DidiAndFren Publish time 5-5-2024 11:43 AM

[VIDEO] Jadi kafir, murtad jika bergurau isu hina Islam dalam ‘live’

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/05/UAI.jpeg Ustaz Azhar.



PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, sekiranya seseorang Islam menjadikan isu menghina agama Islam sebagai gurauan ketika melakukan siaran langsung di media sosial, individu tersebut dikategorikan sebagai kafir dan murtad.

“Jadi kafir, keluar daripada agama Islam walaupun bergurau. Ada lima perkara yang tidak boleh dibawa bergurau.

“Pertama, merdeka hamba. Kedua, bab nikah. Ketiga, melibatkan cerai, keempat adalah rujuk dan kelima pula perbuatan kafir.

“Antara perbuatan kafir, hina agama Islam. Barang siapa yang mempersendakan agama Islam, telah menjadi kafir dan haram ditanam di kubur orang Islam walaupun sekadar kandungan TikTok,” jelasnya.

Ustaz Azhar berkata demikian bagi menjawab soalan berkaitan ‘Apakah hukum menghasilkan kandungan menghina Islam dengan tujuan untuk mendapatkan pengikut yang ramai di media sosial?’ menerusi satu sesi kuliah yang disampaikan beliau, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

DidiAndFren Publish time 5-5-2024 11:43 AM

Z0mzz1_Aupw

adm7 Publish time 5-5-2024 12:04 PM

Persendakan ibadat wajib macam solat, puasa, haji, azan tu mcm mana pulak?
Ramai yang marah bila kafir persenda Islam, kalimah Allah tapi sebenarnya ramai je orang islam yang mempermainkan ibadah konon nak selit pengajaran dalam berlawak/drama/filem.
Pages: [1]
View full version: [VIDEO] Jadi kafir, murtad jika bergurau isu hina Islam dalam ‘live’


ADVERTISEMENT