mattzzx Publish time 24-4-2024 11:00 AM

Rihanna malu tengok penampilan seksi ketika muda

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F23%2F2657878.jpg
Rihanna malu imej seksinya sebelum ini.

PENYANYI Rihanna berasa malu melihat kembali penampilannya yang seksi di awal kemunculannya sebagai penyanyi sekitar 18 tahun lalu.

Rihanna atau Robyn Rihanna Fenty, 36, berkata, perasaan malu itu timbul setelah dia bergelar seorang ibu dan menyesal dengan pemilihan pemakaiannya sebelum ini.

"Apabila dikenangkan kembali saya sendiri tidak percaya penampilan saya begitu sampai pernah memakai busana menampakkan puting payudara!

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/23/2657879.jpg

Rihanna bersama ASAP Rocky dan anak lelaki mereka.

"Sejak bergelar seorang ibu, saya menganggap imej sedemikian sudah tidak sesuai terutamanya pada usia sekarang," katanya.

Rihanna berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama People sewaktu majlis pelancaran kolaborasi Fenty x Puma di London baru-baru ini.

Walaupun menyesal dengan tindakan masa lalu, penyanyi lagu Diamond ini bagaimanapun menyifatkan busana digayakan ketika menghadiri acara Met Gala pada 2015 meninggalkan impak luar biasa.



Malah sehingga ke hari ini, masih ramai bercakap mengenai busana berwarna kuning inspirasi dinasti diraja China rekaan Guo Pei.

Untuk rekod, Rihanna menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi rap ASAP Rocky sejak 2021.

Hasil hubungan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu RZA Athelaston Mayers, 2 dan Riot Rose Mayers, setahun.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/23/rihanna-malu-tengok-penampilan-seksi-ketika-muda-citarasa-fesyen-berubah-selepas-bergelar-ibu
Pages: [1]
View full version: Rihanna malu tengok penampilan seksi ketika muda


ADVERTISEMENT