novelloverzz Publish time 29-12-2023 10:40 AM

Tips simpan tepung tahan lama tak rosak, berulat!

MUNGKIN ada sebilangan daripada anda gemar membeli barangan asas seperti gula, beras, susu dan tepung dalam kuantiti yang banyak untuk simpanan stok.

Namun, pasti adakalanya rasa bimbang jika barangan itu rosak tanpa kita sedar.

Justeru itu, anda seharusnya ketahui tips menyimpan stok makanan yang betul supaya tak rugi di kemudian hari!

Jom ikuti perkongsian seorang wanita, Mastura Fuad mengenai cara simpanan tepung untuk tempoh lama.

Cara simpan tepung tahan lama:
https://mediavariasi.com/wp-content/uploads/2023/12/412974610_679300490992429_426673533275961337_n-e1703643326595.jpg
Foto:FB Mastura Fuad

[*]Simpan tepung yang dibeli dalam peti sejuk selama dua minggu – nak simpan seminggu pun boleh tapi saya prefer lebih lama
[*]Tujuan – untuk matikan segala kutu atau telur-telur ulat tepung yang ada dalam itu, jangan risau tepung itu takkan beku
[*]Kemudian, keluarkan tepung dan letak dalam suhu bilik hingga hilang sejuk dan wap
[*]Lap kering-kering peket bungkusan tepung tadi dan simpan dalam zipper bag. Guna 2 zipper bag untuk setiap peket tepung
[*]Untuk second zipper bag, masukkan berlawan arah bahagian lock/kepala zipper bag itu. Jadi double layer secure dari segala kutu yang mungkin masuk jika plastik tu bocor
[*]Lastly, simpan dalam balang plastik kuih raya atau tong putih food standard yang macam tong cat tu untuk bigger capasity
[*]Inshaa Allah tepung tahan lama tak berulat

Moga bermanfaat!
source: https://mediavariasi.com/2023/12 ... -tak-rosak-berulat/

Yoonggi Publish time 5-2-2024 12:25 PM

oh mcm tu. aku tgk mak aku simpan lam petiais. aku pun now simpan lam petiais je.

mish12 Publish time 17-3-2024 07:00 PM

Artikel ini memberikan tips yang sangat berguna untuk menyimpan tepung agar tetap segar dan bebas dari serangga atau jamur. Mengetahui cara yang tepat untuk menyimpan tepung adalah penting untuk memastikan kualitas dan keamanannya tetap terjaga dalam jangka waktu yang lama. Saya terutama menghargai saran-saran praktis seperti menggunakan wadah kedap udara dan menyimpan tepung di tempat yang sejuk dan gelap. Dengan mengikuti tips ini, kita dapat menghindari pemborosan dan memastikan bahwa persediaan tepung kita selalu siap digunakan dengan baik. Terima kasih atas informasinya yang bermanfaat!




Pages: [1]
View full version: Tips simpan tepung tahan lama tak rosak, berulat!


ADVERTISEMENT