mattzzx Publish time 8-5-2024 01:44 PM

Hujan lebat dua jam, Gemencheh dilanda banjir kilat

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/05/WhatsApp-Image-2024-05-08-at-10.52.05_fd8eb982.jpg
Sebuah kenderaan pacuan empat roda tersekat selepas cuba meredah banjir kilat di Jalan Gemencheh -Batang Melaka, dekat Ladang Regent, di sini, tengah malam tadi. -IHSAN PEJABAT DAERAH TAMPIN

TAMPIN – Hujan lebat selama lebih dua jam menyebabkan lima buah kedai dan sebuah kenderaan terperangkap dalam kejadian banjir kilat di Gemencheh di sini awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Mohd. Fadhil Hassan berkata, pemandu kenderaan itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh anggota pasukan penyelamat.

Menurutnya, Jalan Gemencheh-Batang Melaka berdekatan Ladang Regent dinaiki air dan tidak sesuai dilalui oleh kenderaan kecil sehingga air surut sepenuhnya pada pukul 3 pagi.

“Banjir kilat berlaku pada pukul 12.15 tengah malam tadi setelah hujan bermula pukul 10 malam. Kawasan ini merupakan lokasi hot spot banjir dan air naik mencecah 0.9 meter (m).

“Dalam banjir kilat ini, punca dikenal pasti hujan lebat di kawasan tadahan. Bacaan hujan yang direkodkan di stesen hujan Empang Sungai Dua sebanyak 51 milimeter (mm),” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohd. Fadhil, bagi penyelesaian jangka pendek, kerja-kerja pembersihan sistem perparitan pasca banjir akan dilakukan selain penyaluran Sungai Chemangkoh.

“Bagi penyelesaian jangka panjang pula, naik taraf sistem perparitan akan dibuat dengan merujuk cadangan dari Laporan Pelan Induk Saliran Mesra Alam Pekan Gemencheh oleh yang agensi berkaitan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05/08/hujan-lebat-dua-jam-gemencheh-banjir-kilat/
Pages: [1]
View full version: Hujan lebat dua jam, Gemencheh dilanda banjir kilat


ADVERTISEMENT