CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengapa Pas Tidak Menjadi Mb Selangor?

10-2-2014 01:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7943| Komen: 132

Description: Jika Ini Berlaku, Maka Yang Pasti Ialah Akan Berlakunya Dun Yang Tergantung. Apabila Berlaku Dun Yang Tergantung, Siapakah Yang Layak Menjadi Mb Selangor? Jawapan Kepada Pertanyaan Ini Telah Saya Binc ...
Mengapa Pas tidak menjadi MB Selangor?

 
Dr Mohammad Agus Yusoff
                                           
                        
SEORANG rakan bertanya saya, dengan andaian DS Anwar Ibrahim kalah dalam PRK Kajang, masih perlukah Pas memberikan ruang kepada PKR untuk menjadi MB lagi?
       
Soalan ini timbul kerana dalam PRU-13 yang lalu, Pas merasakan partinya telah kuat di Selangor setelah memenangi 15 kerusi. Pas lupa bahawa DAP juga memenangi 15 kerusi. Parti lain yang memenangi kerusi ialah PKR 14 dan BN 12 kerusi. Dengan jumlah 56 kerusi Dun semuanya, Pas perlu memenangi minimum 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri secara sendirian.
       
Adakah Pas mempunyai kerusi sebanyak itu? Pas tidak mempunyai kerusi itu. Hatta jika Pas bergabung dengan BN (Umno) pun, Pas akan hanya mempunyai 27 kerusi dan masih belum boleh membentuk kerajaan.
       
Tapi Pas tidak berbaik dengan BN. Kawan Pas dalam PRU-13 ialah PKR dan DAP. Tetapi DAP tidak menyokong calon as untuk menjadi MB. DAP menyokong calon Melayu dari PKR, maka sebab itulah TS Khalid Ibrahim dari PKR yang menjadi MB.
       
Maka, apa lagi isunya yang Pas tidak puas hati? Apakah kerana DAP tidak menyokong calon Pas untuk menjadi MB, maka kita boleh katakan DAP membuli Pas? Saya tidak nampak begitu.
       
Oleh itulah, jika Pas tidak berpuas hati dalam soal calon MB ini, Pas jangan menyokong calon PKR menjadi MB. Jika itu berlaku, maka hanya DAP dan PKR sahaja yang perlu mendapat 29 kerusi untuk membentuk kerajaan. Jika DS Anwar Ibrahim memang dalam PRK Kajang nanti, maka PKR dan DAP masih lagi mempunyai suara majoriti untuk mencalonkan MB mereka.
       
Tetapi sekiranya DS Anwar Ibrahim tewas dalam PRK Kajang dan Pas tidak menyokong calon PKR untuk menjadi MB, maka kedudukan kerusi ialah 28 kerusi bagi DAP dan PKR, Pas 15 kerusi dan BN 13 kerusi.
       
Jika ini berlaku, maka yang pasti ialah akan berlakunya Dun yang tergantung. Apabila berlaku Dun yang tergantung, siapakah yang layak menjadi MB Selangor? Jawapan kepada pertanyaan ini telah saya bincangkan dalam posting saya bertarikh 2 Mei 2013 mengenai parlimen tergantung.
       
Satu pertanyaan menarik sebelum saya tutup perbincangan ini ialah, puas hatikah Pas apabila calon PKR tidak lagi menjadi MB Selangor? Puas hatikah Pas apabila wujudnya Dun tergantung di Selangor? Apakah Pas merasakan kedudukan mereka akan kekal kuat tanpa kerjasama dalam PR?
       
Aduhai, sikap pemimpin politik kita sukar untuk kekal konsisten.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rawahah 9-2-2014 04:05 PM
pas taknak jawatan katanya.. biarpun kalau menang 35 kerusi kat selangor pun, tapi pas ikhlas kerana Allah katanya..

jawatan mb semua tu dunia
Quote wawantow 9-2-2014 04:07 PM
suka dia lah..parti dia....
Quote Muntz 9-2-2014 04:09 PM
Soalan yg sama boleh ditanya sebelum 2008 dulu bila kerusi DUN Pulau Pinang paling banyak dimenangi UMNO, tetapi tetap Gerakan juga dipilih menjadi KM.
Quote slippergombak 9-2-2014 04:13 PM
Muntz posted on 9-2-2014 04:09 PM
Soalan yg sama boleh ditanya sebelum 2008 dulu bila kerusi DUN Pulau Pinang paling banyak dimenangi  ...

Ciss... ko dah tahu ini soalan peberet aku, ko dah tanya dulu....uwaaaaa
Quote wawantow 9-2-2014 04:13 PM
kalau pas tak jadi mb , harga kangkung jd mahal kt mesia ni .....

atau kalau pkr jd mb duit yg sarizat sapu rm250juta tu dibahagi2kan kat forumer cari ni ke

kalau x ada efek, so why bother
Quote highcastle 9-2-2014 04:15 PM
Muntz posted on 9-2-2014 04:09 PM
Soalan yg sama boleh ditanya sebelum 2008 dulu bila kerusi DUN Pulau Pinang paling banyak dimenangi  ...

