CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260644|Reply: 2348

[Copy link]
Nazra81 This user has been deleted
Post time 24-5-2004 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan Spider kini kembali dengan album terbaru mereka yang juga merupakan album ketiga mereka sepanjang penglibatan mereka dalam industri muzik ini.

Sebelum ini, mereka pernah menghasilkan dua album iaitu Ngam Ho dan Aladin. Album "Ngam Ho" (dengan lagu-lagu seperti Ngam Ho, Tak Esok Lusa dan Mungkinkah Terjadi) yang diterbitkan pada tahun 1999 walaupun pada pendapat saya sangat bermutu, tetapi kurang mendapat sambutan kerana penerimaan masyarakat terhadap muzik sebegini pada ketika itu masih lagi kurang memuaskan.

Namun begitu, bersandarkan keyakinan terhadap perjuangan genre muzik mereka, kumpulan Spider kembali selepas tiga tahun dengan album kedua, "Aladin". Album ini telah mewujudkan satu revolusi dan fenomena baru dalam dunia hiburan. "Aladin" yang diterbitkan pada tahun 2002 ini berjaya terjual melebihi 60 000 unit. Apa yang lebih membanggakan separuh daripada lagu-lagu dalam album ini berjaya menjadi 'hit' dan memasuki serta menjuarai carta di stesen-stesen radio tanah air, iaitu, Aladin, Kasih Latifah, Laukku Cukup Masin, Kekal dan Kau Saja.

Album ketiga kumpulan Spider, "Nazraku" yang terhasil selepas dua tahun pastinya menjanjikan suatu peningkatan. Dengan kehebatan lagu-lagu seperti Cinta Dewa Dewi, Relaku Pujuk, Kacap Terlabik, Nazraku dan Lengit, kumpulan Spider bagai mengotakan apa yang telah dijanjikan. Album terbaru ini menunjukkan kematangan dan kemajuan kumpulan Spider dalam menghasilkan lagu-lagu yang terbaik untuk para peminat dan pendengar.

Sehingga sekarang;
"Relaku Pujuk" telah berjaya memasuki carta radio Era.
"Cinta Dewa Dewi" begitu hangat dan popular di Radio Muzik serta mempunyai permintaan yang tinggi di THR.fm.
"Kacap Terlabik" sering diputarkan dalam Rock@ERA di ERA.fm, di samping sering dimainkan di THR.fm.

[ Last edited by  sayangidaku at 22-5-2007 07:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2004 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by Nazra81 at 24-5-2004 16:08:
Kumpulan Spider kini kembali dengan lagu album terbaru mereka yang juga merupakan album ketiga mereka sepanjang penglibatan mereka dalam industri muzik ini.

Sebelum ini, mereka pernah menghasil ...


sangat tertunggu album ni..

yg penting lagu RELAKU PUJUK dan CAKAP TERLABIK memang superb giler..

:clap::clap::clap::clap::clap:
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by Nazra81 at 24-5-2004 16:08:
Kumpulan Spider kini kembali dengan lagu album terbaru mereka yang juga merupakan album ketiga mereka sepanjang penglibatan mereka dalam industri muzik ini.

Sebelum ini, mereka pernah menghasil ...


boleh tak bagitahu sumer berita ni dari mana?...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by Nazra81 at 24-5-2004 16:08:
Kumpulan Spider kini kembali dengan album terbaru mereka yang juga merupakan album ketiga mereka sepanjang penglibatan mereka dalam industri muzik ini.

Sebelum ini, mereka pernah menghasilkan d ...


pencapai lain..

lagu KACAP TERLABIK berada di tangga ke 10 CARTA RED 104.9 setelah baru seminggu dalam carta...permulaan kepada aura spider tahun ini...

adakah spider dpt gugat populariti exist sama2 kita nantikan..

SPIDER VS EXIST..2-2 aku minat yg teramat sangat...2-2 NAR record..hehehe
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2004 04:17 PM | Show all posts
Saya dapat daripada pelbagai pembacaan seperti Berita Harian (termasuk Berita Minggu), Utusan Malaysia (termasuk Mingguan Malaysia), Malay Mail, Utusan Express, Star, New Strait Times, Harian Metro dan sebagainya. Ayah saya suka beli banyak paper, dah tak larat family saya nak baca. Berita Harian, Utusan Malaysia dan Malay Mail adalah benda wajib kat rumah kami.

Lagipun, saya kaki radio, siap bawa walkman dalam kuliah. So, saya tahu mana lagu yang poular dan tak.

[ Last edited by Nazra81 on 24-5-2004 at 04:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 04:30 PM | Show all posts
kumpulan Spider nih x de website ke?

susah betul la nak tau latest news fasal derang

suka lagu 'rela kupujuk'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2004 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by Nazra81 at 24-5-2004 16:17:
Saya dapat daripada pelbagai pembacaan seperti Berita Harian (termasuk Berita Minggu), Utusan Malaysia (termasuk Mingguan Malaysia), Malay Mail, Utusan Express, Star, New Strait Times, Harian Metro ...


thats good enaf..

saya tanya sumber tu sebab ayat u macam ayat dalam paper..
saya pun ada baca jugak beberapa keratan akbar tentang album baru spider ni...sehingga hujung minggu lepas album ni masih belum berada di pasaran..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 04:37 PM | Show all posts
aku mmg tunggu sangat album baru diorg ni.tp dari dulu asik cakap di pasaran tak lama lagi,di pasaran tak lama lagi,di pasaran tak lama lagi.dah le nk tunggu album baru sikit punya lama.gamaknya spesen dgn sifu diorg gak...

