CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Caj Rawatan Hospital, Klinik Kerajaan Kekal Rm1

24-12-2013 04:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3975| Komen: 9

Description: Segamat: Kementerian Kesihatan Memberi Jaminan Caj Rawatan Di Hospital, Klinik Serta Pusat Kesihatan Kerajaan Seluruh Negara, Akan Kekal Pada Kadar Lama.


Segamat: Kementerian Kesihatan memberi jaminan caj rawatan di hospital, klinik serta pusat kesihatan kerajaan seluruh negara, akan kekal pada kadar lama.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kerajaan tidak bercadang untuk menyemak atau menaikkan kadar caj rawatan itu walaupun ia disifatkan sebagai antara terendah di dunia.





Rakyat Malaysia mungkin paling bertuah di dunia kerana pada kadar paling minimum atau RM1, mereka boleh mendapat pelbagai jenis rawatan di hospital kerajaan. 


Dalam tempoh terdekat ini, kita tiada cadangan untuk menaikkan kadar caj sedia ada.

“Walaupun kita mengenakan kadar caj minimum dan rendah, kerajaan akan terus merangka sistem kesihatan lebih menyeluruh supaya rakyat terus menikmati penjagaan kesihatan lebih baik dan berkualiti,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan dewan serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jementah, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keluhan rakyat berikutan kenaikan kos sara hidup yang dianggap membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini.
Sementara itu, Subramaniam berkata, pasukan penguatkuasa yang disertai kakitangan Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan digerakkan bagi membuat pemeriksaan serta pemantauan di kawasan pembiakan Aedes, termasuk empat kawasan membimbangkan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pulau Pinang, Melaka serta Negeri Sembilan.

“Penguatkuasa diarah mengambil tindakan tegas di kawasan pembiakan yang serius terutama kepada pemilik premis yang melakukan kesalahan secara berulang, dengan mengheret mereka ke mahkamah.

“Bagaimanapun, jika mereka melakukan kesalahan pertama mungkin tindakan kompaun boleh diambil bagi menyedarkan mereka terhadap bahaya Aedes dan denggi kepada masyarakat,” katanya.

Subramaniam berkata, petugas kesihatan termasuk doktor juga diarahkan berjaga-jaga jika merawat pesakit yang mengalami simptom demam dengan mengarahkan mereka membuat pemeriksaan darah segera.

“Ini berikutan banyak pesakit mengalami demam denggi lewat mendapatkan rawatan sehingga mendapat komplikasi serius. Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai turut mengambil langkah pencegahan iaitu berjumpa doktor dengan segera jika mengalami simptom demam bagi mengelak komplikasi denggi merebak,” katanya.

5

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 23-12-2013 06:44 PM
aku takut dengan perkataan jamin jamin ni, tang dia jamin ni lah yang naik kemudian hari
Quote R2D2 23-12-2013 06:54 PM
Kassim_Patalon posted on 23-12-2013 06:44 PM
aku takut dengan perkataan jamin jamin ni, tang dia jamin ni lah yang naik kemudian hari

kalau yg JAMIN org umno
jgn percaya bulat-bulat
tu petua orang dulu-dulu...
Quote pakwetizzaqyah 23-12-2013 07:35 PM
kadar sama servis menyial...foolstop
Quote TuntungReturn 23-12-2013 07:36 PM
pakwetizzaqyah posted on 23-12-2013 07:35 PM
kadar sama servis menyial...foolstop


bayar rm1 nak servi vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvip ka lobai?
Quote mommymonster82 23-12-2013 07:40 PM
Warga asing pon dok igt dorg pon kena caj rm 1 jugak tu yg ramai penuh kt hospital..
Xboleh ker bt hospital asing utk dorg ni?
Quote pakwetizzaqyah 23-12-2013 07:47 PM
TuntungReturn posted on 23-12-2013 07:36 PM
bayar rm1 nak servi vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvip ka lobai?

apa signifikan bayar rm1 itu lobai?
Quote vespa_oren 23-12-2013 07:49 PM
R2D2 posted on 23-12-2013 06:54 PM
kalau yg JAMIN org umno
jgn percaya bulat-bulat
tu petua orang dulu-dulu...

bukan dulu diaorg nak hapus subsidi kesihatan ganti insurans kesihatan, topik nie pernah dibincang secara hangat di C.I dulu

menteri kesihatan tukar terus diam benda tu, syarikat insurans pun terdiam, tpi mungkin akan timbul semula
Quote freebird 23-12-2013 07:53 PM
sekejap cakap nak bengkerap kalau tak buang sabsidi, sekejap cakap nak maintain rm1....
cakap berbelit2 macam kel1ng!!!
Quote pakwetizzaqyah 23-12-2013 08:09 PM
freebird posted on 23-12-2013 07:53 PM
sekejap cakap nak bengkerap kalau tak buang sabsidi, sekejap cakap nak maintain rm1....
cakap berbe ...

dah menter1 kes1hatan malays1a 1tu pun kel1ng...nk buat cemane?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.090364 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top