CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Tips Cantik Dengan Gincu Merah

20-12-2013 05:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12780| Komen: 50

Description: Sesetengah Gadis Kadangkala Akan Merasa Malu Untuk Memakai Gincu Merah Yang Mana Malu Dipandang Jejaka Dan Sebagainya Tetapi Ketahui Gadis Yang Memakai Gincu Merah Ini Sebenarnya Lebih Kelihatan Jelit ...
Sesetengah gadis kadangkala akan merasa malu untuk memakai gincu merah yang mana malu dipandang jejaka dan sebagainya tetapi ketahui gadis yang memakai gincu merah ini sebenarnya lebih kelihatan jelita dan mengancam kerana merah itu melambangkan keberanian bukan.

Malahan gadis yang memakai gincu merah itu juga menonjolkan aura dan imej positif selain mampu menarik perhatian jejaka yang melihatnya. Janganlah takut untuk mempamerkan sesuatu yang luar dari kebiasaan kerana percayalah bibir yang merah itu juga dapat menambahkan keyakinan anda apabila berhadapan dengan orang ramai.

Ikalkan rambut anda
Rambut itu adalah aset buat semua wanita, pendek kata rambut itu boleh dianggap sebagai mahkota yang mana pasti akan dijaga dan disisir rapi untuk sentiasa kelihatan cantik. Selain itu, rambut memainkan peranan dalam membentuk wajah seseorang, jadi apa kata sesekali tukar imej seperti gaya 'pixie' untuk nampak lebih ganas. Namun pastikan rambut anda bewarna hitam bukannya perang. Barulah nampak seperti 'rockstar'.

Bergaya ala 'sporty'
Bergincu merah itu tidak bermakna anda tidak boleh bergaya formal dan kasual, tetapi jika kena pada gaya anda boleh mengenakannya kerana gabungan ikatan rambut yang menarik serta seluar jeans skinny yang sempoi anda pasti kelihatan manis dan mempesona.Gaya itu macam-macam anda, yang penting kenalah yakin pada diri.

Cuba gaya klasik
Tidak salahnya jika kamu ingin mencuba gaya fesyen seperti gadis klasik di dalam zaman serba moden ini. Ianya kerana warna merah di bibir pasti sudah mencukupi untuk menyerlahkan lagi diri anda disamping teknik make up yang 'simple' dan pakaian bewarna keemasan anda pasti tampak lebih klasik dan seksi.

Tidak perlu cerewet
Elakkan dari terlalu cerewet dan beria-ria ketika bersiap. Cukuplah sekadar ikat sanggul agar nampak kemas selain jangan lupa untuk calitkan gincu di bibir kerana apabila anda terlibat dengan pekerjaan yang memerlukan sentiasa tampil elegan, bibir merah pasti menjadi penyelamatnya kerana apabila anda nampak yakin dengan penampilan, anda pasti akan dapat pujian. Jadi tak perlulah terlalu cerewet.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote neeria 19-12-2013 10:08 PM
i pon baru berjinak2 pakai gincu merah.. hehe. baru2 ni beli lady danger by mac. more to orange tone and matte..suka. duk sebatu org dh nampak.. next nk try ruby woo or russian red gak. lawo gak tu
Quote qasehnuramy 20-12-2013 02:15 PM
neeria posted on 19-12-2013 10:08 PM
i pon baru berjinak2 pakai gincu merah.. hehe. baru2 ni beli lady danger by mac. more to orange tone ...