aku suka lagu lengit tuh...
tinggi bola engkau lambung mana boleh cecah langit
tinggi hidung engkau mancung apa guna kalau lengit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2004 04:48 PM | Show all posts
tam, my man...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 24-5-2004 16:37:
aku mmg tunggu sangat album baru diorg ni.tp dari dulu asik cakap di pasaran tak lama lagi,di pasaran tak lama lagi,di pasaran tak lama lagi.dah le nk tunggu album baru sikit punya lama.gamaknya sp ...


kelasnya lirik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 05:11 PM | Show all posts
ari tu aku tengok diaorg kat MHI TV3...promote album ni...ingat dah kluor...rupanya lambat lagi...kalau tak silap pendengaran telinga aku bulan 7...ntah ler...yg pastinya diaorg kata bukan dlm masa terdekat ni...tak per...tunggu jer la...memang best lagu2 baru diaorg tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 2004-5-24 05:11 PM:
ari tu aku tengok diaorg kat MHI TV3...promote album ni...ingat dah kluor...rupanya lambat lagi...kalau tak silap pendengaran telinga aku bulan 7...ntah ler...yg pastinya diaorg kata bukan dlm masa ...

strategi apakah yg artis2 ini lakukan...
mendera peminat namanya nih...:agr::agr::agr:
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 05:24 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 24-5-2004 17:14:

strategi apakah yg artis2 ini lakukan...
mendera peminat namanya nih...:agr::agr::agr:


peminat zz pun dah slalu camnie..

so, dah jadi perkara biasa..

jgn menunggu nanti tension...bio jer...nanti kuar jugakzz..

yg peliknya, dah siap tu kuarkan jelah..apa nak tunggu lagi..
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2004 08:13 PM | Show all posts
Kose,
Ayat tu bukan ayat paper, saya karang sendiri. Saya banyak tulis artikel masa kat U. Maklumat je yang saya ambil. Hari tu ingat nak buat website. Tapi, naik sem nanti gerenti tak sempat, sibuk ngan tesis. So, dah penat-penat karang tu, tak tahu mana nak letak, letak je kat sini. Sebab tu saya orang baru kat sini.

Yang lain-lain,
Spider janji dalam THR hari tu album dia orang keluar akhir bulan ni. Gerenti! Tak kan masuk bulan Jun nyer. Lagipun dia orang dah siap mastering lama, album promosi pun dah edar, cantik, colour biru.
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2004 08:16 PM | Show all posts

Relaku Pujuk (Spider)

Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

(Korus)
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku

(Ulang korus 2x)

Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

[ Last edited by Nazra81 on 15-6-2004 at 09:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2004 08:18 PM | Show all posts

Cinta Dewa Dewi (Spider)

Memang benar cinta memang buta
Banyak gadis cantik sini sana
Macam mana aku boleh suka
Pada si dia dewi jelita

Nyesal dulu aku malas baca
Cakap Inggeris engkau penat lidah
Nasiblah baik pernah ku hafal
Lagu Nirvana

(I)
Ada modal nak bercerita
Ada benda nak diniaga
Biar akhir dia tersedar
Siapakah aku sebenar
Bagai gagak dengan si merak
Dia sudah tak peduli lagi
Sudah terpateri cinta di hati
Tersimpul mati

(II)
Biar apa orang kata
Hanya aku dewa sanubari
Dia tahu mana satu
Kaca botol ataupun baiduri
Biar apa orang kata
Dia langsung tak ambil peduli
Dia tahu mana satu
Yang palsu ataupun yang hakiki

(Ulang I dan II)

[ Last edited by Nazra81 on 15-6-2004 at 09:50 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kidzs_7dunk This user has been deleted
Post time 24-5-2004 08:50 PM | Show all posts
Originally posted by Nazra81 at 2004-5-24 08:16 PM:
Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa mengambang walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

(Korus)
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku

(Ulang korus 2x)

Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

salah satu lagu peberet aku dlm album terbaru dorang..mmg bestt
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by Nazra81 at 24-5-2004 20:13:
Kose,
Ayat tu bukan ayat paper, saya karang sendiri. Saya banyak tulis artikel masa kat U. Maklumat je yang saya ambil. Hari tu ingat nak buat website. Tapi, naik sem nanti gerenti tak sempat, sib ...


good job..memang kelas tulisan u tu..bolehla jadi wartawan nanti..

klu camtu memang dah takleh sabo dah nak tunggu album ni...semalam sy ada kol satu kedai kaset.dan mereka kata album tu akan release dlm bila2 masa jer..poster utk promosi pun dah sampai....

nanti klu u ada masa lapng, buatla laman web utk spider...apapun buat tesis memang tension tahap maksimum....hehehe nasib baik dah lepas...terbayang lagik songsorang buat muka xx masa tarikh2 akhir nak hantar tesis tu..:bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by kidzs_7dunk at 24-5-2004 20:50:

salah satu lagu peberet aku dlm album terbaru dorang..mmg bestt


me too..

kat jakionline dah ada lagu ni..hehehe

kan dah terdonlod...takpe beli tetap beli..
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2004 02:01 PM | Show all posts
Wah! "Relaku Pujuk" juara Kata Anda (Jam 1) kat ERA tadi. Tahniah Spider!

Cepat sumer! Ambik hset, vote lagu tu untuk jam ni plak, biar tiap-tiap jam menang.

Spider makin hebat, tak sia-sia 5 tahun sokong Spider, sejak zaman Ngam Ho lagi.

Jd wartawan? Ayah pun suruh, ikut jejak dia. Tapi part time je la. Saya budak sains, ada cita-cita sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.363050 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list