CARI-HBZ Publish time 8-5-2024 11:24 PM

Adira ‘Support’ Datuk Red Berniaga Di Festival, Netizen Doa Mereka Rujuk Semula – "Tak beli tak apa, janji Adira ada."

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/08/232416ircqph5rhq0xhscr.png






Seperti yang sedia maklum, penyanyi Adira Suhaimi sudah pun bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu pada 23 April lalu.


Terbaharu, tular satu potongan video memaparkan pelantun ‘Ku Ada Kamu’ itu membantu Datuk Red berniaga di booth sebuah karnival di Ipoh menerusi satu sesi siaran langsung.


7365461115100237057


Dapat dilihat, Adira begitu bersemangat mencari pelanggan yang berkunjung ke festival tersebut dan memberikan sampel kuih raya yang dijual bekas suaminya itu.


Kedengaran juga Datuk Red yang berseloroh tidak kisah sekiranya tiada yang membeli asalkan bekas isterinya itu ada di sisi.


"Tak beli tak apa, janji Adira ada."


Lebih menghiburkan, Datuk Red juga cuba untuk mengelap peluh di dahi Adira dengan menggunakan kain tuala.


Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya seronok melihat gelagat bekas suami isteri itu.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Adira dan Datuk Red dapat disatukan semula.


Sekadar info, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman pada 25 Oktober tahun lalu dan mereka sah bercerai pada 23 April lalu.


Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.


Sumber: TikTok/OhBulan

sayurmayur88 Publish time 9-5-2024 07:21 AM

iolls ada soft spot ngan datuk red n adira ni..

imransulaiman Publish time 9-5-2024 07:44 AM

Rasanya untuk berkawan tu Adira tiada masalah...demi anak-anak. Mungkin untuk rujuk tu tidak akan berlaku.. Tapi kuasa Allah semuanya BOLEH.

meah_kelabu Publish time 9-5-2024 07:44 AM

adira ni muka cantek
kalo dia xbukak mulut mesti pompuan2 lain ckp she sombong, diva gitu
tapi skali dia bercakap..ahahahahahah

HoneyManjer Publish time 9-5-2024 09:01 AM

hati aku yg tak husnuzon ni berkata kata...
entahla.....

nanasno Publish time 9-5-2024 09:24 AM

she ni maintain je badan ek anak 4. syok nya la badan maintain je. iols ni anak 3 adoiii hai. minggu depan start diet laaa. besok takleh ada open house opis plak raya tak habis habis lagi kihkihkihhhh

aleesyasofia Publish time 9-5-2024 09:46 AM

betul ke biskut tu tok red punya? dlm tt byk jumpa scam pasal biskut tok red ni.. alih2 yg sampai tu gambar bininya tesla nun..

marchikobonzo Publish time 9-5-2024 10:40 AM

Adira tolong sebab xnak bagi red ni bergayut kat dia lagi..kang duit makan pun mintak jenuh la

kmbg Publish time 9-5-2024 10:42 AM

Kan dia da ckp rezeki si buRed ni rezeki anak2 dia gak jadi harusla dia turun padang bagi laris manis jualan

MisXoXo Publish time 9-5-2024 07:52 PM

Jangan lah rujuk balikkkk..janganlah adiraaa oiii..run adira runn

abangadek Publish time 9-5-2024 08:11 PM

Dgn tin red dh cerai belum?

Hoola Publish time 9-5-2024 08:12 PM

Edited by Hoola at 9-5-2024 08:14 PM

semak dh la berita retis-lakibini-curang-masalhrmtgga-cerai-nfkah

korg yg nk bina masjid nk halal bagai...
dtg msalah, seluruh rkyt jelata kena dgr-sokong-mknpopcorn

hakkkpthuihhhh! semak ahhh merata news korg!

dua_chzy Publish time 9-5-2024 09:06 PM

Uish dah acik2 sangat stail sheolz bercakap.
Pages: [1]
View full version: Adira ‘Support’ Datuk Red Berniaga Di Festival, Netizen Doa Mereka Rujuk Semula – "Tak beli tak apa, janji Adira ada."


ADVERTISEMENT