heheheheh..qaseh xpakai gincu...
klu pakai rasa sayang nk makan lepas tu..takut abis
Quote md_nana 20-12-2013 05:47 PM
Baru2 ni kawan aku p try lipstick maybelline warna merah cili yg merah gile.
Aku terus ckp, da macam jalan*. Hahahaha
Quote bunnybucukcomel 21-12-2013 08:04 AM
This is my red lippy using lipstick queen. First time tried I was really nervous.  Tapi lama2 I feel ok & it gave me more konfident.
Quote bunnybucukcomel 21-12-2013 08:10 AM
Lagi satu tak semua kaler red kita sesuai... sama mcm kaler nude...some colour nampak tengelam n some can aging. Since I look younger & need to look more older with my peers, bunny mmg pilih kaler nie. If not gradually start with coral & then start lighter family of red.
Quote azz_azza 21-12-2013 09:07 AM
[URL=http://s116.photobucket.com/user/azz_arhaza

Satin  M.a.c. red a23
Quote qasehnuramy 21-12-2013 10:35 AM
azz_azza posted on 21-12-2013 09:07 AM
Satin  M.a.c. red a23

cantik
Quote ira79 25-12-2013 12:34 AM
MAC Santiago has been my favourite for soooo long.. I think I have bought more than 5. tapi sayangnya dah discontinued.. lepastu tak pakai kaler merah dah.. switched to pink shade.. or just gloss... skarangni kalau nak try merah pun rasa mcm its too red... mcm fake..
Quote iloveyou 25-12-2013 10:52 AM
Tgh addicted ngn stila stay all day liquid lipstick. Cm gambar bwh ni. Pic dr google je. Warne beso 10



Quote bunnybucukcomel 28-12-2013 02:39 AM
Ini my red collection.

From far left Lipstick queen- Billie Jeans, NYX-Italian Chic, Elizabeth Arden- Pink Punch,MAC - Ruby Woo,Rimmel London -Kate Moss 01, Nars - Dressed to kill, Lipstick Queen -Velvet in shade Brat pack.

My favourite is MAC Ruby Woo but now Lipstick Queen Brat pack is the new winner.  
Quote DIYAnIFA 29-12-2013 02:10 AM
yeayyyyy i suka red.. hehe.. sumtime red, sumtime pink, sumtime scarlet

yg x pkai color berry coklat..  nude pun x..  slalu berkenan nude tp end up bg org.. sbb x sesuai..
Quote neeria 29-12-2013 08:12 PM
bunnybucukcomel posted on 28-12-2013 02:39 AM
Ini my red collection.

From far left Lipstick queen- Billie Jeans, NYX-Italian Chic, Elizabeth A ...

mac ruby woo mmg lawa...
Quote qasehnuramy 1-1-2014 11:22 AM
bunnybucukcomel posted on 28-12-2013 02:39 AM
Ini my red collection.

From far left Lipstick queen- Billie Jeans, NYX-Italian Chic, Elizabeth A ...

wow byk nya collection lipstick...
Quote iloveyou 1-1-2014 10:11 PM
Baru beli lipstick mac chilli. Merah+oren cket
Quote makadek 2-1-2014 01:15 AM
nabila huda suka kai kaler merah
Quote jahcomel 2-1-2014 09:39 AM
pakai kaler merah wat kita lbh bkeyakinan tau...muka pucat jd bseri
Quote qasehnuramy 2-1-2014 09:59 AM
jahcomel posted on 2-1-2014 09:39 AM
pakai kaler merah wat kita lbh bkeyakinan tau...muka pucat jd bseri

tp hitam nmpk gothic.....suka la warna tu....
tp xtahu nk pakai g mana plak...
skrg org xpakai dah warna tu

Quote jahcomel 2-1-2014 10:02 AM
makadek posted on 2-1-2014 01:15 AM
nabila huda suka kai kaler merah

nabila ni bla pakai gincu merah muke dia nmpak cerah kn...
Quote jahcomel 2-1-2014 10:16 AM
qasehnuramy posted on 2-1-2014 09:59 AM
tp hitam nmpk gothic.....suka la warna tu....
tp xtahu nk pakai g mana plak...
skrg org xpakai d ...

kalu itam nnti muke nko nmpak mayat...nko pakai je merah...merah pn byk jnis gak...nnti wajahmu nmpak cerah...xcaye try lee

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.064639 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top