mattzzx Publish time 6-5-2024 05:23 PM

Sungai Linggi tercemar: 37,000 pengguna di Port Dickson, Seremban terjejas

https://assets.bharian.com.my/images/articles/hm3nuddin_1714986747.jpg
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. - Foto fail BERNAMA

SEREMBAN: Pemberhentian operasi Loji Rawatan Air (LRA) Linggi, Port Dickson susulan air seakan minyak memasuki Sungai Linggi memberi kesan kepada 37,000 pengguna di Port Dickson dan sebahagian di daerah ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sudah melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu pengguna terjejas termasuk menyediakan 12 tangki statik di beberapa lokasi utama dikenal pasti.

Selain itu, katanya, menggunakan lori tangki air milik SAINS menghantar bekalan air ke kawasan terjejas dan mendapatkan lori tambahan daripada operator air lain bagi menambah penghantaran bekalan.

"Kesan daripada pelepasan cecair seakan minyak ini ke dalam Sungai Linggi menyebabkan LRA Linggi terpaksa memberhentikan proses rawatan air mentah.


"Ini kerana kerana telah mengesan kehadiran cecair menerusi ujian bau yang mencatatkan rekod 11 ton pada jam 9.20 pagi dengan rekod bacaan tertinggi mencecah 21 ton pada jam 10.30 pagi semalam.

"Namun begitu, bacaan kadar bau semakin menurun pada jam 4.30 pagi hari ini dan kemudian menurun lagi kepada dua ton.

"Sumber air mentah kembali pulih dan LRA Linggi telah memulakan semula operasi sekitar jam 1.30 tengahari hari ini," katanya di sini, hari ini.

Aminuddin yang juga Pengerusi SAINS berkata, kerajaan negeri amat komited dan tidak akan berkompomi ke atas mana-mana individu atau organisasi yang didapati melakukan kesalahan mencemarkan sumber air mentah di Negeri Sembilan.

"Tindakan tegas akan dikenakan sama ada dalam bentuk kompaun, denda atau penjara selaras dengan perundangan bagi kesalahan ini," katanya.

Pada Sabtu lalu jam 7.30 malam, Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSANS) dilaporkan menerima aduan berkenaan pencemaran air seakan minyak yang memasuki Sungai Linggi di sekitar kawasan Jalan Pantai, Seremban.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata operasi bersama di antara BKSANS dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengenalpasti satu premis bengkel lori yang disyaki suspek dalam kes pelepasan cecair minyak ke dalam Sungai Linggi.

Katanya, proses persampelan air dibuat oleh agensi kerajaan berkaitan bagi tujuan siasatan dan tindakan perundangan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1243645/sungai-linggi-tercemar-37000-pengguna-di-port-dickson-seremban
Pages: [1]
View full version: Sungai Linggi tercemar: 37,000 pengguna di Port Dickson, Seremban terjejas


ADVERTISEMENT