mattzzx Publish time 25-4-2024 10:48 AM

Mahu tiduri isteri Barack Obama, netizen minta Kanye West pindah duduk dalam hutan

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F24%2F2659976.jpg
Kanye (kiri) mendedahkan keinginan melakukan hubungan seks dengan Michelle Obama.

PENYANYI rap Kanye West bikin kontroversi lagi apabila berkongsi fantasi mahu melakukan hubungan seks dengan isteri bekas presiden Amerika Syarikat iaitu Michelle Obama.

Kanye membuat pengakuan tersebut dalam satu sesi temu bual bersama pemuzik Justin Laboy menerusi program The Download.

Penyanyi rap berkenaan memberi jawapan itu selepas ditanya tentang wanita idamannya untuk melakukan seks secara bertiga bersama isterinya Bianca Censori.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/24/2659674.jpg

Kanye (kanan) ketika ditemu bual dalam rancangan The Download.

Jawapan tersebut membuatkan ramai terkejut dan menyifatkan penyanyi lagu Runaway itu sebagai syaitan bertopengkan manusia.

Malah ramai menganggap Kanye mempunyai masalah kesihatan mental dan meminta dia berhenti melakukan sebarang temu bual agar tidak mengeluarkan kenyataan dangkal.

"Kanye kau memang sakit. Apa yang tidak kena dengan dia ini? Tolong pindah dan tinggal dalam hutan!


"Obama mesti berang kalau tahu dia bersikap biadap terhadap isterinya. Memang syaitan bertopengkan manusia," komen netizen.

Jawapan biadab Kanye itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kenyataan dibuat Michelle empat tahun ketika di Konvensyen Demokratik sewaktu Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada 2020.

Michelle dalam ucapannya meminta orang ramai tidak membuang undi kepada calon tidak layak dan wanita itu seolah-olah merujuk kepada Kanye.

Ketika itu, Kanye sedang melobi mendapatkan tempat sebagai calon di beberapa negeri termasuk Colorado, Wisconsin dan Ohio.

Terbaharu, Kanye didakwa merancang bertanding dalam Pilihan Raya 2024 namun peguamnya, Bruce Marks menyangkal dakwaan tersebut.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/25/mahu-tiduri-isteri-barack-obama-netizen-minta-kanye-west-pindah-duduk-dalam-hutan

Yoonggi Publish time 2-5-2024 01:43 PM

pastu berang org raba bini ko. dah ko pun bernafsu dgn bini org lain {:1_550:}
Pages: [1]
View full version: Mahu tiduri isteri Barack Obama, netizen minta Kanye West pindah duduk dalam hutan


ADVERTISEMENT