View: 32066|Reply: 459
|
Bangunan2 Kerajaan tiada Kualiti -Latest:Paip Pecah Banjir DiKlinik Kesihatan
[Copy link]
|
|
few weeks ago kita ada baca tentang bagaimana paip bocor
kat bangunan immigration di Putrajaya dan terpaksa
ditutup - kerana air melimpah dan banjir kat dalam building tu --
and then kita baca lagi tentang ceiling runtuh sabtu pagi di dewan
serbaguna kementerian pembangunan usahawan dan koperasi - di mana
paip pecah kat siling juga
bulan 3 dulu - tanah runtuh kat quarters di precinct 9 - di mana banyak kereta
dan harta benda rosak --
macamana pentadbiran kerajaan persekutuan nak beri modal juta jutaan bina
bangunan di kawasan2 yang ditadbirnya jika bangunan KERAJAAN sendiri
di Putrajaya - damaged sokmo - maintenance yang terrible --
dok baiki sana sini -- office terpaksa tutup sebab siling pecah air melimpah -
kita sebagai orang biasa patut tanyakan benda benda cam ni - sebab
depa ni -- nak bagi duit buat building baik pulih masjid la, sekolah la,
but building depa sendiri tak teguh maintenance macam kambing -
semua rosak -
saya rasa depa kena kaji dalam2 dulu -- tentang all these building kat putrajaya tu -
sesiapa yang kerja kat Putrajaya mesti tahu - berapa banyak lagi bangunan yang
nak dibina - let alone yang DAH dibina tapi masih kosong --
cost yang berbillion billion ringgit malaysia tetapi bila satu paip bocor
satu department kena tutup - kerja2 immigration tergendala -
macamana nak efficient ni??
if once happened masih boleh understand -
tapi dah 3 kali occurred in the span of 2 months -- it is not even funny -
and i bet not for very long - more to come if depa tak ambil iktibar dan
BAIKI dan IMPROVE depa punya maintenance kat building di Putrajaya ni -
Ini ialah HQ --- Pentadbiran Kerajaan which by right patut lebih strong building
and maintenance and security --- yang ni pun dah kalut camana nak tolong
bina sub sub yang lain --
[ Last edited by dexa at 13-12-2007 10:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
dah sume main hulur.. masuk poket org lain dulu ...
membe aku opis die satu building terbakar ari sabtu... yg bestnya.. dlm building tuh takde 1 fire sprinkler pon.. tapi dpt CF... dgn slamber die kate.. "biasalaa.. bomba depa dah kaw tim dulu " ... ntah mcm mana buat claim insurance pon tak tau... kaw tim gak kot...
maybe kes nih di apply kat putrajaya.. projek gomen.. sape brani pertikaikan.. gegila pon.. tak kesah... walhal.. kos pembinaan die ntah brape percent jer dari total kos.. |
|
|
|
|
|
|
|
projek gomen selalu yg dapat kroni2 gomen juga ... yg bakal mati pun pekerja2 gomen juga .... |
|
|
|
|
|
|
|
aku br cakap kat member aku yg keje kat MOT...manalah tahu kalo 'BANJIR DLM BANGUNAN' ni berjangkit kat opis dia. Tup tup... opis Tok Led plak yg banjir... pasni kita tunggu opis paklah plak banjir... Org JPM stdby la angkat fail...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 MengkuduMasam's post
bila difikirkan - ni lah yang menjadi masalahnya -
contractor yang depa ambil untuk menyelenggarakan
building / maintenance kat putrajaya sana
or even the housing / condominium built for the
employees were mostly their own relatives / friends
thus, bukan diambil atas dasar establishment -
thats what usually happened though -
and once dah terjadi macam ni -- memang memalukan
kerajaan juga -- |
|
|
|
|
|
|
|
duit sape yg bakal diguna untuk memperbaiki bangunan gomen ni kalau bukan duit rakyat juga ... |
|
|
|
|
|
|
|
duit tak berkat, tu la sbb nye... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MengkuduMasam at 30-4-2007 19:37
dah sume main hulur.. masuk poket org lain dulu ...
membe aku opis die satu building terbakar ari sabtu... yg bestnya.. dlm building tuh takde 1 fire sprinkler pon.. tapi dpt CF... dgn slamber ...