Apa kata TT..? Atau itu layennnnnnnnnnnn..............
Quote DTECCONAN 9-2-2014 04:16 PM
lor, salah PAS ker kalah Dun tergantung?
PAS tak ada masalah kalau Khalid Ibrahim jadi MB tetapi tak akan bg dekat Anwar ataupun Azmin
sepatutnya salahkan PKR yg menghuru-harakan kerajaan Selangor, bukannya PAS
rasa2nya kalau ada calon yg sesuai tak salah PAS sokong PKR
persoalannya kenapa dikatakan DAP menolak calon dr PAS? kenapa DAP hanya perlu sokong calon dr PKR?
kalau DAP menolak calon PAS, tak jadi masalah tetapi apabila PAS menolak calon PKR bukan Khalid Ibrahim PAS dipersalahkan
Quote kucingTomey 9-2-2014 04:21 PM
sakit punggung detekted??mihahahahahhaahhah jenuh sakit pale bana pikir sape nak jadi mb......kita umno taw...kikikikikiki
Quote batu kikir 9-2-2014 04:23 PM
Hudud ke hulu ........... hudud ke hilir.
Nak menegak yang hak pun takut apatah lagi nak menegak Islam. Pas bacul .......... setiap Muslimin PAS, kxtx buang bagi makan anjing je lah.

P/s Parti cilakak ni satu sen pon tak dak guna.
Quote Muntz 9-2-2014 04:28 PM
slippergombak posted on 9-2-2014 04:13 PM
Ciss... ko dah tahu ini soalan peberet aku, ko dah tanya dulu....uwaaaaa

Harus ler. Ko lambat sangat.
Quote Muntz 9-2-2014 04:29 PM
highcastle posted on 9-2-2014 04:15 PM
Apa kata TT..? Atau itu layennnnnnnnnnnn..............

PAS bagi org Melayu PKR jadi MB, UMNO bagi org Cina Gerakan jadi KM. Sama jer kot kan.
Quote karengkang 9-2-2014 04:43 PM
Muntz posted on 9-2-2014 04:29 PM
PAS bagi org Melayu PKR jadi MB, UMNO bagi org Cina Gerakan jadi KM. Sama jer kot kan.

Itu layennnn..
DAP kapir harbi tawww
prrrrrfffttttttt
Quote highcastle 9-2-2014 04:43 PM
Muntz posted on 9-2-2014 04:29 PM
PAS bagi org Melayu PKR jadi MB, UMNO bagi org Cina Gerakan jadi KM. Sama jer kot kan.

Masalahnya PAS majoriti melayu bagi kat PKR majoriti melayu, tapi yg Penang UMNO majoriti melayu bagi kat Gerakan majoriti cina.. tak berapa nak sama..... Last edited by highcastle on 9-2-2014 04:45 PM

Quote mehmet 9-2-2014 04:43 PM
takyah aa PAS jadi MB selangor...sbb apa?  nanti PAS nak jawab ke pasal kilang arak?  berpusing modal umno totok masa tuu
Quote tobobon 9-2-2014 04:50 PM
Muntz posted on 9-2-2014 04:28 PM
Harus ler. Ko lambat sangat.

maaf ya mod. saya rasa thread ini patut dialihkan ker politik tempatan.

sebab thread ni berbaur politik
Quote dasatgiler 9-2-2014 04:51 PM
Sebenarnya PAS nak tolong UMNO bila DUN tergantung.. UMNO akan buat rampasan kuasa masa tu nanti.. Tak caya cer tanya Rafizi sbb dia jer yg boleh terpikir strategi UMNO tahap tertinggi.. :lol
Quote angura 9-2-2014 04:55 PM
Mencicit tuan tanah kedaung nk jwb persoalan kt penang..hahahahaha

Kuman seberang laut nmpk..gajah break dance dpn mata xnmpk..
Quote wawantow 9-2-2014 05:00 PM
igt profesor pnya hujah kt mesia ni power sgt ke ? kalau kt negara lain mmg byk profesor power....

kt mesia ni kan dah terkenal banyak profesor kangkung je
Quote BelovedTaeyeon 9-2-2014 05:04 PM
Salaam.

Kenapa umNO tak menjadi MB Selangor?


Opppssss....dulu dah jadi tapi stok bengap
Tak reti bersyukur.
Bekas MB Selangor sedang struggle dengan kes rasuah di Mahkamah.

Meroyan umNO; insha allah, takkan merasa kau lagi nak tadbir Selangor.
Last edited by BelovedTaeyeon on 9-2-2014 05:11 PM

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.105627 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top