CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

201 Kelahiran Bayi Direkod Di Sekolah

6-3-2014 05:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4773| Komen: 8

Description: Melaka: Pusat Perlindungan Remaja Hamil, Sekolah Harapan Di Jasin Mencatatkan Sebanyak 201 Kelahiran Bayi Sejak Penubuhannya Pada September 2010.


MELAKA: Pusat perlindungan remaja hamil, Sekolah Harapan di Jasin mencatatkan sebanyak 201 kelahiran bayi sejak penubuhannya pada September 2010.
   
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata sehingga kini seramai 216 remaja hamil dari seluruh negara ditempatkan di sekolah berkenaan dengan mencatatkan 14 penghuni pada 2010; 2011 (84); 2012 (51); 2013 (61) dan enam penghuni bagi dua bulan pertama tahun ini.  
   
"Perbelanjaan keseluruhan sekolah adalah ditanggung oleh Majlis Agama Islam Melaka dengan pengisian keagamaan dijalankan pada sesi pagi manakala sesi petang diisi dengan pelajaran akademik," katanya ketika menjawab soalan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai perkembangan pusat perlindungan itu pada persidangan pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di sini, hari ini.
    

Gambar hiasan


Katanya dalam tempoh itu juga sebanyak 28 penghuni mengambil peperiksaan awam dengan 21 orang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (7).
   
Dalam sidang akhbar selepas itu, Latipah berkata bayi berkenaan kebanyakannya dijaga oleh ibu kandung mereka selain ada yang diserah kepada keluarga angkat.
   
Katanya pihak Sekolah Harapan turut melakukan pemantauan berkala terhadap remaja terbabit yang kembali kepada keluarga masing-masing setelah habis tempoh berpantang.
   
"Sehingga kini, kita tidak menerima sebarang aduan mengenai kes pengabaian bayi dan juga tiada laporan mengenai berulangnya kes hamil di luar nikah," katanya. – Bernama
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weeween 8-3-2014 06:48 PM
Moga adik2 insaf. Dh keluar nnti jd la org yg berguna.
Quote mak_wa95 8-3-2014 09:28 PM
Sekolah untuk melahirkan bayi....so terlahirlah bayi di situ...bayi  graduan..
Quote cmf_herrhughie 8-3-2014 10:12 PM
Prrrffff...Melaka maju, bagi bayi attend class juga...
Quote BotakChinPeng 8-3-2014 10:34 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=789820
Quote Dovahkiin 9-3-2014 07:21 AM
Ada usaha yang baik, apa salahnya. Walaupun dosa sebanyak buih2 di lautan, jika kembali ke jalan Allah S.W.T, insyaAllah akan diampunkan. Inilah usaha yang dijalankan untuk memimpin mereka ke jalan Allah S.W.T. Semoga pegawai2 yang ikhlas dalam mendidik mereka ni dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Quote hbad 9-3-2014 08:19 AM
Bagus melaka ni ada sekolah hendry gurney juga...
Quote masa_lalu 9-3-2014 09:08 AM
datang dari seluruh negara, ok lah dari negeri lain tak bagi langsung peluang kedua
nak harap negeri serambi mekah jgn harap, yg penting rotan 100 kali bagi mereka
Quote Muntz 9-3-2014 09:42 AM
Thread dah ada. Sila ke sini: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=789820

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.219855 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top