Segalanya kawtim, segalanya duit, segalanya kroni....tu yg sumernya ilang kualiti. Itu la kelebihan islam had hari hari |
|
|
|
|
|
|
|
komisyen je lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 30-4-2007 06:18 PM
few weeks ago kita ada baca tentang bagaimana paip bocor
kat bangunan immigration di Putrajaya dan terpaksa
ditutup - kerana air melimpah dan banjir kat dalam building tu --
and then kita b ...
Sapakah yg bertanggungjawab menjaga maintenance sesebuah bangunan tu .....
Begitu gak org yg meluluskan struktur bangunan ..... supaya ia selamat diduduki ......
Benda2 macam ni dpt dielakkan ..jika diseliakan dgn baik dan bertanggungjawab .....
Engineer JKR harus buat spot check setiap bulan ke atas bangunan2 kerajaan .....
Begitu gak dgn kedudukan tanah terutama di kawasan bukit ...... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana dia ISO 9001 2000, yang menjaga mutu kerja?
Semua kerja musnah sebab dari mula nya sudah diserang oleh penyakit korupsi.
Sekarang penyakit sudah merebak dan nampak kesannya.
Hasil minyak 95% dari negeri termiskin pun ikut hangus.
Namun kontraktor dan penyamun tabrus tetap sudah kaya raya.
Lagi cepat rosak, lagi banyak duit masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
PM malu bangunan baru kerajaan alami kerosakan
30-04-2007
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta supaya semua bangunan kerajaan diperiksa segera berikutan kejadian siling runtuh di tiga bangunan kerajaan termasuk yang terbaru di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Perdana Menteri yang marah dan malu dengan kejadian itu meminta Jabatan Kerja Raya menjalankan pemeriksaan itu.
"Saya berasa marah...saya berasa malu, baru sangat ni. Tiba-tiba dengar lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.
Abdullah berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor.
"Kali ini adakah kontraktor buat kerja tak betul? Kalau kontraktor yang sama, tindakan mesti diambil," katanya.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi, dua keping siling berukuran empat kali empat kaki jatuh kerana tidak dapat menahan berat lampu yang dipasang pada siling itu tanpa sokongan lain di sebuah daripada bilik di kompleks berkenaan.
Perdana Menteri juga berkata beliau telah beberapa kali menegaskan pentingnya penyelenggaraan bagi setiap bangunan.
"Penyelenggaraan adalah sangat penting...saya selalu kata penyelenggaraan...penyelenggaraan...penyelenggaraan...tapi orang ni selagi tidak jadi apaapa, selagi selamat...sebenarnya pemeriksaan itu mesti berjalan berterusan maka bolehlah tahu di mana berlaku kerosakan," katanya.
Kejadian siling bocor bermula di Jabatan Imigresen, Putrajaya dipercayai berpunca daripada penyambungan paip yang tidak kemas.
Dalam kejadian yang berlaku sejak pukul 2 pagi itu menyebabkan lebih 3,000 orang yang mahu berurusan di situ terpaksa diarahkan ke pejabat cawangan di Kajang, Shah Alam, Wangsa Maju, Kelana Jaya dan Subang.
Kejadian kedua pula melibatkan siling Dewan Serbaguna Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang runtuh selepas paip perenjis air di siling itu pecah, kira-kira pukul 7 pagi Sabtu lepas
---------------------------
habisla samy velu habis la...
pm marah marah tu .... |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu tunggu gempabumi utk meruntuhkan bangunan2 kat mesia ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 sepiITUindah's post
ye la -- keruntuhan bangunan di malaysia ni--
buatan ORANG -- bukan natural disaster -
just take a look at all those tanah runtuh etc -
dari ulu klang, ukay height, presinct 9 -
semua kerana manusia mengacau 'alam - |
|
|
|
|
|
|
|
ni semer kerja samy vellu |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya berasa marah...saya berasa malu, baru sangat ni. Tiba-tiba dengar lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.
dia kira MALU dia je...yang rakyat MALU sebab rasuah berleluasa ni, dia tak kira.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|