CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8365|Reply: 73

[Politik] Dr M bukan mahu selamatkan negara TETAPI anaknya !

  [Copy link]
Post time 12-4-2018 09:50 AM | Show all posts |Read mode


Dr M bukan mahu selamatkan negara, tetapi anaknya, dakwa TMJ.
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohmad bukannya mahu menyelamatkan negara, tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.
“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’.
“Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dalam kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan,” kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi catatan Facebook malam tadi.
Katanya, rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Sultan Johor dan beliau yang akan menyampaikannya kepada kerajaan memerintah.
Beliau turut menasihatkan rakyat supaya tidak menyalahkan sesebuah organisasi atau parti hanya kerana seorang individu bermasalah.
Katanya, beliau tidak menyokong mana-mana parti politik, tetapi mahu mengubah nasib negara dan memperbaiki sistem, bukannya menjatuhkan kerajaan sedia ada.
“Jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi.”
Tunku Ismail menggesa rakyat supaya tidak berpecah belah atau mudah terpedaya dengan anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan Johor.
“Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri sekarang ini.
“Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan.”
Katanya, walaupun bukan ahli politi, tetapi beliau mempunyai agenda sendiri untuk menjaga kedaulatan negeri dan kesejahteraan rakyat Johor.
“Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar,” kata bekas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.
Beliau berkata, berdasarkan senario politik semasa, tidak kira parti mana yang memerintah negara, rakyat perlu bijak menilai apa yang terbaik untuk Malaysia.
“Bagi pandangan saya, Umno perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna Umno perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi, terutama sekali sistem hirarki. Kita perlu lebih aset, iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi pengetahuan mereka yang berpotensi.”
Katanya, beliau dan Sultan Johor juga berkongsi pandangan serta inisiatif terbaik buat masa depan Johor, bukan sahaja dalam pentadbiran kerajaan, tetapi untuk memperbaikinya dan menjadi kuasa ekonomi dalam negara, menangani mentaliti ekstremis, menaik taraf sistem pendidikan dan kesihatan.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 09:56 AM | Show all posts
selama dia retired x aktif politik, anak2 dia tak selamat ke?...what kind of bullshet is this??



Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tmj ni tak.habis2 burukkan Tun. ...kalau Tun nak anaknya jadi PM dah lama dah masa dia jadi PM dulu dia dah buat. ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah ramai juga rakyat yang mengutuk TMJ ni kaw2. ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 10:01 AM | Show all posts
takut Tun M naik nnt dia x dpt laa nak kontrol gomen...Tun M je berani lwn dorang, lain2 bacul
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Secara teorinya boleh nasihat nakhoda. Tapi realitinya kita semua tahu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tmj nk selamatkan apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp dia ni xhabis2 nk buat wild statement mcm ni? Apa ada kena mengena dia dgn biyen yg dia takut sgt kalo biyen kalah? Ada benda yg dia nk cover ke sampai beria nk aim org yg sama? yg bapak segala bilionaire tu xnk pulak dipersoalkan? Terus buat aku hilang respek kat org mcmni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 10:49 AM | Show all posts

Wave of Chinese investment in Johor is good news
http://www.straitstimes.com
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila cikgu kindergarden bersuara
Hanya macai je yg caye
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 11:02 AM | Show all posts
sebab ni ker tmj bagi dedak kat rakyat johor semalam?
yg most probably singaporean sbnr nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 11:12 AM | Show all posts
TMJ nk bantu tun sebenarnya

makin dia ckp merepek, tun makin popular kt tenet
psl org skrg pandai, dia korek sejarah nnti, psl apa tun wat tu semua

harap TMJ tiap2 hari ckp cmni  lagi
pasal makin lama org akan makin membenci UMNO, BN gara2  percakapan TMJ

payah nk upah org popularkn parti baru, tgk tmj, tak perlu bayar satu sen pun dia popularkan TUN M.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 12:06 PM | Show all posts
menah replied at 12-4-2018 11:02 AM
sebab ni ker tmj bagi dedak kat rakyat johor semalam?
yg most probably singaporean sbnr nyer.. :cu ...

dedak dapat kt boyan ke dik? adeh penat kaka viralkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 12-4-2018 09:59 AM
Patutlah ramai juga rakyat yang mengutuk TMJ ni kaw2. ...

tapi ramai jgk yg mengutuk tmj  ni bersorak sorak seronok dpt shoping free 3 k sambil sembah dan laung ' hidup tmj, hidup tmj' kat aeon mall tebrau semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 12:15 PM | Show all posts
makin gemok makin meroyan
ada tak teori mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
I agreed. Mahathir tu ular yg tak pernah ikhlas kpd negara.

Dia mmg nak selamatkan anak dia saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 12:20 PM | Show all posts
tun join parti roket ke?

aishh...aku tak setuju la..sebab time ni la ramai menaguk diair keruh..agenda sendiri. yang tun ni pulak suka atensen mai lah depa dok jack kaw2 bagi rasa syok tun..mengapikan lagi isu negara.

masing2 patut dah rilek..toksah kalut..ujian kuasa pangkat dan nama..inilah dia..makin tua makin syok nak hidup.

aku sokong parti tupperware.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 12:23 PM | Show all posts
Mahathir nk selamatkan ank2nya
najib nk selamatkan rosmah

so ape pilihan anda
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 12:26 PM | Show all posts
nasib Madey setakat lucutkan immunisasi raja2..kalau dibuatnya dihapuskan sistem beraja masa tu..tak ke lagi hauk Tunku wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 12-4-2018 09:58 AM
Kenapa tmj ni tak.habis2 burukkan Tun. ...kalau Tun nak anaknya jadi PM dah lama dah masa dia jadi P ...

Dendam lama kot noor..pasal kes arwah grandpa dia dulu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199282 Replies : 4669
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 2929 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 10290 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064623 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list