapa kit, kos penyelenggaraan yang rendah dan ketenangan fikiran jangka panjang.

Nah, ini untuk mereka! Mitsubishi Mirage generasi ke-6. Mitsubishi menunggu hampir 10 tahun untuk memperkenalkan yang baharu. Selama 34 tahun pelbagai nama digunakan mengikut pasaran negara yang dibawa masuk.

Majoriti menggunakan nama Colt dan Lancer Fiore. Selain dua nama berkenaan, ada juga nama yang sudah pun lenyap dan diberi nafas baru. Dan bagi model baharu kali ini ia menggunakan kembali nama Mirage.

Pertama kali dipertontonkan pada Geneva Auto Show 2011, akhirnya Mirage dipasarkan pada 2012. Mirage tiba di pelabuhan negara tahun lalu dengan kapasiti enjin 1.2 liter tiga silinder dengan sistem MIVEC.

Seperti yang anda boleh lihat, dari segi bentuk badan, Mitsubishi cenderung memilih rekaan ringkas dan bukannya menjadikan ia lebih menonjol, menjerit untuk perhatian.

Bagi mereka yang inginkan sedikit sentuhan menyerlah, Mitsubishi menawarkan dua pakej aksesori tambahan iaitu Pakej Aero yang terdiri daripada skirting hadapan, sisi dan belakang, kemasan kulit dan penutup minyak Ralliart atau Pakej Krom yang datang dengan lampu kabus hiasan krom, bampar hadapan krom dan plat scuff.

Masuk ke bahagian dalam, kereta mugil ini bermain aman dengan hanya menampilkan warna monotone (hitam) untuk varian GS dan GL.. Bagaimanapun untuk sesi Pandu Uji kali ini Pemotoran menerima varian GS yang didatangkan butang start\stop, sistem audio 2-din Kenwood dengan sambungan ipod dan USB serta Isofix. Ciri berkenaan meletakkan Mirage satu langkah ke hadapan dari kereta kompak dalam pasaran.

Ruang kaki dan kepala di bahagian hadapan juga begitu pemurah dan sifat dermawan tersebut diteruskan ke bahagian belakang. Seorang rakan dengan tinggi 170 sentimeter (cm) masih dapat duduk dengan selesa walaupun ketika itu penumpang hadapan berketinggian 174cm. Tetapi penyandar kerusi belakang yang sedikit menegak menimbulkan rasa kurang enak untuk perjalanan jauh.


Kereta kompak kota  


Tingginya tingkat kesesakan jalan raya di kota menjadikan kereta berdimensi kecil dipilih banyak orang. Peluang ini dilihat oleh Mitsubishi Motors Malaysia lalu meluncurkan kereta pertamanya dalam segmen-B hatchback di pasaran Malaysia.

Kereta Eco berkenaan mampu menghasilkan kuasa sehingga 78PS pada 6000rpm dan tork puncak 100Nm pada 4,000 rpm. Berat badan Mirage cukup ringan sekadar 850 kilogram (kg) bagi model automatik sementara manual 825kg.

Walaupun angka itu mungkin mencadangkan bahawa Mirage adalah sebuah kereta merendah diri dari segi prestasi, Mirage sebenarnya sangat lincah. Sebuah kereta bandar menyeronokan.

Saat pedal gas ditekan, akselerasi terasa cukup baik. Memandunya mengharungi keadaan sesak adalah sesuai dengan situasi perkotaan negara. Mesin tiga silinder nampak bertenaga di putaran awal. Saya sengaja tidak menekan pedal minyak hingga tuntas kerana ingin merasakan tenaga enjin Mirage di awal perjalanan.

Pada saat kelajuan bertambah dan jarum menunjuk angka 80 kilometer sejam (km/j), suara enjin mulai masuk ruang kabin dan agak terasa melayang namun perpindahan gear cukup halus. Cukuplah kesenangan berkendara di kelajuan sedang.

Keadaan jalan yang mengharuskan kenderaan untuk stop dan go dalam kesesakan nyata dapat diadaptasi dengan baik oleh Mirage. Tenaga meski perlahan mampu mengikuti keinginan kaki saat menekan minyak untuk maju.

Pada saat memasuki lebuh raya barulah saya meningkatkan kelajuan. Sememangnya bukan peruntukan kereta ini berjalan kencang meskipun ia sanggup mengeluarkan tenaga 78PS. Enjin bertindak balas cepat apabila minyak ditekan agresif dan mampu mencatatkan kelajuan lebih daripada 140 (km/j) dengan mudah.

Untuk sebuah kereta ‘eko’, cara Mirage mengendalikan selekoh juga responsif dan maklum balas stereng juga sangat tepat di mana beratnya disesuaikan sebaik kelajuan ditingkatkan. Walaupun terdapat olengan badan, ia  dalam kadar yang kecil.

Selain itu, menurut Mitsubishi, Mirage mampu menyampaikan penggunaan bahan api purata sekitar 21 km/liter, nilai yang biasanya dicapai oleh kereta hibrid. Namun, dua hari memandu Mirage melalui jalan bandar dan lebuh raya sejauh 298km, Mirage memberikan nilai 16.4 kilometer/liter. Hasil ini sedikit boros dibandingkan rekod media lain yang menyertai sesi pandu uji ke Melaka dengan purata 23 hingga 30km/l. Ia masih boleh diterima kadar penggunaan petrol kerana ada beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi hasil ini ditambah beberapa kali ia dipacu cukup agresif oleh saya ditambah dengan barangan penuh di belakang but serta pendingin hawa yang ditetapkan pada suhu terendah.

Satu lagi perkara menarik, jika diperhatikan pada tuil gear automatik, selepas D terdapat satu mod lain dengan simbol B (brek). Ia adalah mod enjin brek di mana enjin akan dikunci pada gear 3 dengan perbandingan besar. Efeknya ternyata akselerasi menjadi lebih responsif dan ketika menurun bukit tidak perlu menekan pendikit kerana ia sendiri akan melakukan enjin brek.


Tombol gear didatangkan dengan kemasan kulit dan penghantaran kuasa juga cukup responsif.


Speedometer saiz besar di tengah mudahkan pemandu untuk melihat.


Luas kabin cukup selesa buat penghuni Mirage dan tampil ringkas.


2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.047778 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top